Siakap Tiga Rasa

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

Day156/366/2020/Jun/4
Day85 #14harimencintaiku #PKPB
Siakap ni beli petang tadi lepas balik dari klinik. Sampai rumah, baru teringat nenas lupa beli😂. Suami lak request nak masak tiga rasa. Elok je lepas tu, GDex sampai hantar goodies dari pihak Ayam Brand (ni sempena program yang hakak masak untuk anak yatim tu). Buka kotak, Fuhhh ada nenas tin. Apa ke lagik, terus ambil dan masak ler. Jadi inilah menu makan malam kami tadi. Alhamdulillah 😊

Siakap Tiga Rasa

Day156/366/2020/Jun/4
Day85 #14harimencintaiku #PKPB
Siakap ni beli petang tadi lepas balik dari klinik. Sampai rumah, baru teringat nenas lupa beli😂. Suami lak request nak masak tiga rasa. Elok je lepas tu, GDex sampai hantar goodies dari pihak Ayam Brand (ni sempena program yang hakak masak untuk anak yatim tu). Buka kotak, Fuhhh ada nenas tin. Apa ke lagik, terus ambil dan masak ler. Jadi inilah menu makan malam kami tadi. Alhamdulillah 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30minit
2orang
  1. Bahan Ikan Siakap :
  2. 1ekor ikan siakap saiz sederhana
  3. 1/2 sudu tehgaram
  4. 1/2 sudu tehserbuk kunyit
  5. Bahan Kuah :
  6. 1biji bawang besar (dipotong dadu)
  7. 2biji bawang merah (dihiris halus)
  8. 3 ulasbawang putih (dihiris nipis)
  9. 1 batangserai (diketuk)
  10. 2sudu besar cili kisar
  11. 1sudu besar sos tiram
  12. 1sudu besar kicap lemak manis
  13. 2biji tomato (dipotong dadu)
  14. 1 batangsaderi (dipotong kecil)
  15. 1/2 tinnenas kiub Ayam Brand (masuk sekali air nenas tu)
  16. 3 helaidaun limau purut
  17. 1/2 sudu tehgaram
  18. 1/2 sudu tehgula
  19. Secubit serbuk perasa
  20. 1/2biji limau nipis (diambil jusnya)

Cara Memasak

30minit
  1. 1

    Ikan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Digoreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak. Letakkan dalam pinggan yang bersesuaian.

  2. 2

    Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.

  3. 3

    Masukkan kicap, sos tiram, cili kisar dan air (air nenas tin). Gaul sebati dan masak sehingga naik bau.

  4. 4

    Masukkan tomato dan daun saderi.

  5. 5

    Masukkan nenas dan daun limau purut. Kacau sebati.

  6. 6

    Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Masak sehingga kuah pekat. Perah limau nipis. Tutup api.

  7. 7

    Tuangkan kuah ke atas permukaan ikan siakap goreng dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya