SoTo Ayam Bergedil Daging

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

🌹48-2024🌹
🧑‍🍳756/1K🧑‍🍳
✔️Global Apron 2024 Challenge 7: Open House

#GlobalApron2024
#Challenge7
#OpenHouse
#SotoAyamBergedilDaging

Haaaa mesti ramai yang buat open house kan...Tapi sedang tercari-cari menu apa nak dihidangkan untuk tetamu .Ummi cadangkan menu SoTo Ayam kerana menu ini Sangat Sesuai untuk hidangan pada tetamu apabila mengadakan open house di musim perayaan.Ummi sediakan dalam kuantiti kurang lebih 10 orang makan.jika nak lebih boleh gandakan bahan dalam resepi di bawah.

Cookpad Magic Pantry :
#AYAM
#SANTAN
#CILI PADI
#DAGING
#KENTANG
#TELUR
#BIHUN

Nota : Tanda ✅ dalam senarai bahan = Bahan-bahan yang dipilih dari list pantry.

SoTo Ayam Bergedil Daging

🌹48-2024🌹
🧑‍🍳756/1K🧑‍🍳
✔️Global Apron 2024 Challenge 7: Open House

#GlobalApron2024
#Challenge7
#OpenHouse
#SotoAyamBergedilDaging

Haaaa mesti ramai yang buat open house kan...Tapi sedang tercari-cari menu apa nak dihidangkan untuk tetamu .Ummi cadangkan menu SoTo Ayam kerana menu ini Sangat Sesuai untuk hidangan pada tetamu apabila mengadakan open house di musim perayaan.Ummi sediakan dalam kuantiti kurang lebih 10 orang makan.jika nak lebih boleh gandakan bahan dalam resepi di bawah.

Cookpad Magic Pantry :
#AYAM
#SANTAN
#CILI PADI
#DAGING
#KENTANG
#TELUR
#BIHUN

Nota : Tanda ✅ dalam senarai bahan = Bahan-bahan yang dipilih dari list pantry.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

8-10 orang
  1. Bahan Soto:
  2. 2 kgAYAM (bahagian paha) ✅
  3. Bahan Kisar :
  4. 3 batangserai - hiris halus
  5. 6 ulasbawang merah
  6. 6 ulasbawang putih
  7. 1 incihalia
  8. 1 incilengkuas
  9. 2 bukukunyit hidup
  10. 1 labubawang besar
  11. 3 bijibuah keras
  12. Bahan Tumis :
  13. 1 batangkulit kayu manis
  14. 3 bijipelaga
  15. 2 kuntumbunga lawang
  16. 4 kuntumcengkih
  17. 2 batangserai - diketuk
  18. 2 helaidaun salam
  19. Bahan campuran lain :
  20. 1 sudu besarserbuk rempah sup soto atau
  21. 1 sudu besarserbuk rempah kurma
  22. 1 sudu besarserbuk ketumbar
  23. 2 sudu besargaram halus
  24. 2 sudu besarserbuk cukup rasa
  25. 1 sudu tehAjinomoto -optional
  26. 1 peketserbuk Masako Daging - optional
  27. 3 literAir
  28. 100 mlSANTAN kotak
  29. Bahan Bergedil Daging :
  30. 1 peketDAGING Kisar
  31. 4 bijiKENTANG✅
  32. 2 bijiTELUR✅
  33. 10 bijibawang merah -digoreng rangup
  34. 1 sudu tehlada sulah
  35. 1 sudu tehgaram halus
  36. 2 pokokdaun sup - hiris halus
  37. 1 cawanminyak untuk menggoreng
  38. Bahan sambal kicap :
  39. 29 bijiCILI PADI
  40. 4 ulasbawang putih
  41. sedikitminyak untuk menggoreng
  42. 1/2 cawankicap lemak manis
  43. 1 sudu besargula
  44. 1 bijilimau nipis -ambil jusnya
  45. Bahan Nasi Impit :
  46. 2 cawanberas
  47. 4 cawanair
  48. 1/2 sudu tehgaram
  49. Bahan sampingan lain sebagai pelengkap hidangan :
  50. 1 peketBIHUN
  51. 1 sudu tehserbuk kunyi -optional
  52. 1 mangkukTaugeh
  53. 20 bijilimau kasturi
  54. 1 mangkukDaun sup yang telah dihiris halus
  55. 1 mangkukBawang goreng
  56. 250 gramkacang tanah digoreng
  57. 1 peketkecil Suun -digoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Ayam dicuci bersama Tepung gandum dan dibilas bersih toskan.

  2. 2

    Kisar halus semua bahan kisar iaitu Bawang besar,bawang putih,bawang merah,halia,lengkuas,kunyit serai,akar ketumbar dan buah keras.

  3. 3

    Panaskan minyak tumis rempah 4 sekawan,serai yang diketuk dan juga daun salam sehingga wangi.Masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi.Tumis hingga pecah minyak.

  4. 4

    Bila sudah pecah minyak masukkan semua isi ayam dan juga air.

  5. 5

    Masukkan bahan perasa iaitu garam,serbuk cukup rasa dan juga garam.Ummi letak juga Masako untuk kuah soto lebih sedap.Kebiasaan Ummi buat soto tak letak santan tapi kali ini Ummi letak juga sedikit santan untuk naikkan rasa lemak pada kuah soto.Jangan terlalu banyak cukup 100 ml santan untuk 3 liter air.Ternyata kuah soto lebih sedap.

  6. 6

    Bila ayam dah cukup masak dan lembut,angkat keluar isi ayam yang besar2 untuk dicarik-carik kan isinya.

  7. 7

    Nasi Impit :
    Cuci beras dan masukkan air secukupnya masak dalam rice cooker sehingga lembut.Ummi masak guna presure cooker guna funtion porridge selama 25 minit sahaja.

  8. 8

    Setelah itu tuang nasi lembik kedalam loyang yang dialas daun pisang.kemudian tutup lagi dengan daun pisang lalu letakkan pemberat untuk mampatkan nasi impit.Dihimpit nasi tersebut maka ia dipanggil nasi impit.Biarkan ia sejuk. baru dipotong.

  9. 9

    Boleh juga disimpan dalam chiller.Kemudian keluarkan dan dipotong kecil-kecil.

  10. 10

    Bergedil daging :
    Panaskan minyak Tumis bawang putih dan masukkan daging cincang.masukkan lada sulah dan secubit garam.setelah masak angkat dan ketepikan.

  11. 11

    Kentang digoreng sehingga lembut,angkat dan ketepikan.Goreng juga bawang merah sehingga garing.Angkat kentang dan lecek halus.

  12. 12

    Masukkan daun sup dan daging cincang serta bawang goreng kedalam kentang yang sudah dilecek halus..Masukkan lada sulah,garam halus secukupnya.

  13. 13

    Gaul sebati dan bulat2kan menjadi bebola.

  14. 14

    Pecahkan 2 biji telur masukkan sedikit lada sulah dan secubit garam mix sebati.celupkan bergedil Daging kedalam telur dan goreng garing.

  15. 15

    Angkat dan toskan minyak.

  16. 16

    Sambal Kicap :
    Cili Padi digoreng bersama bawang putih.kemudian di blend halus bersama kicap lemak manis dan gula.tuang kedalam bekas dan perah sedikit limau nipis.Gaul sekata dan sedia dihidangkan bersama set Soto.

  17. 17

    Bihun direndam sekejap.Didihkan air bersama sedikit serbuk kunyit.Kemudian masukkan bihun dan matikan api.Angkat dan bilas bihun di air paip dan toskan.

  18. 18

    Siap sedia untuk dinikmati....👍😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Resipi Sepertinya