Chicken lemon versi kak rock 🤟😂

Mdm.rock🌻
Mdm.rock🌻 @Dapur_mdm

Resepi nie mintak kat tauke cina kedai makan,yela nk mkn yg diaorg masak idok lerr berani jd mintak resepi kat dia dan buat sendiri,oleh kerna takda bijan kat dapur jadi nya saya x letak lh,selamat mencuba 😂

Chicken lemon versi kak rock 🤟😂

Resepi nie mintak kat tauke cina kedai makan,yela nk mkn yg diaorg masak idok lerr berani jd mintak resepi kat dia dan buat sendiri,oleh kerna takda bijan kat dapur jadi nya saya x letak lh,selamat mencuba 😂

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
5-6 org
  1. Bahan² ayam
  2. 1setengah ekor dada ayam
  3. 4sudu tepung gandum
  4. Nestum,taknak letak pun xpa tapi kalau letak lagi sodapp
  5. Lada hitam
  6. Serbuk cili
  7. Serbuk masako ayam
  8. Sedikitair
  9. Bahan² kuah
  10. Halia besar ibu jari
  11. 3 ulasBawang putih
  12. Chili flake
  13. Setengah biji lemon di perah jus nya
  14. Gula
  15. Sos tiram
  16. Sos ikan
  17. Serbuk masako
  18. Tepung jagung
  19. Minyak bijan
  20. Bijan
  21. gelasAir setengah

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Potong ayam ekot kecik mana suka..
    Selepas ayam siap di potong dan di cuci masukkan nestum 3 sudu,serbuk cili satu sudu,lada hitam satu sudu,serbuk masako ikot rasa nk masin mcm mana dan tepung gandum 4 sudu,gaul² bagi rata semua kalau terlampau kering buh air sikit supaya adunan tak kering sangat perap sekejap 10 minit..

  2. 2

    Lepas habis perap,panaskan minyak dlm kuali cukup² untuk goreng ayam,minyak nak betul² panas tau,kalau tak cukup panas nanti ayam lekat tak dapat nak balikkan,goreng ayam hingga agak kekuningan rangup² sikit sampai habis dah siap goreng boleh letak tepi sekejap

  3. 3

    Halia dan bawang tuu hangpa nak hiris boleh nak tumbuk pun boleh aihh,perah lemon letak dlm satu bekas,kulit dia jangan buang tau boleh guna untuk last nanti,kulit dia boleh hiris² tapi jangan banyak sangat nanti ayam jadi pahit 😂

  4. 4

    Mcm biasa panaskan minyak,kalau dah panas boleh tumis halia dan bawang tadi sampai kekuningan,slow kan api dapur,dh tu boleh boh 2 sudu sos tiram,1 sudu sos ikan,gaul² letak air setengah gelas,masukkan chili flakes sikit bagi pedas dang² saja dan biarkan mendidih kejap lepastu boleh letak jus lemon tadi gaul² dan boleh masukkan gula dan serbuk masako,yang nie ekot hangpa nk manis masin mcm mana,fungsi gula nie kira dia nak stabilkan rasa masam lemon tadi..

  5. 5

    Dah agak mendidih kuah tadi boleh masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah dia,pastu hangpa boh lh ayam yg dh di goreng tadi kasi gaul dia sampai sebati 5 minit dahtu masukkan hirisan lemon dan bijan gaul lagi dan tutup api dapur,boleh letak dalam bekas dan renjislah sedikit minyak bijan atas ayam tadi dh boleh hidang 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mdm.rock🌻
Mdm.rock🌻 @Dapur_mdm
pada
Just a little piece of karya masakan,senang untuk di cuba oleh para² girl yg baru belajar memasak dan suri rumah yg ketandusan idea untuk memasak 😘
Baca lagi

Komen

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Wow... Menarik resepi.. Tq atas perkongsian.
#love

Resipi Sepertinya