Nasi Arab Kabsah Kambing

Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
Malaysia

#goldenapron2020
#minggu35
Resepi ini adalah untuk minggu terakhir golden apron 2020. Tak sangka juga, tahun nie Allah beri kesempatan masa dan semuanya untuk menyiapkan 35 minggu resepi dan juga semua resepi bonus golden apron 2020.
Alhamdulillah 😍

Untuk minggu terakhir, menu ini agak istimewa sikit.
Satu famili peminat nasi arab kabsah kambing dan ayam. Sebelum prektis masak nasi arab kabsah sendiri, saya selalu beli nasi arab kabsah kat D'Arab Cafe. Pernah juga beli dari pelbagai restoran yang terkenal nasi arab kabsah tapi selera tekak famili masih juga kat D'Arab Cafe.

Bila dah ada pressure cooker, makin rajin masak sendiri nasi arab kabsah sebab kalau guna periuk elektrik biasa selalunya masalah timbul nasi lembik, masak nasi tak sekata atau nasi kurang masak. Mungkin saya kurang pandai lagi kot🤭😂

Sejak ada pressure cooker, hampir setiap bulan masak nasi arab kabsah.

Kali nie saya cuba cara nie pulak. Iaitu beras tidak direndam tapi direbus dulu dengan air panas mendidih dalam 5 minit. Setiap kali masak nasi arab kabsah memang kena masak banyak sebab satu famili suka.

Jom cuba versi saya pula 😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Nasi Arab
  2. 6pot beras basmathi
  3. 6pot air rebusan kambing (air rebusan biar paras nasi)
  4. 1mangkuk kecil kismis hitam (optional)
  5. 10pot air (untuk rebus beras, tapis dan buang air tersebut)
  6. Sup Kambing
  7. 2kilo kambing
  8. 2biji bawang besar
  9. 6 ulasbawang putih
  10. 2 batangkulit kayu manis
  11. 6biji buah pelaga
  12. 2biji bunga lawang
  13. 2-3sudu besar rempah nasi arab kabsah
  14. 2biji tomato
  15. 2biji cili merah
  16. 1biji perahan lemon
  17. 4sudu besar tomato puri
  18. 1/2sudu kecil saffron
  19. 2sudu besar gula (secukup rasa)
  20. 2sudu kecil garam (secukup rasa)
  21. 4sudu besar minyak sapi
  22. 4sudu besar minyak biasa
  23. 8-9pot air
  24. Sos Salsa
  25. 8biji cili hijau
  26. 5biji padi
  27. 4biji tomato
  28. 1pokok daun ketumbar
  29. 1biji perahan air lemon
  30. 1sudu besar gula (secukup rasa)
  31. 1sudu kecil garam (secukup rasa)
  32. Salad Arab
  33. 2-3 batangtimun jepun
  34. 4biji tomato (isi dalam tidak digunakan)
  35. 1/2sudu besar gula (secukup rasa)
  36. 1/2sudu kecil garam (secukup rasa)
  37. 1biji perahan air lemon

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

  2. 2

    Potong bawang besar, bawang putih dan tomato seperti didalam gambar

  3. 3

    Masukkan minyak sapi dan minyak sawit dan tumis bawang besar, bawang putih, tomato sehingga naik bau.

  4. 4

    Masukkan tomato puri, rempah kabsah dan air perahan lemon dan saffron, tumis sehingga masak.

  5. 5

    Masukkan kambing kacau rata dan masukkan air. Saya rebus dalam pressure cooker supaya cepat empuk dan masak.

  6. 6

    Masukkan juga cili merah, saffron, gula dan garam dalam sup kambing tadi. Untuk sediakan nasi, rebus air sehingga mendidih. Masukkan beras yang telah dicuci bersih ke dalam air mendidih dan kacau perlahan lebih kurang selama 5 minit. Seterusnya angkat dan tapis airnya.

  7. 7

    Sambil tunggu sup kambing masak, boleh sediakan sos dahulu. Masukkan cili hijau, tomato, daun ketumbar, perahan lemon, gula dan garam. Kisar dan siap letak tepi

  8. 8

    Perah air lemon, masukkan gula dan garam. Kacau sehingga hancur. Potong dadu timun dan tomato (isi tomato boleh dikisar untuk jadikan sos). Masukkan dalam perahan lemon yang dikacau tadi. Gaul sebati dan siap letak tepi.

  9. 9

    Bila sup kambing masak, tapiskan asingkan daging kambing dari sup. Masukkan daging kambing dalam aluminium foil, renjis 1 sudu besar minyak zaitun dan bakar dalam 5 minit. Siap boleh letak tepi.

  10. 10

    Untuk menyediakan nasi, ambil air rebusan kambing dan masukkan dalam nasi sehingga paras nasi sahaja. Tabur kismis hitam (optional) dan kacau perlahan supaya kismis tidak hanya berada di satu tempat. Masak guna pressure cooker lebih kurang selama 8 minit. Lebihan air rebusan kambing adalah untuk dijadikan sebagai sup. Nasi yang siap dimasak boleh la dihidangkan bersama sup kambing, sos salsa dan salad Arab

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
pada
Malaysia
Suka memasak bila masa rajin walaupun tak pandai memasak sangat. Suka makan dan suka snap gambar makanan😍Hanya menggunakan gula perang dan garam himalaya sahaja dalam semua masakan kecuali dinyatakan☺️Jemputlah mencuba resepi harian yang selalu saya masak ini dan boleh juga diolah mengikut citarasa masing-masing. Selera setiap orang kan tak sama😌
Baca lagi

Komen

Imrunt Homemade
Imrunt Homemade @imrunthomemade
kak nor, kalo nk buat ayam bole ikut resepi ni jgk ke

Resipi Sepertinya