Ikan Masak Phat Phet Thai

Dapur Chef Husnil
Dapur Chef Husnil @chefhusnil83
Selangor

#goldenapron2020 #cookpadmalaysia Menu hidangan kali ini berasal dari negara Thailand. Sangat sedap dan menyelerakan. Bahan yang digunakan mudah kerana senang didapati di pasar-pasar berdekatan. Pada asalnya saya pelajari menu ini ketika saya bekerja sebagai tukang masak di restaurant terkenal cina muslim. Pelbagai resipi istimewa yang saya pelajari dan disini saya ingin kongsikan segala resipi yang saya pelajari kepada anda semua. Rugi jika anda melepaskan peluang dan boleh follow saya di youtube channel saya "Dapur Chef Husnil".

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
2 orang
  1. bahan kisar
  2. 2biji bawang besar
  3. 6 ulasbawang putih
  4. 2inci lengkuas
  5. 3tangkai batang ketumbar
  6. 6 helaidaun limau purut
  7. 3 batangserai
  8. 12tangkai cili padi
  9. 5tangkai cili besar hijau
  10. 1inci belacan
  11. bahan hirisan
  12. 1biji tomato (hiris 6 bahagian)
  13. 1biji bawang besar (hiris bulat)
  14. 2tangkai daun ketumbar (hiris)
  15. 4tangkai kacang panjang (potong sepanjang 1 inci)
  16. 5 helaidaun limau purut
  17. bahan perasa
  18. 3 sudu tehgaram
  19. 1 sudu tehajinamoto
  20. 1 sudu tehserbuk secukup rasa
  21. 2sudu besar air asam jawa
  22. 1sudu besar gula
  23. bahan perapan ikan goreng
  24. 2ekor ikan bawal putih
  25. 2sudu besar tepung beras
  26. 1 sudu tehgaram

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Untuk ikan goreng, sediakan ikan bawal putih. Masukkan 2 sudu besar tepung beras dan garam. Gaul sekata. Perap sehingga 30 minit.

  2. 2

    Sementara itu, sediakan bahan-bahan untuk dikisar. Kemudian, kisarkan kesemua bahan tersebut hingga lumat.

  3. 3

    Dengan api sederhana, masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan pecah minyak. Aroma daun limau purut dan serai menambahkan lagi wangian pada masakan.

  4. 4

    Apabila tumisan sudah pecah minyak, masukan air asam jawa mengikut sukatan kemudian masukkan bahan perasa yang lain.

  5. 5

    Seperti garam, Ajinomoto, serbuk secukup rasa dan juga gula.

  6. 6

    Kemudian, masukkan bahan hirisan. Tumis sekata dan ketepikan.

  7. 7

    Setelah selesai tumisan tadi, goreng ikan yang diperap tadi. Ikan hendaklah digoreng pada waktu terakhir kerana mahu kekalkan kepanas dan kerangupan ikan goreng tersebut. Baru sedap.

  8. 8

    Selesai goreng, hidangkan ikan tersebut pada pinggan yang bersih. Curahkan bahan tumisan tersebut diatas permukaan ikan goreng. Hiaskan dengan potongan daun ketumbar dan hirisan limau nipis.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Chef Husnil
Dapur Chef Husnil @chefhusnil83
pada
Selangor
Carier : Chef 👨🏼‍🍳YouTube : Dapur Chef Husnil 🎥Hobby : Blogging, Cooking, GymLove my lovely wife🧕🏻 & little princess 👧🏻
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya