Brownie Cookies

Antara biskut/cookie yang menjadi kegemaran ahli keluarga saya. Kalau tanya saya, saya suka kalau bahagian dalam nya lembut dan rangup di bahagian luar nya. Guna bahan yang ada jer.
Brownie Cookies
Antara biskut/cookie yang menjadi kegemaran ahli keluarga saya. Kalau tanya saya, saya suka kalau bahagian dalam nya lembut dan rangup di bahagian luar nya. Guna bahan yang ada jer.
Cara Memasak
- 1
Pukul gula, esen vanilla dan telur hingga gula betul-betul larut. Saya guna telur saiz B, jadi saya tambah sebiji lagi.
- 2
Cairkan coklat dan mentega dengan kaedah double boil.
- 3
Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan adunan ke atas macaroon mat atau baking paper. Hias dengan biji kuaci (ikut suka).
- 4
Masukkan coklat cair tadi ke dalam adunan telur dan kacau perlahan. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko, kacau sebati. Tutup bekas dan perap selama 20 minit.
- 5
Panaskan oven selama 5 minit dengan suhu 160’c api atas dan bawah (bergantung pada oven masing-masing). Bakar 20 minit/ masak.
- 6
Sejukkan dahulu brownies dan boleh lah disimpan di dalam bekas kedap udara.
Resipi Sepertinya
-
Biskut Red Velvet Biskut Red Velvet
#TeamBiskutGuna lebihan bahan yang ada jer. Sayang daripada membazir, baik dijadikan biskut raya. Dapur Yusfarisyia -
Chocolate Compound Brownie Chocolate Compound Brownie
162/2022/RoadtoWorldRecipes/1280Resipi ni tercipta untuk perabihkan lebihan coklat compound yang hakak gunakan untuk fruit buffet. Ni baru hakak guna sedikit je ni untuk buat brownies. Ada banyak lagi haa. Nanti fikir resipi lain pulak yer☺️.Untuk resipi ni hasil inspirasi daripada Cookpaders Kak Dee @dapurdee berdasarkan resipi Brownies Cadbury nya. Disebabkan stok coklat ni ada banyak, hakak modifikasi sikit daripada resipi asal dan resipi asal ni dijadikan sebagai guideline bahan je😬 Pastu..haaahahaha ikut suka hakak jela mix dia. Apa-apa pun hasilnya cantik. Kedutannya pun cantik. Tunggu rajin-rajin nanti buat lagi bagi perabih semua coklat yang ada ni haa😉 Salina Jalaludin -
Brownise Cookies Brownise Cookies
Brownise cookies ni ummi buat minggu lepas untuk kudap-kudap hero ummi rizqi🥰Sambil duduk -duduk depan tv sedap juga ni layan sambil menonton.Rasa chocolate yang mewah dan badam yang rangup memang tak sedar habis sebekas 🤭😆 Q'leenalee's Kitchen -
Kek Coklat Lembab Tanpa Telur Anti-Gagal Kek Coklat Lembab Tanpa Telur Anti-Gagal
Salah satu kek yang sangat mudah untuk dibuat. Sedap pun sedap, semua suka, lagi-lagi ada chocolate ganache. Kek nya moist, manis yang sedang jer. Kek kegemaran anak-anak saya dan pernah menjadi sumber jualan untuk kanak-kanak sekolah.Al - kisah nya tadi tengah membuat adunan kek, saya perasan air paip kecil. Saya fikirkan mungkin paip di luar rumah terlupa ditutup sewaktu mencuci sangkar-sangkar kucing. Si suami saya ni memang kuat pelupa. 😂 Semenjak saya kurang sihat, kebanyakan kerja-kerja rumah dia yang uruskan termasuk hal-hal si bulus kami. Kesian pula, bersyukur kerana suami memahami. Bila part nak isi air dalam periuk kukus, saya perasan air makin kecil. Kalau guna periuk pengukus memang tak sanggup nak tunggu air untuk mencukupi ruang periuk kukus saya tu kerana saiz nya memang besar. Akhir nya saya guna kuali untuk mengukus kerana ruang nya tak lah sebesar periuk kukus saya tu. Bila nak cuci perkakas dan alatan untuk membuat kek tadi, aduhhhh! 🤦🏻♀️ air pun takde. Cobaaannn... sabar jer lah.Dik @kamarullah jom join cabaran minggu ni. 😊 Dapur Yusfarisyia -
Coconut Brownies Coconut Brownies
#goldenapron2020Suka sangat dengan rasa brownies ni, lemak dan moist. Saya suka buat sesuatu yang ahli keluarga saya suka makan seperti brownies, kek coklat moist, kek keju, yang mudah-mudah saja. Dapur Yusfarisyia -
German Cookies Tanpa Oven German Cookies Tanpa Oven
Biskut ni pernah viral di media sosial pada suatu ketika dahulu. Saya pernah membuat nya untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri beberapa tahun dahulu. Nak membuat biskut ni tak lah payah sangat dan bahan-bahan nya pun tak banyak. Bagi menyahut cabaran #cooksnaptepung #cooksnaptheme1#tepungkentang#tepunggandum#cooksnap#goldenapron2020saya menggunakan pelbagai jenis tepung. Dan untuk resipi German Cookies ni saya mencuba resipi Cookpader Salina Jalaludin. Terima kasih Sal 😘.Ada insiden yang tak dijangka pada waktu saya sedang menguli doh dan hendak membakar biskut ini. Bak kata pepatah Melayu “langit tidak selalu nya cerah”, hujan lebat, petir sambar menyambar, guruh berdentam-dentum serta angin yang kuat menyebabkan bekalan tenaga letrik di tempat saya terputus. Gelap la juga keadaan waktu itu walaupun jam baru menunjuk pukul 5:30pm. Saya tidak berputus asa, saya menggunakan kaedah orang-orang tua dahulu dengan menggunakan kuali yang dilapik dengan besi alas periuk di dalam nya. Kemudian saya tutup dengan tudung periuk. Saya juga menggunakan api yang kecil untuk membakar biskut tersebut dan taraaa! Menjadi juga. Saya seperti kanak-kanak Ribena (wlaupun dah tua kerepot ngaku mcm knk2 Ribena 🤭) melompat gembira. Sempat juga toleh ke kanan ke kiri sebab takut orang dalam rumah nampak sebab sewaktu biskut tu dah habis masak (last batch) letrik pun ada. Macam tau2 pulak. Alhamdulillah syukur sangat2 semua nya dipermudahkan. Dapur Yusfarisyia -
BROWNIES #phopbylinimohd #cookpadMalaysia #alumniphopbylinimohd #taskwestern #brownies BROWNIES #phopbylinimohd #cookpadMalaysia #alumniphopbylinimohd #taskwestern #brownies
Salah satu pencuci mulut yang mudah untuk disediakan.Tak perlu mixer,godak-godak manja je,bakar dan dah siap.Kaya dengan rasa coklat dan boleh dipelbagaikan ketika menghidang.Boleh dinikmati dengan menabur kekacang,makan bersama ais krim dan juga coklat cair.Seisi keluarga pasti suka. Nurain Jalil -
Simple Chocolate Brownies Simple Chocolate Brownies
Resipi dalam draf juga.Brownies untuk birthday cucu anak saudara. Takde idea nak buat apa untuk tambah hidangan untuk meriahkan lagi menu-menu yang ada. Terus terfikir yang paling mudah jer, bukan setakat budak-budak yang suka, yang dewasa dan yang tua pun suka (terasa sangat bila part yang "tua" tu 🤭). Ha! Memang tak sangka bila sampai jer kat rumah mak, ahli keluarga dan tetamu dah ramai sampai, kami ni macam la rumah tu jauh sangat? Pada hal kalau tak jammed, tak sampai 5 minit pun dah sampai. Ni semua gara-gara si dara saya dan suami saya. Si dara tu kalau bersolek toksah cakap lama nya, suami pulak dah tau nak bergerak dah start enjin keta (running enjin keta seketika pun dah), ada jer alasan dia nak merokok sebatang dulu la dan sebagai nya 🤦🏻♀️😖 Nyampah betul, rasa nak 👊🤛🤜 jer. Sampai sana nasib baik majlis tak mula lagi. Semua mata memerhati apa yang saya bawa nak letak di atas meja. Bila bukak plastic cling wrap, terus "wooo... coklat!" suara dari budak-budak dan remaja di situ. Tiba-tiba menantu kakak saya bagitau "kalau nak tau, sedap ke tak sedap brownies ni, biar saya rasa dulu sambil sengeh-sengeh" Terus isteri dia bersuara "elehhh.. cakap jer lah yang awak tu tak tahan bila tengok coklat sebab awak tu kan hantu coklat." Semua riuh gelak dengan dia. Alhamdulillah semua cakap sedap. Saya gandakan adunan dan bubuh dalam loyang besar. Cooksnap daripada adik @nur_shazrina Dapur Yusfarisyia -
Nestum Chocolate Cookies Nestum Chocolate Cookies
Sepatut nya biskut coklat kelapa tetapi sewaktu tengah mengaul adunan biskut tak jumpa pula kelapa kering. Ishhh! Geram pula. Waktu-waktu macam tu la dia takde pulak. Ada saje tangan yang alihkan tapi bila ditanya tak ingat. Malas nak fikir panjang lagi dah. Capai je la nestum di depan mata. Bila kesemua nya dah selesai bakar dan simpan dalam bekas tupperware.. “tu dia! Muncul kat depan mata” 🤦🏻♀️ macam mana la boleh tak nampak sewaktu mencari sebelum tu? Bukan seorang yang tolong cari, tetapi 3 orang pun tak jumpa. Sakit hati, ambik bungkusan kelapa kering tu terus campak dalam almari. Siap pesan kat ahli rumah jangan memandai nak usik. Dapur Yusfarisyia -
Brownies Mudah Brownies Mudah
Malam semalam dapat panggilan telefon dari kakak bagitau nak “suprise” birthday anak dia di rumah nenek. Kakak bagitau birthday anak dia sepatutnya 26 Julai tetapi memandangkan tarikh tersebut kakak busy dengan tempahan katerer jadi kakak buat birthday awal sehari. Kakak bagitau nak buat pada tenghari keeseokan hari. Hmm.. bangun pagi keesokan hari nya terfikir nak buat apa untuk buah tangan nanti. Dengan bahan-bahan yang ada di dapur terhasil lah brownies mudah. Jadi la untuk buah tangan nanti. Lagi pun ramai yang suka makan brownies di kalangan keluarga saya. #goldenapron2020 Dapur Yusfarisyia -
Chocolate Chip Cookies #PhopByLiniMohd Chocolate Chip Cookies #PhopByLiniMohd
Hello! 🙋♀️Kita bertemu kembali ya. Kali ini CN kongsikan resipi Chocolate Chip Cookies ala Famous Amos pula.Biskut ini merupakan 'drop cookie' yang berasal dari Whitman, Massachusetts, Amerika Syarikat. Ia dicipta oleh Ruth Graves Wakefield pada tahun 1930an. Dek kerana popularitinya, biskut ini menjadi kebanggaan warga AS sehingga kini. Pelbagai variasi biskut ini dilakukan mengikut kreativiti dan citarasa individu. Biskut ini tergolong dalam kategori Manisan atau Dessert.Resipi untuk biskut ini pula, CN ambil dari blog Azie Kitchen. Memang sedap dan mudah membuatnya kawan-kawan. Jemputlah cuba ya. Boleh dijadikan antara koleksi biskut raya anda nanti.🤭Nota:1. Resipi ini paling mudah kerana menggunakan whisk dan spatula saja untuk mengadun bahan. Pun begitu disarankan agar anda tidak perlu terlalu kuat mengadun bahan. Dikhuatiri doh menjadi terlalu lembik.2. Untuk elak bentuk biskut tidak cantik dan leper, simpan adunan biskut ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit. Selepas itu, sudukan atau bulatkan dengan tangan. Jangan terlalu kasar ya.3. Jika tidak mahu biskut terlalu rapuh, tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras biskut yang anda sukai.Selamat Mencuba ♥️#PhopByLiniMohd #AlumniPhopbyLiniMohd#CookpadMalaysia#CookpadMY#PeraduanResipi#MakananBarat#ChocolateChipCookies#Biskut#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Kek Marble Cheese dan Nutella Kek Marble Cheese dan Nutella
#kekmarble #goldenapron2020Sebenarnya ini pertama kali saya buat kek Marble ni walaupun tanpa tepung kek, Alhamdulillah menjadi dengan cantik, gebu,lembut bila dipotong kek tidak beserak, cantik bersih dan kemas jer,sesiapa yang baru nak mencuba buat kek marble tu, boleh ikut cara saya memang senang,bahan-bahan pun mudah jer. @Nana Sabrina Sarsan
Lebih Banyak Resipi
Komen