Pecel Ikan Pari

104/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1497 #pejuang2kresipi
❤️Misi Cooksnap Resipi Program Air Tanganku (Edisi Ramadan 2023) ❤️
Si cantik manis @Gynainspring83 merupakan Cookpaders ke3 hakak interview untuk Program Air Tanganku.
.
Pecel Ikan Pari ni merupakan masakan yang diajar oleh ibu Gyna dan merupakan menu wajib dimasak untuk berbuka puasa. Dah hakak tengok Gyna masak depan-depan mata dan merasa air tangannya. Of cos harus cuba masak sendiri di rumah. Ternyata berbaloi hakak travel ke Selangor bertemu Gyna dan belajar memasak hidangan ni. Sedap sangat. Korang pun patut cuba 😉
.
Resipi asal Gyna menggunakan cili padi yang agak banyak. Hakak guna sedikit sahaja. Namun bagi peminat makanan pedas tu, boleh lebihkan cili padi yer. Selain itu penggunaan cekur / kencur pun memberikan efek sedap pada hidangan. Gyna beritahu cekur / lencur ni merupakan bahan masakan popular di kalangan orang Jawa. Ternyata betul-betul sedap.
.
Resipi ni hakak masak ketika iftar hari ke23 ❤️
Pecel Ikan Pari
104/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1497 #pejuang2kresipi
❤️Misi Cooksnap Resipi Program Air Tanganku (Edisi Ramadan 2023) ❤️
Si cantik manis @Gynainspring83 merupakan Cookpaders ke3 hakak interview untuk Program Air Tanganku.
.
Pecel Ikan Pari ni merupakan masakan yang diajar oleh ibu Gyna dan merupakan menu wajib dimasak untuk berbuka puasa. Dah hakak tengok Gyna masak depan-depan mata dan merasa air tangannya. Of cos harus cuba masak sendiri di rumah. Ternyata berbaloi hakak travel ke Selangor bertemu Gyna dan belajar memasak hidangan ni. Sedap sangat. Korang pun patut cuba 😉
.
Resipi asal Gyna menggunakan cili padi yang agak banyak. Hakak guna sedikit sahaja. Namun bagi peminat makanan pedas tu, boleh lebihkan cili padi yer. Selain itu penggunaan cekur / kencur pun memberikan efek sedap pada hidangan. Gyna beritahu cekur / lencur ni merupakan bahan masakan popular di kalangan orang Jawa. Ternyata betul-betul sedap.
.
Resipi ni hakak masak ketika iftar hari ke23 ❤️
Cara Memasak
- 1
Panaskan pan dengan minyak masak. Letak isi ikan pari yang telah dilumur dengan garam. Balut dengan daun pisang dan grill sehingga masak sempurna seluruh permukaan ikan pari. Angkat dan ketepikan.
- 2
Terung pun digrill atas pan sehingga masak sempurna. Angkat dan ketepikan.
- 3
Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah, bawang putih, cekur dan cili padi kisar. Masukkan serai dan santan. Kacau sebati dan didihkan seketika.
- 4
Masukkan ikan pari dan terung yang digrill tadi. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan asam keping. Kacau sebati dan masak sehingga mendidih.
- 5
Sedia untuk dihidangkan bersama-sama nasi putih panas.
- 6
Selamat mencuba 😋
Resipi Sepertinya
-
Pecel Ikan Pari Pecel Ikan Pari
Bila Ramadhan menjelang, mesti korang nak masak makanan tradisi masing-masingkan ? Termasuklah Gyna yang tidak terkecuali.Bagi keluarga Gyna, sudah menjadi kebiasaan akan memilih makanan yang pedas. Jadi Gyna masak Pecel Ikan Pari. Satu lauk sudah mencukupi kerana Gyna tambahkan terung di dalamnya. Cukup dengan sumber protein dan sayur dalam masakan. Kalau nak tambah ulam-ulaman tersangatlah sesuai.Resipi ini semestinya diturunkan oleh mama Gyna.Tetapi, mama Gyna menggunakan ikan pari yang berukuran kecil. Dibakar dan kemudian isinya disiat-diat sebelum di masukkan ke dalam kuah pecel. Tapi, di tempat tinggal Gyna agak sukar untuk mencari ikan pari berukuran kecil sebegitu. Jadi Gyna gunakan saja ikan pari yang biasa kita jumpa di pasar. Tidak menjadi masalah pun. Tiba-tiba teringat Pecel Ikan Pari mama Gyna. Aduhai.. meleleh air liur. Nanti nak suruh mama masaklah. Agar dapat Gyna hilangkan rasa rindu air tangan mama.Kalau you all dah cuba resipi Gyna, jangan lupa Cooksnap dan share keenakkan Pecel Ikan Pari tau!Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarrak buat semua!! Gyna Elenna -
Pecel Daging Terung Bakar Pecel Daging Terung Bakar
157/2022/RoadtoWorldRecipes/1275❤️ Citarasa Selatan - Lembu [Week 3] ❤️#MerdekaMonthResipi ni hasil inspirasi daripada @Uchu. Tapi cuma tula, Uchu masak hakak tengok helok sangat rupanya haa🥰 Tapi hakak masak macam kurang berseri je. Mungkin daun cekur tu tak banyak sangat ke pun. Atau terung yang hakak masak tu tak cukup bakarnya. Emmm 😑. Lagi satu hakak masak terlebih kuah 😬.Tapi kalau ditanya dari segi rasa, bagi hakak sedap. Gabungan daging bakar dan terung bakar di samping sambal bawang cili tu. Memang sedap. Ada pulak rasa daun dan ubi cekur. Buat hakak makan nasi bertambah-tambah 😋. Mungkin lain kali, hakak kena ada banyak daun cekur lagi kot untuk dapat rupa yang cantik macam hidangan uchu tu..Menurut Uchu resipi asal adalah Pecal Pari & Terung. Ia merupakan makanan negeri Johor. Jika Goggle pun akan dapat info yang lebih kurang sama. Tapi Uchu modifikasi menukarkan ikan pari kepada daging bakar. Oleh sebab tu, hakak dengan yakinnya terus letak asal resipi daripada johor dan masukkan dalam cabaran Moooo ini🤭😆. Boleh lah yer @sasha_sabrina untuk meriahkan resipi . Tapi resipi yang selain daging tu ada jugak. Soon iolss upload yer 😌 Salina Jalaludin -
Terung Bakar Bersantan Terung Bakar Bersantan
89/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1482 #pejuang2kresipi❤️Ramadan Battle❤️#TeamLauk #TeamBerbukaResipi ni inspirasi daripada @sambaldope . Terima kasih yer untuk resipinya. Sedap ☺️.Resipi ni hakak masak untuk Iftar hari ke-3. Ni semua adik beradik hakak balik dan berbuka puasa di rumah mak. Hakak pun masak ler resipi ni. Alhamdulillah sambutannya sangat baik. Sedap kan 😋 Salina Jalaludin -
Asam Pedas Ikan Pari Asam Pedas Ikan Pari
110/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1503 #pejuang2kresipi❤️Misi Cooksnap Resipi Hero Cookpad❤️Misi seterusnya untuk Cooksnap resipi Hero ke4 kita iaitu Kak @Sirap_Cheese . Kak Aznie ni teror bab dessert dan kek semua tu. Resipi dia banyak berorentasikan menu sebegitu. Tapi of cos ler hakak tak akan Cooksnap resipi sebegitu. Sebabnya hakak kurang pandai sangat baking ni. Tambahan pula untuk orang penggemar lauk dan nasi ni. Baik pilih je resipi lauk dan kita Cooksnap 🤭.Jadi sebab tula hakak pilih resipi asam pedas ikan pari ni. Resipi ni dimasak ketika iftar hari ke24 ketika Ramadan yang lalu. Resipi ni sedap dan sangat puas hati mencubanya. Terima kasih kak untuk resipinya 🥰❤️ Salina Jalaludin -
Kerabu Mangga Ikan Keli Crispy Kerabu Mangga Ikan Keli Crispy
103/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1496 #pejuang2kresipi❤️Misi Cooksnap Resipi Program Air Tanganku (Edisi Ramadan 2023) ❤️@Sirap_Cheese merupakan Cookpaders ke2 yang hakak interview dan ajak main masak2 untuk Program Air Tanganku (Edisi Ramadan). Bila kita dah rasa air tangannya maka balik rumah haruslah cuba Cooksnap ☺️. Resipi yang sedap. Gabungan ikan keli goreng dengan rasa masam pedas kerabu mangga memang sedap dan memuaskan hati. Korang pun patut cuba hokey 😉.Resipi ni dimasak untuk iftar hari ke15 😬 Salina Jalaludin -
Pecal Ikan Pari dan Terung Bakar Pecal Ikan Pari dan Terung Bakar
#goldenapronMinggu ketiga#1post1hopePecal yang saya masak hari ini bukanlah seperti Pecal sayur yang biasa kita makan.Tetapi Pecal ini menggunakan ikan yang di bakar dahulu (apa-apa jenis ikan) kemudian dimasak bersama bumbu utamanya iaitu cekur atau kencur.Lauk ini terkenal dikalangan orang berketurunan jawa.(saya juga berketurunan jawa tetapi jawa celup)Biasanya mereka akan menggunakan ikan air tawar tapi disebabkan saya tidak berapa menggemarkan ikan air tawar,saya tukar kepada ikan pari.Ikan harus di bakar dulu sebelum meneruskan langkah yang seterusnya.Rumah saya pula tiada halaman untuk bakar menggunakan kayu atau arang.Jadi saya bakar dalam magic pan sahaja.Lagi pula,saya tidak gemar menggunakan bawang merah mahupun bawang putih untuk masakan yang bersantan.Lain orang lain caranya.•Kalau ada daun cekur,dibasuh dan dihiris.Masukkan sekali dalam masakan akan menambahkan lagi kelazatan Pecal ini. Gyna Elenna -
Cencaru Berlado Hijo Cencaru Berlado Hijo
298/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1693 #pejuang2kresipi❤️ Golden Apron 2023 ❤️#GoldenApron23 #Week14 #TeamPestoNi merupakan salah satu menu yang berasaskan green chili pesto. Kita buat masakan Melayu je wak 😌 Salina Jalaludin -
Ikan Parang Masak Lemak Cekur Ikan Parang Masak Lemak Cekur
Hujan lebat diluar, perkarangan rumah sudah dinaiki sedikit air. Fikiranku terus menjalar ke peristiwa banjir teruk di Chaah beberapa tahun yang lalu. Kesian atok-atok yang rumahnya di tenggelami air kerana sudah banyak hari air tak surut-surut.Dari banjir, terkenang pula masakan orang Jawa yang sedap ni. Dulu seronok juga balik kampung sebab dapat rasa masakan Jawa dari nenek. Salah satunya Ikan Masak Lemak Cekur. Cekur ini nama sejenis tumbuhan, senang hidup. Kebetulan Yani ada tanam cekur di dalam pasu, bolehlah Yani masak masakan nostalgia ini. Jika tiada cekur, rasa masakan orang Jawa ini hilang. Ia akan jadi macam masak lemak biasa.Jom ikut resepi yang Yani masak ini.😃 Nur Azliani Amer -
Bubur Lambuk Terengganu Bubur Lambuk Terengganu
105/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1498 #pejuang2kresipi❤️Misi Cooksnap Resipi Program Air Tanganku (Edisi Ramadan 2023) ❤️Untuk Program Air Tanganku ni Kak Aza @cook_16103562 merupakan Cookpaders ke4 yang sudi memasak untuk dirakam bagi Program Air Tanganku Cookpad..Kak Aza memilih Bubur Lambuk Terengganu ni kerana resipi ini merupakan resipi signature bagi dirinya. Melihat Kak Aza memasak dan penggunaan bahan-bahan untuk bubur lambuk ni betul-betul buat hakak teruja. Usai masak je, Kak Aza suruh rasa. Alhamdulillah sepertimana expectation hakak tengok dia masak. Memang sedap benor rasanya. Bagi seorang yang bukan penggemar bubur lambuk. Tapi hat ni memang makan bertambah dan teringat-ingat dibuatnya 😋.Disebabkan tu, di hari Ramadan ke24 hakak masak resipi ni untuk iftar. Alhamdulillah..tak rasa rugi belajar memasak bubur sesedap ini tau 😌 Salina Jalaludin -
Pari masak lemak cekur Pari masak lemak cekur
#goldenapron2020 #minggu31Masak lemak cekur, selama ni tau cekur ni utk buat air jamu je, rupanya sedap jgk buat masak lemak, pestime try ni, fuhh menggodaLepas ni blh buat selalu lah Atie SweetChocbakeries -
Masak Lemak Putih Pucuk Keledek & Ikan Talang Masin Masak Lemak Putih Pucuk Keledek & Ikan Talang Masin
205/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1599 #pejuang2kresipi❤️ Golden Apron 2023 ❤️#GoldenApron23 #Week5 #TeamPucukKeledekJarang beli pucuk keledek ni. Tapi untuk Golden Apron ni hakak beli juga 😆. Then Hakak pilih untuk masak lemak putih bersama-sama ikan masin. Biasanya masak lemak begini, orang akan goreng ikan masin secara berasingan untuk dimakan bersama. Tapi hakak lebih suka masuk siap2 ikan masin dalam kuah . Kaedah one pot gituu. Alhamdulillah sedap je😋🥰❤️ Salina Jalaludin -
Kerabu Pucuk Paku Kerabu Pucuk Paku
102/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1495 #pejuang2kresipi❤️Misi Cooksnap Resipi Program Air Tanganku (Edisi Ramadan 2023) ❤️Resipi ni inspirasi daripada Kak @dapoq_cikrose21 dari Program Air Tanganku yang hakak shoot sebelum Ramadan. Video masakan & artikel mengenai Cookpader hebat ni pun hakak dah publish di semua media sosial Cookpad. Jadi korang boleh tengok yer☺️.Resipi ni hakak dah merasa makan dah masa program masak-masak ni berlangsung. Ni saje jela Cooksnap bagi tujuan meraikan resepi & juga tuan resipi ni. Korang pun patut cuba resipi sedap ni yer. Yang menjadi keunikan kerabu ni adalah penggunaan beras goreng. Mak hakak pun ada cakap arwah tok hakak pun memang buat kerabu letak beras goreng. Agaknya resipi kerabu utara begitu kot. Jadi korang patut cuba yer untuk rasa kelainannya ☺️.Hakak cuba masak resipi ni pada Ramadan ke12 💛 Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen