Pecal Ikan Pari dan Terung Bakar

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

#goldenapron
Minggu ketiga
#1post1hope

Pecal yang saya masak hari ini bukanlah seperti Pecal sayur yang biasa kita makan.Tetapi Pecal ini menggunakan ikan yang di bakar dahulu (apa-apa jenis ikan) kemudian dimasak bersama bumbu utamanya iaitu cekur atau kencur.Lauk ini terkenal dikalangan orang berketurunan jawa.(saya juga berketurunan jawa tetapi jawa celup)
Biasanya mereka akan menggunakan ikan air tawar tapi disebabkan saya tidak berapa menggemarkan ikan air tawar,saya tukar kepada ikan pari.Ikan harus di bakar dulu sebelum meneruskan langkah yang seterusnya.Rumah saya pula tiada halaman untuk bakar menggunakan kayu atau arang.Jadi saya bakar dalam magic pan sahaja.
Lagi pula,saya tidak gemar menggunakan bawang merah mahupun bawang putih untuk masakan yang bersantan.Lain orang lain caranya.
•Kalau ada daun cekur,dibasuh dan dihiris.Masukkan sekali dalam masakan akan menambahkan lagi kelazatan Pecal ini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 orang
  1. 2 potongikan pari
  2. 2-3biji terung(dipotong 2)
  3. Segenggam cekur
  4. Segenggam Cili padi
  5. 2 batangserai
  6. 1 kepingasam keping
  7. 1 cawansantan pekat (Saya guna santan kotak)
  8. 1/2 cawanair suam
  9. Garam secukupnya
  10. Ajinamoto
  11. Minyak untuk menumis

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan.Ikan Pari di cuci bersih dan toskan airnya.

  2. 2

    Ikan Pari dilumur sedikit garam.Bakar bersama terung sehingga masak.

  3. 3

    Tumbuk cekur dan cili padi sehingga lumat.Tumbuk hancur serai.Panaskan sedikit minyak,kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga berbau harum.Masukkan santan dan ditambah sedikit air.(ikut kepekatan yang anda mahukan).Kecilkan api dan biarkan kuah mendidih.

  4. 4

    Bila kuah mendidih,masukkan asam keping.Perasakan dengan garam dan ajinamoto secukup rasa.Masukkan ikan dan terung.Biarkan mendidih lagi tapi pastikan jangan sampai santan pecah ya.Siap!!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya