Nasi Lemak Bilis Telur

Masak Apa Untuk POTLUCK?
Nasi Lemak sangat sinonim dengan masyarakat kita orang melayu.Bila berkumpul ramai-ramai bersama keluarga atau rakan taulan menu Nasi Lemak pasti menjadi pilihan untuk dinikmati bersama.Sangat sesuai sarapan pagi dan juga untuk menu Potluck.Walaupun cara penyediaannya sedikit renyah namun ia adalah menu kegemaran Ramai.Nak pula dibungkus dengan daun pisang,aroma daun pisang tu membuatkan lagi berselera nak menjamah nasi lemak.Lebih senang dibawa berkelah atau makan-makan di tepi pantai,air terjun dan sebagainya semasa Potluck.
Sebenarnya dah bertahun lama hakak tak buat nasi lemak .
Resepi dan cara memasak nasi lemak ini adalah resepi semasa hakak berjualan dulu.
Jom tengok resepi nasi lemak .
Nasi Lemak Bilis Telur
Masak Apa Untuk POTLUCK?
Nasi Lemak sangat sinonim dengan masyarakat kita orang melayu.Bila berkumpul ramai-ramai bersama keluarga atau rakan taulan menu Nasi Lemak pasti menjadi pilihan untuk dinikmati bersama.Sangat sesuai sarapan pagi dan juga untuk menu Potluck.Walaupun cara penyediaannya sedikit renyah namun ia adalah menu kegemaran Ramai.Nak pula dibungkus dengan daun pisang,aroma daun pisang tu membuatkan lagi berselera nak menjamah nasi lemak.Lebih senang dibawa berkelah atau makan-makan di tepi pantai,air terjun dan sebagainya semasa Potluck.
Sebenarnya dah bertahun lama hakak tak buat nasi lemak .
Resepi dan cara memasak nasi lemak ini adalah resepi semasa hakak berjualan dulu.
Jom tengok resepi nasi lemak .
Cara Memasak
- 1
Untuk Nasi Lemak:
Cuci beras dan toskan,Satukan air dan santan kedalam periuk,masukkan halia,bawang besar,daun pandan,serai dan perasa/garam & gula.Masukkan juga minyak.Masak hingga mendidih.Apabila sudah mendidih masukkan beras kedalam periuk,kacau sekata dan biar hingga masak.Nota:Gandakan bahan jika masak Banyak.
- 2
Beginilah nasi lemak yang sudah dimasak.Cantik hasilnya lembut dan berderai.
Tips: Untuk dapatkan nasi Lemak yang cantik lembut tak lembik dan juga tidak mentah guna nisbah 1:1: 1/2
Beras 1 cawan,air 1 cawan,santan 1/2 cawan.
Jika guna santan kotak mesti letak sedikit minyak supaya nasi cantik berderai.
(Teknik saya masak nasi lemak untuk jualan) - 3
Untuk Sambal Bilis:
Rebus cili kering,cuci dengan air paip buang biji cili.
Satukan cili kering,bawang merah,bawang putih,halia,belacan dan ikan bilis,blender dengan sedikit air dan minyak masak sehingga halus. - 4
Panaskan minyak,Tumis serai dan daun pandan serta bawang besar sehingga wangi.masukkan cili yang di blend tadi.Tumis dengan api perlahan.
- 5
Masukkan asam jawa,gula perang dan garam.Tuang air kacau sekata dan biar sambal merenih dan pekat serta pecah minyak.(jika suka boleh letak ajinomoto sedikit)
- 6
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang sudah dicuci bersih tak perlu digoreng terlebih dahulu.(cara saya,saya lebih suka ikan bilis tanpa digoreng)kacau dan biar seketika.matikan api angkat dan ketepikan sambal di dalam bekas.
- 7
Sediakan bahan sampingan untuk nasi lemak sebelom dibungkus.
Cara membungkus nasi lemak menggunakan daun pisang:
1.Isikan nasi,sambal,timun,telur rebus,bilis goreng serta kacang goreng. - 8
Cara bungkus Nasi Lemak :
- 9
- 10
Sudahpun siap untuk di makan semasa potluck bersama-sama keluarga ataupun kawan-kawan.
- 11
Boleh rujuk Resepi Nasi Lemak disini
Resipi Sepertinya
-
Nasi Lemak Sambal Sotong Nasi Lemak Sambal Sotong
Nasi lemak sudah menjadi makan kegemaran raayat Malaysia. Menu ini bukan sahaja disaji pada sarapan pagi, tapi tengahari dan malam. Bahkan juga makanan kegemaran di bulan puasaSaya tertarik dengan seorang coopedes yang telah cooksnap resepi Leeina Qaliena, hasilnya nasi lemak yang sedap dan berderai.Saya sediakan bersama sambal sotong Ani Delighted -
Nasi Lemak Pandan Nasi Lemak Pandan
Hari ni teringat nak makan nasi lemak kat warung di kampung halaman. Tapi Mak ajak masak sendiri nasi lemak. Dah lama tak makan nasi lemak yang anaknya masak. Masak terus nasi lemak ni untuk makan tengahari. Kan senang!Daun pandan ni ambik dari rumah sepupu. Dia potong sebab terlampau merimbun. Dah alang-alang banyak daun pandan, saya blend untuk nasi lemak bewarna hijau dan harum semerbak. Tak perlu nak letak pewarna hijau. Hijau original gitu. Rose Nani Nizah Nayan -
Nasi Lemak Telur Dadar Nasi Lemak Telur Dadar
#goldenapron2020Nasi lemak ni popular nauu dikalangan rakyat Malaysia. Setiap tempat punya resepi dan aroma tersendiri. Digabungkan dengan pelbagai bahan, menjadikan nasi lemak menu pilihan utama rakyat Malaysia. Kali ni saya buat nasi lemak telur dadar pula. Rose Nani Nizah Nayan -
Nasi Lemak Pandan Nasi Lemak Pandan
Nasi lemak ni menu popular rakyat Malaysia. Juga menjadi menu yang banyak dijual di gerai-gerai tepi jalan. Nak kan kelainan, buatkan nasi lemak pandan. Bila letak air pandan, memang wangi semerbak le bau pandan ni semasa nasi ni mendidih.Hari ni, buat nasi lemak pandan untuk jiran-jiran sebelah rumah. Menu sarapan pagi ni merangkap makan tengahari ye. Untung buat menu macam ni, sekali masak je boleh makan sampai petang. Rose Nani Nizah Nayan -
Nasi Lemak Nasi Lemak
325/2021/RoadTo1k/1020❤️ Negeri Malaysia : Merdeka Special CP Passport ❤️❤️ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 14/16 ❤️ #merdekapassportNasi Lemak sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Ini di antara signature dish bagi negara Kita. Maka tidak hairanlah, bila disebut Nasi Lemak akan terbayang nasi yang dimasak beraroma pandan, rasa lemak santan dan dimakan dengan aneka sambal dan lauk..Hakak pilih hidangan nasi lemak ni sebagai menu untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana ia merupakan ibu negara bagi Malaysia yang bertepatan dengan Nasi Lemak pula merupakan menu No.1 Malaysia 😊 Salina Jalaludin -
Nasi Lemak Rendang Ayam Nasi Lemak Rendang Ayam
157/2021/RoadTo1k/842Sebelum ni hakak pernah kongsi resipi nasi lemak rendang sebegini juga. Tapi nasi tu nasi lemak pandan (warna hijau dan ada ekstrak air daun pandan kisar ). Rendang yang dimasak pula adalah 100% from the scratch..Namun untuk resipi kali ni, hakak hanya masak nasi lemak biasa sahaja dan kaedah memasak rendang pun hakak guna bahan asas rendang dan ditambah serbuk rendang segera. Jadi hasil kuah rendang jauh lebih pekat dan sedap 😋.Nasi Lemak Rendang Ayam ni dimasak buat kali ke2 ni gara-gara drama yang sama juga iaitu drama "Kebaya Kasut Kanvas". Harap hakak tak tengok drama tu untuk kali ke3 dan mengulangi sejarah yang sama lagik 😂😂😂 Salina Jalaludin -
Nasi Lemak 3 Benua Nasi Lemak 3 Benua
#200resepiMenu ke 200 untuk Cookpad ni penuh cerita tersendiri. Punyai kenangan manis yang tersemat dalam ingatan. Hari ni 1 April 2021, Nasi Lemak 3 Benua ni memenangi (Naib Johan) Pertandingan Masakan Aneka Nasi anjuran PUSPANITA dan membawa balik wang tunai RM120.00.Nasi lemak merupakan menu kegemaran anak-anak. Inspirasi nasi lemak ni adalah idea resepi dari kawan-kawan Cookpad Salina Jalaludin (Nasi Lemak Strawberry ) dan Latifah Nawawi (Nasi Lemak Pandan). Terima kasih Cookpaders Malaysia.Bercerita tentang 3 benua, sebenarnya berangan nak makan nasi 7 benua kat Penang, tetapi tak boleh merentas negeri kannn.. Maka buat la nasi 3 benua ja.. Lagi 4 benua nanti le buat.. Maklum le nak buat 7 benua mau pecah peluh jugak sorang-sorang nak buat. Okay, selamat mencuba ye! Rose Nani Nizah Nayan -
Nasi Lemak Nostalgia #ChefZam Nasi Lemak Nostalgia #ChefZam
#goldenapron #minggupertama #ChefZam #chefzam #merdeka #cookpadmalaysiaAssalamualaikum sahabat Cookpadders ❤️Sempena bulan Kemerdekaan kali ke 62 tahun ini, CN ingin kongsikan Menu Tradisi yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia, sama ada pelbagai bangsa mahupun agama. Menu tersebut ialah Nasi Lemak. 😋Resipi Nasi Lemak tradisi ini CN pelajari dari Mak. Nasi Lemak ini juga menjadi kegemaran suami CN. Setiap kali pulang dari belayar, suami akan minta CN masakkan Nasi Lemak ini. Menggamit nostalgia katanya. 😍Nasi Lemak sememangnya sedap jika dimasak menggunakan santan pekat. Kemudian dibungkus pula dengan daun pisang. Aroma harumnya memikat hati.. Mmm terkenang selalu. Selamat mencuba ya ❤️Nota:1. Nasi lemak ini juga enak dimakan bersama ayam goreng, sambal ayam goreng, sambal ikan dan sebagainya.2. Halia berfungsi membuang angin dalam badan dan ia juga memberikan aroma harum pada Nasi Lemak selain daun pandan.3. Penggunaan gula melaka menjadikan warna sambal sedikit gelap.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Nasi lemak sambal sotong Nasi lemak sambal sotong
Hari ni hari raya puasa 6 mak dgn saya, so utk meraikan hari raya buatlah nasi lemak sambal sotong. Org lain dah lama raya kita slow² but sure 🤣🤣. Nasi lemak adalah menu yg org ramai suka mkn dan pelbagai sambal boleh dimakan bersama nasi lemak kan. Cuma ini cara saya jom lah cuba.🤗🤗🤗 KAM -
Nasi Lemak Pandan Nasi Lemak Pandan
Nasi lemak yang berasaskan daun pandan dengan aroma dan warna yang sangat menambah selera untuk penggemar nasi lemak tradisional NURRULHIDAYAH BINTI AHMAD FADZILLAH -
(Dishes) Ketupat Nasi (Lontong) Goreng ala Nasi Lemak (Dishes) Ketupat Nasi (Lontong) Goreng ala Nasi Lemak
Apekah ituuu? 😆 Kisah nya sbb ada beli nasi himpit berperisa nasi lemak. Pastu pikir mcm mana nk mkn. Then tetiba tinggg💡 💡, lebihan sambal nasi lemak yg saya frozenkan pon ada, kita goreng lah, maka jadi lah menu ni.Cara sy, sy goreng dulu dengan sedikit minyak nasi himpit ni sbb tak suka die jadi soggy & lembik. Mmg menjadi lah nasi himpit ni, terasa lemak-lemak die & wangi.P/S: satu pek nasi himpit Nona tu ada 32 packet kecil nasi himpit, sy guna half je. So sukatan utk rebus nasi himpit ni pon semua jadi half.#dishes#lontong#ketupatnasi#lontonggoreng#lontonggorengalanasilemak A'shiqin Mustafa -
Nasi lemak pandan Nasi lemak pandan
Menu pilihan rakyat Malaysia.Nasi lemak pandan yg cukup mudah penyediaan bersama air daun pandan yg akan mewangikan dan menambahkan selera kita. Ziana Chesaad
Lebih Banyak Resipi
Komen