Telur Masak Lemak Cili Api

irar
irar @irar_bungaLily
Kuala Lumpur

Buka petiais nampak banyak lagi telur. Ok, hari ini kita masak lemak telur cili api.

Telur Masak Lemak Cili Api

Buka petiais nampak banyak lagi telur. Ok, hari ini kita masak lemak telur cili api.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 6 bijitelur rebus
  2. 1 batangserai - ketuk
  3. 1asam keping
  4. 80 mlsantan atau secukupnya (kara)
  5. bendi
  6. secukupnyagaram
  7. Bahan kisar :
  8. 1 bijibawang besar
  9. 2 ulasbawang putih
  10. 30 gcili api
  11. 250 mlair
  12. secukupnyaserbuk kunyit atau kunyit hidup

Cara Memasak

  1. 1

    Goreng telur dengan sedikit minyak (dalam 1/2 sudu besar minyak).

  2. 2

    Dalam periuk, masukkan bahan kisar, serai dan asam keping.
    Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan telur.

  3. 3

    Bila mendidih, masukkan santan dan garam.
    Masa ini bolehlah adjust kepekatan kuah mengikut selera. Kalau suka kuah yang cair boleh tambah air, kalau suka kuah pekat tambahlah santan.

  4. 4

    Akhir sekali masukkan bendi.
    Masak sekejap sahaja kemudian terus tutup api. Jangan lama sangat nanti bendi jadi lembik.
    siap.

  5. 5

    Sedia dinikmati bersama nasi panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
irar
irar @irar_bungaLily
pada
Kuala Lumpur
When Baking, Follow Directions, When Cooking, Go By Your Own Taste - Laiko Bahrs
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya