Ayam Masak Stim Halia

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Inspirasi daripada Cookpader @cook_17650621 tetapi saya tambah beberapa bahan yang lain. Mudah, menyihatkan dan sedap.

Ayam Masak Stim Halia

Inspirasi daripada Cookpader @cook_17650621 tetapi saya tambah beberapa bahan yang lain. Mudah, menyihatkan dan sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2ekor ayam (dipotong)
  2. 2sudu besar minyak bijan (saya gantikan dengan minyak bawang putih goreng)
  3. 4sudu besar sos tiram
  4. 1sudu besar lada hitam
  5. 1sudu kecil secukup rasa
  6. 3sudu besar sos ikan
  7. 5inci halia (dihiris memanjang)
  8. 5 ulasbawang putih (dihiris halus seperti batang mancis)
  9. 7-9biji cendawan kering (direndam hingga lembut dan dihiris)
  10. 5biji cili padi (dipotong)
  11. 3pokok daun bawang (dihiris)

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh ayam sehingga bersih. Campurkan kesemua bahan di atas, tinggalkan sedikit daun bawang. Perap 1/2 jam. Tak perlu letak air kerana apabila dikukus nanti ianya akan berair.

  2. 2

    Panaskan kukusan dan kukus selama 20-30 minit/masak. Tabur daun bawang yang selebih nya, sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya