Cara Memasak
- 1
Basuhkan siput lala terlebih dahulu pastikan siput betul-betul bersih.
- 2
Rebuskan Siput dan Taburkan sedikit garam.
- 3
Ambil serai, kunyit hidup, cili padi, bawang besar & bawang putih kemudian blanderkan semua sekali.
- 4
Apabila siput sudah nak Masak, masukan barang yang di kisar itu tadi ke dalamnya kemudian masukan juga santan, masukkan gula juga garam.
- 5
Tutup api dan sedia untuk dihidang
- 6
Selamat mencuba🤗
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Siput sedut Lemak Cili padi Siput sedut Lemak Cili padi
Inspirasi resepi drpd cookpader sis @cook_28451069 . Semalam husband beli siput sedut dekat pasar kg Gajah. Besar2 ya siput2 nya dan harga mahal sikit berbanding harga siput sedut di Sabah. Tp dah fav husband, kita masakkan juga lah 😋.Kali ni pakai santan original perah😅. Selalu sis kalau resepi pakai santan sgala ni mmg suka beli santan kotak je, tp family inlaw sis jenis yg nak pure santan so , begitulah 🤭. aFun ashriati -
Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi
#goldenapron2020 #minggu6 Menu yang mudah dan sesuai untuk dihidangkan dengan nasi panas. Selamat mencuba guys 😍 Roselina Hanid -
Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi dengan Terung Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi dengan Terung
#globalapron2024#challenge30#cooksnapsukahatiSuami suka siput sedup, dulu kalau saya bertugas di luar kawasan, anak anak dah agak mesti abah beli siput sedut sebagai hidangan malam ni.Saya masak tambah daun kadok kerana nak hilangkan bau siput, waupun dah buat beberapa petua termasuk perap dengan kelapa parut. Terima kasihSyuhada Subri @syuhadaSubri . Kali pertama akak masak dengan terung.Boleh tengok tip mencuci siput sedupNak masak kena siapkan siput dahulu.Magic pantrySiput sedutTerung Ani Delighted -
Siput & Nanas Masak Lemak Cili Padi Siput & Nanas Masak Lemak Cili Padi
#goldenapron#minggukeenambelasSemalam saya nampak siput dalam basin di tepi singki, Mama kata dia beli siput tu di Pantai Remis,Jeram ketika pulang dari kenduri perkahwinan saudara. Lepas tu dia offer “nak ke?, mama saja je beli sebab ternampak siput tu masa belikan petai yang kau kirim. Bawalah siput tu balik!”Sedih, terharu pun ada bila dengar mama cakap macam tu. Saya cuma memesan petai je kot kalau ternampak. Mama memang tahu apa yang anaknya suka. Sebab tu hati saya mudah cair dengan mama kalau dia call, sekadar tanya khabar pun saya terus berdesup pulang ke rumahnya. Lagi pun bukannya jauh. 20 minit dah sampai.Ikutkan hati tadi memang malas masak, sebab tadi pergi shopping, lepas tu berkebun sekejap. Badan terasa letih tapi bila melihat siput tu macam nak larikan diri, terus saya masak. Kang tak pasal bersepai merata-rata dalam rumah. Lagi haru dibuatnya.Seperti biasa, cara saya masak lemak memang tak menggunakan bawang. Saya lebih suka rasa kunyit hidup dan cili padi sahaja. Ada nanas pula tu, cukup sedap masam dan manis rasa pada kuah tu. Gyna Elenna -
Masak Lemak Cili Padi Siput Buluh Masak Lemak Cili Padi Siput Buluh
341/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1736 #pejuang2kresipi❤️ Golden Apron 2023 ❤️#GoldenApron23 #Week16 #TeamSiputBuluhKali pertama masak lemak cili padi siput buluh ni. Alhamdulillah sedap. Biasanya dok buat tomyam, shellout dan steamboat. Kali ni cuba untuk citarasa yang baru pula yer😋 Salina Jalaludin -
-
Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut dan Keladi Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut dan Keladi
#goldenapron2020#minggu26Ramai sebenarnya yang suka makan siput sedut ni, tapi malas nak sediakan sebab proses mencuci siput ni agak renyah. Hujung siput pula perlu dipotong dengan betul supaya isi siput senang disedut. Salah potong memang sampai kesudah le isi siput tak.keluar-keluar. Pernah tengok kat FB ada pelanggan kedai makan merungut bila siput yang disediakan, tak dipotong hujungnya. Memang seksa la nak menyedutnya.Lagi satu, kalau beli siput ni kena simpan elok-elok dalam bekas yang mempunyai pengaliran udara yang baik dan penutup bekas tu pulak ditutup rapat dan diletak pemberat. Saya letak lesung batu je. Kalau tak tutup rapat, esok pagi tinggal bekas kosong je. Semua siput keluar dari bekas dan merayap satu rumah. Tak pasal-pasal pulak nak kena cari dan kutip siput merata-rata.Ronda-ronda kat pasar pagi ni jumpa siput sedut. Dah lama tak makan. Beli 2 kg. Pastu ambik keladi kat rumah mak. Maka bersatulah siput sedut dan keladi ni di dalam periuk. Rose Nani Nizah Nayan -
👩🍳Siput Retak Seribu Lemak Cili Api 👩🍳Siput Retak Seribu Lemak Cili Api
Lala atau siput retak seribu ialah sejenis moluska dwicangkerang yang boleh dimakan.Sedap direbus dan juga dimasak lemak cili api.Jika direbus boleh terus diratah tak sempat jadi lauk. Lala kali ini saiznya agak besar dengan isinya yang manis dan sedap. Harga sebungkus RM12 /kg dari pasar tani.Jom masak Lala…#Pejuang2KResipi1612/2K Mahadiah -
Siput Masak Lemak Cili Padi Siput Masak Lemak Cili Padi
Suami asyik makan lauk orang pantang ajew🤭 hari ini kita tolong masak lauk untuk dia pulak Dapur Kecil Siti Norliyana -
Siput Lala Tumis Cili Siput Lala Tumis Cili
#goldenapron2020Siput lala ni makanan kegemaran kami sekeluarga.Nak sediakan menu ini mudah saja. Cg Zila Zoom -
Lebih Banyak Resipi Pilihan
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/15348738
Komen (2)