MiangKham

#saturesipisatupohon #cookpadmalaysia
Miangkham ni merupakan resipi dari Siam. Mula mengenali miangkham ni dari seorang kawan. Selalu dapat stok miangkham ni setiap kali bila kawan balik kampung di di Gerik. Tapi jarang-jarang lah. Kadang kala bila teringin nak makan, cara mudah adaalh masak sendiri. Mudah je nak buat kuah, tapi penyediaan bahan-bahan lain tu agak rumit sedikit sebab banyak benda nak kena buat. Namun usaha ini bukanlah sesuatu yang sia-sia. Sebab bila dah siap dan makan berbaloi sangat-sangat rasanya.
MiangKham
#saturesipisatupohon #cookpadmalaysia
Miangkham ni merupakan resipi dari Siam. Mula mengenali miangkham ni dari seorang kawan. Selalu dapat stok miangkham ni setiap kali bila kawan balik kampung di di Gerik. Tapi jarang-jarang lah. Kadang kala bila teringin nak makan, cara mudah adaalh masak sendiri. Mudah je nak buat kuah, tapi penyediaan bahan-bahan lain tu agak rumit sedikit sebab banyak benda nak kena buat. Namun usaha ini bukanlah sesuatu yang sia-sia. Sebab bila dah siap dan makan berbaloi sangat-sangat rasanya.
Cara Memasak
- 1
Serai dikisar halus dan ditapis. Air tapisan dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama belacan, gula kabung / nise dan gula pasir serta garam. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Tutup api dan sejukkan seketika.
- 2
Daun kaduk dicuci bersih dan dikeringkan. Halia dan bawang merah dipotong dadu. Cili padi hijau dipotong halus. Limau nipis dibuang kulit dan dipotong dadu.
- 3
Kacang tanah dan udang kering digoreng tanpa minyak. Isi kelapa dipotong kecil dan nipis. Digoreng tanpa minyak.
- 4
Cara menikmati Miangkham. Semua bahan-bahan (bawang merah, limau nipis, cili, halia, kacang tanah, udang kering dan kelapa diletakkan di atas daun kaduk). Kemudiannya dituangkan kuah yang dimasak tadi (kaedahnya seperti orang makan sirih). Selamat mencuba.
Resipi Sepertinya
-
Pes Laksa Sarawak Pes Laksa Sarawak
Day175/366/2020/Jun/23Day104 #14harimencintaiku #PKPPHakak pernah makan sekali Laksa Sarawak ni. Ada seorang makcik ni jual kat area Ipoh ni. Tapi sekarang dah tak de dah. Nak beli pes segera tak tahu mana nak cari. Jadi kita goggle jela resipi dan masak ikut daya kefahaman sendiri untuk merealisasikan impian tekak yang ajer gemor mengidam macam2 ni haa. Ni hakak share dulu cara buat pes. Laksa dia esok lusa pulak yer 😬 Salina Jalaludin -
Kerabu Pucuk Kaduk Kerabu Pucuk Kaduk
Hari ni hakak buat kerabu pucuk kaduk. Daun ni hakak petik dari kebun kecil belakang rumah je. 1st time cuba. Actually not bad🤭. Nak sedap lagi. Tadi hakak makan dengan nasi panas, pajeri rebung dan ikan goreng panas2. Fuhhh.. bertambah nasik. Masa makan seronok je. Tapi pas makan menyesal 🤣🤣🤣. Sebab terlebih makan nasi. Jadi conclusion nya, jangan buat selalu. Bahaya menu ni 😜 Salina Jalaludin -
Kerabu Mangga Ala Kedai Siam Kerabu Mangga Ala Kedai Siam
Day150/366/2020/Mei/29Day79 #14harimencintaiku #PKPBBila makan kat kedai sedap sangat kerabu mangga ni haa. Jadi pergi beli mangga dab buat sendiri, Silalah makan puas-puas. Alhamdulillah. Usaha yang berbaloi dan puas makan. Salina Jalaludin -
Miang Kham Miang Kham
028/2024/Pejuang2kResipi/Cookpad5th/1828 #pejuang2kresipiLama rasanya tak upload resipi🤭. Ni hakak upload resipi buat semalam untuk kenduri doa selamat & kesyukuran siang tadi di rumah mak sedara..Tapi gambar masak takde yer. Tak dan nak tangkap gambor 🤣. Buatnya start 6.30petang semalam. Sepupu tolong sampai Maghrib. Pastu dia balik. Maka selebihnya hakak buat jela sampai tengah malam. Nampak simple bahan2 tapi complicated nak oii 😌. Nak lagi part kelapa tu. Renyah 😅😂🤣. Tatau nak habaq rasanya dari keluarkan Isi dari tempurung, buang bahagian hitam, hiris nipis2 😆. Tu pasei kalau orang suruh buat jual 1000kali hakak fikir. Walaupun tadi beribu pujian hadir, hakak just jawab. Cukup sekali ni je hakak buat 😂. Nak resipi nanti amik di Cookpad hokey 🤭 Salina Jalaludin -
Laksa Sarawak Laksa Sarawak
Day180/366/2020/Jun/28#goldenapron2020 #minggu10 #cookpadmalaysiaHakak pernah makan sekali Laksa Sarawak ni. Ada seorang makcik ni jual kat area Ipoh ni. Tapi sekarang dah tak de dah. Nak beli pes segera tak tahu mana nak cari. Jadi kita goggle jela resipi dan masak ikut daya kefahaman sendiri untuk merealisasikan impian tekak yang ajer gemor mengidam macam2 ni haa. Jadi untuk Golden Apron minggu ni hakak masak. Puas makan ehh.. 🤭😆 Salina Jalaludin -
Miang Pla Pao Miang Pla Pao
Day35/366/2020/February/4Menu siam ni best tau. Masak simple je pun tapi kaedah penyediaan menu dia sangat menarik. Walaupun hanya sekadar ikan bakar atau ikan goreng biasa je. Tapi bila ada sambal hijau dan bahan sampingan yang dimakan bersama-sama ikan tersebut menjadikan hidangan menarik dan enak..Kebetulan ada seekor ikan rohu yang suami pancing ahad lepas. Jadi saya guna ikan tersebut untuk masak hari ni..Jujur cakap, Ikan goreng panas2 ni cicah sambal hijau tu memang terbaik dan buat rasa jatuh cinta berkali2 tau pada Sambal tu(ni 1st time tau saya masak 🤭). Rasa macam esok nak buat lagik je. Sambal hijau tu yang sedapnya Sebab menggunakan gula nise kabung 😙 Salina Jalaludin -
Lidah Lembu Masak Merah Lidah Lembu Masak Merah
#bazaarramadanMinggu 127/2020Setiap kali pergi bazar ramadhan mesti mata cuba cari makanan yang jarang dimakan pada hari biasa. Lidah lembu memang jarang sangat nak jumpa kan. Saya dapatkan resepi ni dari kawan yang selalu makan lidah lembu ni dekat Golok (Thailand). Mula-mula nak pegang lidah lembu tu pun dah geli. Tapi gigih pegang dan cuba masak dek kerana nak cuba makan. Hasilnya sangat sedap! Rasanya sangat lembut dan tidak liat. Lebih sedap dari daging. Kena cuba buat untuk menikmati kesedapannya ❤️! Lihat resipi dibawah ⬇️ Cempaka Putih -
Kerabu Mangga 🇹🇭 Kerabu Mangga 🇹🇭
Rezeki tak salah alamat jika ia memang untuk kita.Yani memang fikir nak buat kerabu mangga tetapi belum berkesempatan nak beli mangga di kedai. Kebetulan beli kuih raya dengan seorang teman, beliau WhatsApp tanya nak tak buah mangga? Nanti dia bawakkan sekali semasa hantar kuih raya yang Yani tempah. Banyak berbuah di pokok rumahnya. Apa lagi..terus cakap nak🥰... Alhamdulillah.Ok, Yani kongsikan resipi kerabu mangga ala Thai tetapi cara Yani 😁. Nur Azliani Amer -
Bubur Pulut Hitam Berkacang#phopbylinimohd#batch19 Bubur Pulut Hitam Berkacang#phopbylinimohd#batch19
#goldenapron#week20Kebanyakkan kuih-kuih, bubur, dahulu dihasilkan dari beras, antaranya beras pulut hitam. Bubur ni mudah disediakan dan hasil hidangan jugak banyak. Sesuai dengan ahli keluarga yang ramai. Selalunya jika berbuka puasa, kenduri kendara hidangan ni pasti ada. Terimbau kenangan zaman kecik-kecik berlumba makan dan habiskan bersama kawan-kawan.Beras pulut hitam ni di tanam secara tradisional dan sekarang ini agak susah mendapatkannya lebih lebih lagi jika belum sampai masa menuai. Kebiasannya orang tua tua akan menyimpan stok dan berjimat.Hidangan ini sangat ringkas, mudah dan bahan-bahan lain jugak mudah didapati. Boleh disimpan didalam peti sejuk dan jugak boleh dibekukan dan dijadikan aiskrim. Sue Bleeza -
Kerabu Perut Utara Kerabu Perut Utara
#GoldenApron2020Dari kecik sampailah bujang, arwah Tok kerap buat kerabu ni sebab anak cucu suka makan. Tok pula jenis rajin, suka masak sendiri sebab Tok kata lebih sedap masak sendiri dan boleh makan banyak kali.Walaupun menyukai kerabu ni tapi sebenarnya Iman tak pernah berkesempatan belajar dengan tok. Sedihh betul bila ingat.Bila dah ada keluarga sendiri, duduk pula jauh dari keluarga, bila teringin nak makan, nak tak nak kenalah buat sendiri.Walaupun rasanya tak seperti air tangan arwah tok, sekurang-kurangnya bolehlah untuk Iman dan suami makan. Iman Hasanah Musa -
Lontong Kuah Lodeh Merecik Lontong Kuah Lodeh Merecik
#lontongMenu terangkat, bila masih lagi dalam mood raya dapat makan lontong macam ni nikmat sangat. Nak jadikan cerita, dulu saya tak suka makan lontong kuah lodeh ni sebab tak pernah kenal pun, maklumlah saya lebih kepada makanan tradisi orang Perak. Sejak seorang kakak tu buat dan jemput datang beraya ke rumah dia, hidang pula lontong kuah lodeh nak tak nak kenalah jamahkan hormat tuan rumah. Alhamdulillah sekali rasa terus kena dengan lidah dan selera. Semenjak dari hari tu, tiap kali raya mesti saya buat teringin nak makan. Tak hari raya tak rasa nak makan pula hihi.. mungkin nak aura raya tu agaknya.. Tapi kali ini kita raya kita di rumah sendiri sahaja. Seronok dapat makan bersama-sama dengan keluarga. Jom saya kongsikan kuah lodeh yang sangat sedap, buat meniaga pun boleh. Julia ALeen Aireish -
Colek Sengkuang Colek Sengkuang
Global Apron 2024 Challenge 10: KudapanSuka sangat makan sengkuang sebab rasa rangup, manis-manis manja, berair apabila digigit, apatah lagi kalau yang sejuk daripada peti sejuk. Menikmati colek sengkuang sambil bersantai berehat di luar rumah, berborak dengan suami, memerhati alam semulajadi (burung-burung berebut makan lebihan nasi yang suami saya sedekahkan kepada burung-burung atau ayam-ayam jiran yang datang ke kawasan rumah kami) memang layan sangat. Sambil-sambil tu merenung pokok kuini yang sedang berbunga, mudah-mudahan buah nya menjadi dengan lebat nya pada tahun ini boleh buat colek kuini pulak. 🤗#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Kacang tanah (2) + sengkuang (3) + tepung ubi (1) Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen