Sambal Tempoyak Pucuk Kayu

Assalamualaikum,harini saya nak kongsi sedikit resepi yang saya belajar dari mak mertua. Pastikan sambal tempoyak ni ada cukup rasa lemak , masam , manis dan masin. Jadi pastikan anda guna tempoyak yang sedang elok sebab itu la terletaknya kesedapan resepi ni. Lagi satu jangan terlebih guna pucuk ubi and kaduk sebab nanti sambal ni boleh jadi pahit.
Sambal Tempoyak Pucuk Kayu
Assalamualaikum,harini saya nak kongsi sedikit resepi yang saya belajar dari mak mertua. Pastikan sambal tempoyak ni ada cukup rasa lemak , masam , manis dan masin. Jadi pastikan anda guna tempoyak yang sedang elok sebab itu la terletaknya kesedapan resepi ni. Lagi satu jangan terlebih guna pucuk ubi and kaduk sebab nanti sambal ni boleh jadi pahit.
Cara Memasak
- 1
Hiris halus daun pucuk ubi, daun labu, daun kunyit dan serai- Ketepikan.
- 2
Petai belah dua –ketepikan.
- 3
Tumbuk kunyit hidup bersama cili padi sehingga lumat.
- 4
Masukkan tempoyak, bahan hirisan, petai dan bahan tumbuk kedalam kuali
- 5
Masukkan santan, ikan bilis, garam dan gula secukup rasa
- 6
Masak di atas api perlahan sehingga kuah pekat
- 7
Siap dan hidangkan bersama nasi panas. Jika tidak habis, simpan dalam peti sejuk. Selamat mencuba ☺️
Resipi Sepertinya
-
Tempoyak Pucuk Kayu Tempoyak Pucuk Kayu
232/2021/RoadTo1k/917Hakak sejenis yang tak makan tempoyak 🤭. Makanan olahan durian pun tak berapa makan juga. Tapi sejak beberapa tahun lepas, hakak tengok ada kawan2 kat fesbuk upload gambar tempoyak pucuk kayu ni. Tapi sebab tak makan kan, Jadi memang lah hakak tak cuba masak . Tapi tahun ni teringin tu makin kuat😅. Tu hakak masak juga hari ni. Lagipun ni kat rumah mak, ramai yang boleh makan kan 😝. Pucuk ubi, pucuk kaduk petik keliling rumah je. Petai hakak beli ler. Tempoyak dari dapur mak 😬 Salina Jalaludin -
Tempoyak Pucuk Ubi Petai Tempoyak Pucuk Ubi Petai
#goldenapron2020 #minggu14Terasa nak makan tempoyak pucuk ubi petai. Tak lah sesusah mana nak buat tapi remeh sikit sebab nak kena potong halus. Minta en suami petik pucuk ubi, daun kaduk, daun kunyit dan daun limau purut kat kebun kebetulan ada tanam.Pastu minta beli petai dan guna tempoyak yang beli dengan Wan Salina. Memang ratah jea la lauk nie. Tak ada lauk lain pun tak kisah sebab lauk ini memang teramat sedap😋😋😅 Noor Hassan -
Sambal Tempoyak Daun Kayu #phopbylinimohd #batch17 Sambal Tempoyak Daun Kayu #phopbylinimohd #batch17
#goldenapronSambal Tempoyak Daun Kayu adalah merupakan satu masakan klasik dan tradisi orang Negeri Sembilan Zurasyima Zahari -
Sambal tempoyak daun kayu Sambal tempoyak daun kayu
SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYUASAL : NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA#merdekapassport Hani Shaimi -
Sambal Tempoyak Daun Kayu Sambal Tempoyak Daun Kayu
Tiap kali musim durian, arwah mak pasti buat sambal tempoyak daun kayu ni untuk kami. Almaklum la masa ni la mewah dengan durian. Jadi segala jenis masakan pasti berasaskan durian. Kali ni saya nak share resepi sambal tempoyak daun kayu pula. #goldenapron fuzahid -
Masak Lemak Tempoyak Masak Lemak Tempoyak
Sekarang musim durian. Bila ada durian lebihan durian Kak Long akan buatkan tempoyak simpan .#merdekapassport Nana Isya -
Tempoyak Daun Kayu Tempoyak Daun Kayu
Asal dari Negeri 9. Menu ini mula saya makan semasa bertugas diN9.Memang menu orang negori. Pelbagai pucuk- pucuk sayuran dimasukan. Tapi kita dibandar mengaharapkan daunan yang dijual di pasar tani @ pasar malam sahaja. Makanan ini cukup berkhasiat.#merdekapassport. 6/16 Ani Delighted -
Tempoyak Daun Kayu Tempoyak Daun Kayu
#goldenapron23week,10Mula belajar masak sampal tempoyak , samasa bertugas di negeri 9. Bahkan di pasar pagi ada jual siap set daun daunan untuk masak sambal iniTapi bagi kami yang bukan asal orang negeri, jadi di kurangkan kepedasannya Ani Delighted -
Tempoyak daun kayu Tempoyak daun kayu
Jiran ni ha....dia pergi kenduri kat Jempol lepas tu tayang la menu kat sana...Aduii terliur sungguh la...Cari je la bahan yang ada... 0h Hana !! -
Sambal Tempoyak Pucuk Ubi Sambal Tempoyak Pucuk Ubi
#globalapron2024#challenge30#cooksnapsukahatiMemang kegemaran saya. Pandai makan menu ini semasa bertugas di Astana Raja, Kota Negeri 9. Hari ni daya cooksnap resepi Dila Harun @bakebyami. Masak apa bahan yang ada di rumahMagic PantryTempoyakIkan bilis Ani Delighted -
Gulai Tempoyak Pucuk Kayu Gulai Tempoyak Pucuk Kayu
#JiwaMerdeka 🇲🇾Zaman dulu2 sayur-sayuran tak kalut nak membeli...hasil sayuran pucuk ubi, pucuk manis, pucuk keledek dan lain2 semua hasil bercucuk tanam keliling rumah...terutamanyayang tinggal dikampung...kawasan tanah agak luas lagi lah seronok bercucuk tanam.🫶 Rumah akk rumah taman ruang tanah agak terhad tapi tidak menghalang untuk akkteruskan hobi dan minat dari zaman tok nenek dulu2...inilah hasilnya Gulai Tempoyak Pucuk Kayu yang dikutip dari kebun pasu...seronok dan satu kepuasan untuk diri akk dapat hasil berbudi pada tanah🤲❤️...ada lebih dari 10 jenis tanaman ulaman yang akk tanam.Ajommm intai cara akk masak dan sediakan bahan2.#MakeEveryDayCookingFun(100 resipi - 2024)Alhamdulilllah Resipi Yang Ke 500.Merdeka...Merdeka...Merdeka...🇲🇾 🌺🇲🇾 Aza Aaj -
28:6:25 - MASAK TEMPOYAK DAUN-DAUN KAYU 28:6:25 - MASAK TEMPOYAK DAUN-DAUN KAYU
#CookpadApron2025#Week16#cili#durian#serai#santanbanyak durian tak habis makan, saya ambil isinya masuk bekas. masih durian segar lagi ni sebab terus je masak daun kayu ni. lama sangat nak makan menu ni sebenarnay tapi tak da stok tempoyak. kali ni isi durian belum sempat jadi tempoyak kita layan je masak. Memang sedap kejadiannya kiranya durian baru ni, ada manis-manis lagi durian fresh. Dedaun ni semua ada di keliling rumah, kita petik dan masak je. Alhamdulillah mudah nak dapatkan daun-daun kayu ni keliling rumah. Hani Shaimi
Lebih Banyak Resipi
Komen