Chili Oil Chicken Marinade NuMee

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

194/2022/RoadtoWorldRecipes/1312
Untuk Peraduan NuMee Semangat Membara. Hakak pilih untuk memasak semula resipi yang dikongsikan oleh Danish Red Kitchen iaitu Chili Oil Versi Danish dan Stir Fry NuMee. Cuma hakak tambahkan dengan Chili Oil Chicken Marinade yang menggunakan Chili Oil Versi Danish. Turut melengkapi hidangan ini, hakak sediakan sup kosong juga. Ala-ala macam makan mee kicap macam tu. Kombinasi gabungan yang sangat enak dan pastinya membuka selera. Ni lah resipi yang hakak ketengahkan iaiitu "CHILI OIL CHICKEN MARINADE NUMEE" 🥰

Chili Oil Chicken Marinade NuMee

2 orang bercadang membuatnya

194/2022/RoadtoWorldRecipes/1312
Untuk Peraduan NuMee Semangat Membara. Hakak pilih untuk memasak semula resipi yang dikongsikan oleh Danish Red Kitchen iaitu Chili Oil Versi Danish dan Stir Fry NuMee. Cuma hakak tambahkan dengan Chili Oil Chicken Marinade yang menggunakan Chili Oil Versi Danish. Turut melengkapi hidangan ini, hakak sediakan sup kosong juga. Ala-ala macam makan mee kicap macam tu. Kombinasi gabungan yang sangat enak dan pastinya membuka selera. Ni lah resipi yang hakak ketengahkan iaiitu "CHILI OIL CHICKEN MARINADE NUMEE" 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam
2 orang
  1. Bahan Chili Oil :
  2. 2 cawanMinyak Masak
  3. 2 bijiBawang Besar Merah, cincang halus
  4. 1 inciHalia, cincang halus
  5. 1 batangKulit Kayu Manis
  6. 2 bijiBunga Lawang
  7. 2 sudu besarKicap Cair
  8. 1 sudu besarKicap Lemak Manis
  9. 2 sudu besarPes Cili
  10. 1 KiubAyam
  11. 2 sudu tehGula Perang
  12. 2 sudu besarLada Hitam Kasar
  13. 1/2 cawanChili Flakes (boleh tambah ¼ cawan lagi jika suka pedas)
  14. 1/2 sudu tehGaram Halus
  15. Bahan Chili Oil Chicken Marinade :
  16. 2 kepingdada ayam (dipotong nipis)
  17. 2 sudu besarChili Oil Versi Danish
  18. 1 sudu besarsos tiram
  19. Bahan Stir Fry NuMee :
  20. 100 gmmee kuning NuMee (direndam sekejap dengan air mendidih dan toskan)
  21. 1/2 sudu besarminyak masak
  22. 3 ulasbawang putih (dicincang)
  23. 1 kepingkek ikan (dihiris)
  24. 1 mangkukkecil taugeh
  25. 1 bijitomato (dibelah 4)
  26. 1 pokoksawi pak choy (dipotong)
  27. Garam secukup
  28. Bahan Sup Kosong :
  29. 1 1/2 cawanair
  30. 1/3 kiubpati ayam
  31. Secubitgaram
  32. 2 sudu besarbawang goreng

Cara Memasak

1jam
  1. 1

    Bahan Chili Oil :
    Tumiskan bawang besar, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga layu dan naik bau.

  2. 2

    Masukkan kicap cair, kicap manis dan pes cili serta gula perang. Masak seketika bagi mendidih.

  3. 3

    Masukkan serbuk lada hitam, chili flakes dan garam. Kacau sebati dan tutup api.

  4. 4

    TIPS: Masak bawang dan halia sampai betul-betul layu dan sedikit perang baru masukkan bahan seterusnya. Bila sudah masukkan chili flakes, boleh tambah apa kurang dan biarkan ianya masak sekejap sebelum tutup api. Pedas, manis dan masin boleh dilebih kurangkan ikut citarasa. Untuk simpan chili oil supaya tahan lama, pastikan botol ditutup kemas dan minyak lebih banyak dari sambal untuk elakkan chili oil rosak. Sedap dimakan dengan apa sahaja atau dijadikan rencah masakan🤗

  5. 5

    Bahan Chili Oil Chicken Marinade :
    Lumur dada ayam dengan chili oil dan sos tiram. Perap selama 30minit. Bakar menggunakan air fryer selama 10minit pada suhu 180darjah celcius. Terbalikkan dada ayam tersebut dan bakar lagi selama 10minit. Hiris dada ayam tersebut dan ketepikan.

  6. 6

    Bahan Stir Fir NuMee :
    Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan kek ikan dan goreng seketika.

  7. 7

    Masukkan Chili oil Versi Danish. Diikuti mee kuning NuMee. Kacau sebati.

  8. 8

    Masukkan taugeh, tomato dan sawi pak choy. Perasakan dengan garam. Kacau sebati dan tutup api.

  9. 9

    Bahan Sup Kosong :
    Masukkan air ke dalam periuk. Diikuti kiub pati ayam dan garam. Didihkan. Tutup api. Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam mangkuk bersesuaian. Taburkan bawang goreng.

  10. 10

    Cadangan Hidangan :
    Stir Fry NuMee dimasukkan ke dalam piring bersesuaian. Letakkan di atasnya Chili Oil Chicken Marinade. Letakkan sayur pak choy celur. Dihidangkan bersama-sama dengan Chili Oil Versi Danish dan juga sup. Sedia untuk dihidangkan.

  11. 11

    Selamat mencuba 😋

  12. 12

    Gambar hakak guna untuk contest tersebut. Simpan sini untuk kenangan ❤️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya