Pajeri Nenas

Tim Greenturae
Tim Greenturae @timgreenturae

Sebab masakan pajeri ni antara menu yang husband suka makan, Tim pun terjebak la belajar masak.

Rupanya memang sedap la pajeri nenas ni. Patut ada peminat dia sendiri.

Tim tak letak asam jawa sebab nenas ni dah masam masam manis.

Kalau nak masam lagi, kalian boleh je tambah asam jawa.

#GoldenApron23

Pajeri Nenas

6 orang bercadang membuatnya

Sebab masakan pajeri ni antara menu yang husband suka makan, Tim pun terjebak la belajar masak.

Rupanya memang sedap la pajeri nenas ni. Patut ada peminat dia sendiri.

Tim tak letak asam jawa sebab nenas ni dah masam masam manis.

Kalau nak masam lagi, kalian boleh je tambah asam jawa.

#GoldenApron23

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
3 orang
  1. 1/2 bijinenas
  2. Blender
  3. 1/2 bijibawang besar
  4. 3 ulasbawang putih
  5. 1/2 genggamikan bilis
  6. 4sekawan
  7. 3 bijicili api - ikut level pedas
  8. Rempah kari
  9. 1 sudu besarkari ikan
  10. 1 sudu besarkari ayam
  11. 1 sudu besarserbuk cili
  12. sedikitair
  13. Bahan-bahan lain
  14. 1/4 ketulgula kabung
  15. 1 sudu besarkerisik
  16. 100 mlsantan
  17. secukup rasagaram

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Potong nenas ikut suka nak macamana. Kalau tiada nenas segar, boleh guna nenas dalam tin.

  2. 2

    Tumis bahan blender & rempah 4 sekawan hingga naik bau

  3. 3

    Bancuhkan serbuk kari dan serbuk cili dengan sedikit air. Masukkan dalam periuk dan tumis hingga pecah minyak. Boleh tambah air sekiranya terlalu kering.

  4. 4

    Masukkan kerisik dan gula kabung. Boleh ganti dengan gula biasa.

  5. 5

    Kuah dah pecah minyak cantik, boleh masukkan nenas. Tutup periuk agar nenas layu dan sebati dengan kuah pajeri.

  6. 6

    Masukkan santan dan biarkan mendidih. Boleh adjust pekat kuat ikut citarasa. Nak lebih cair, tambah air. Nak pekat, reneh sehingga kuah likat. Akhir sekali perasakan garam.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Tim Greenturae
Tim Greenturae @timgreenturae
pada

Komen

Resipi Sepertinya