Chocolate Lasagna

Awai² dulu pernah dh buat chocolate lasagna ni. Yang tu versi rumit sikit tp sedap sebab ada letak santan kotak. Untuk yang ni versi mudah & ringkas. Aku buat separuh adunan dr resepi asal. Kalau nak buat besar sila gandakan adunan tu... Resepi dari Mr. Ali
Cara Memasak
- 1
Hancurkan Oreo crumbs dan gaulkan bersama butter.
- 2
Dah gaul sampai sebati, mampatkan dalam loyang bulat / cake ring 6 inci. Tinggi loyang seeloknya 3 inci.
- 3
Letakkan dalam peti ais selama 90 minit supaya ia menggeras.
- 4
Kita buat mousse pula. Putar cream cheese. Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik baru putar.
- 5
Dalam 2 hingga 3 minit putarkan. Masukkan gula aising dan esen vanilla.
- 6
Sambung putar lagi sampai semuanya sebati. Bila sudah, berhenti.
- 7
Pada bekas yang lain, putarkan dairy whipping cream sehingga kental.
- 8
Dah kental, kaup balik adunan cream cheese tadi dengan whipping cream. Kaup sampai sebati dan letakkan ke atas lapisan base yang disejukkan tadi.
- 9
Ratakan mousse tadi cantik-cantik. Setkan dalam peti ais selama 30 minit.
- 10
Nota: Sebab nama pun lasagna jadi adunan tadi bahagikan pada dua. Satu letakkan di atas base tadi. Satu lagi letakkan dalam piping bag. Yang dalam pipping bag ini masukkan dalam peti. Jangan biarkan pada suhu bilik.
- 11
Kita buat inti coklat pula. Double boil, letakkan dairy whipping cream dan dark chocolate. Double boil sampai semuanya larut. Dah larut, tutup api. Terus masukkan serbuk koko dan susu pekat manis.
- 12
Terus kacau panas-panas sampai semuanya sebati. Dah sebati, tapis. Wajib tapis dan bagi dia suam dalam 10 hingga 15 minit.
- 13
Dah suam, kacau-kacau dulu sebelum tuang baru masukkan ke atas lapisan mousse tadi.
- 14
Setkan dalam peti selama 30 minit.
- 15
Selepas 30 minit, baru letakkan mousse yang kita letakkan dalam pipping bag tadi. Keluarkan dari peti dan pipe je atas lapisan inti coklat tadi.
- 16
Ratakan elok-elok. Setkan semalaman.
- 17
Untuk hiasan boleh tabur serbuk oreo, chocolate chip, chocolate flakes & boleh parut dark & white chocolate atas tu.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Chocolate Cake Chocolate Cake
Tiba² mulut ni terasa nak makan kek cekelat. Cari kat TikTok jumpa la resepi ni. Resepi dari TikTok AINNA. Kalau nk buat saiz 8 inci sila gandakan adunan. Aku buat versi jimat, versi separuh adunan... Hahaaa.... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Crispy Chocolate Cheesecake Crispy Chocolate Cheesecake
Dah lama nak cuba buat crispy chocolate cheesecake ni. Asyik bertangguh jaa.. Akhirnya berjaya jugak... Untuk base dia kurang sikit sbb bila bubble rice tu kena adunan cheese dia jadi mcm lemau. Yg xkena tu ok la.. Rangup jaa... Nanti nak try buat letak coklat cair tambah bubble rice. Resepi ni aku adaptasi dr blog azlita aziz & fb Mr. Ali... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Walnut Carrot Cake Walnut Carrot Cake
Kek ni kecil saja. Saiz 6 inci. Kalau nak besar sila gandakan adunan. Resepi dari Wan Zuulaiha Omar. Selamat mencuba... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Russian Black & White Chocolate Cake Russian Black & White Chocolate Cake
Dulu pernah buat versi empat segi. Kali ni buat versi bulat pulak. Resepi dari blog hanamemories. Aku buat separuh adunan daripada resepi kat bawah tu. Guna 4 biji loyang 6 inci. Tujuan aku guna 4 biji loyang supaya kek cepat masak. Kek ni aku tak kukus macam dalam resepi asal. Aku bakar dalam 35 minit sekaligus sebab oven aku muat 4 biji loyang bulat sekali masak. Jimat dah masa kat situ... Lagi satu, cream & coklat ganache tu pn aku buat separuh adunan. Tp xcukup. Kena tambah sikit lagi. Kalau buat kek 3 lapis cukup la... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Chocolate Hazelnut Mascarpone Cake Chocolate Hazelnut Mascarpone Cake
Dah lama tak makan kek berkrim ni. Tiba² teringin jadi la kek ni. Dulu pernah dah buat tapi yang ni versi separuh adunan. Sebab lani barang kek dah mahal elok la kita buat kek separuh adunan. Jimat sikit duit tu... Lepastu untuk bahagian coklat ganache tu aku tambah kacang hazelnut. Resepi asal aku amek kat blog azlita aziz.. Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Lotus Biscoff Cheese Cake Lotus Biscoff Cheese Cake
Peminat biscoff boleh cuba... Resepi dr FB Rozmaliza Omar. Resepi ni separuh adunan kalau nk bt besar sila gandakan aduna Dan guna Loyang saiz 8 inci. Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Kek Teh Tarik Kek Teh Tarik
Kek yang penuh dengan aroma teh Lipton. Tapi kalau guna teh wangi rasanya lagi sedap baunya. Ikut pilihan masing-masing. Kek ni sedap. Lembut & gebu ja kek tu. Untuk sos teh tarik tu aku letak secubit garam nk bg naikkan lg rasa. Sos tu ada lebihan lps bt kek ni. Bila nk mkn kek ni boleh la jirus sos tu atas kek. Uhh.. Sdp xtau nk habaq. Untuk resepi ni aku amek kt fb fauzi Karim. Ni resepi separuh adunan. Kalau full resepi Loyang 9 inci. Mcm byk plk. Tu aku bt separuh adunan. Apa² pn selamat mencuba.... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Kek Batik Biscoff Kek Batik Biscoff
Peminat kek batik boleh cuba. Resepi asal dr fb Mr. AliLoyang bulat 7 Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Cheesecake Chocolate Indulgence Cheesecake Chocolate Indulgence
Cheesecake ni agak lembut. Kena simpan semalaman supaya betul² set sebelom dipotong. Resepi Dari FB Mr. Ali Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Black Forest Cake Black Forest Cake
Kek black forest ni antara kek krim yang paling mudah nak buat. Krim pun guna fresh cream. Dalam dia guna ceri dalam tin. Untuk hiasan buleh guna buah ceri fresh atau guna ceri merah yang orang selalu buat hiasan atas kek tu. Kalau guna yang tu jimat sikit kos dari guna ceri yang fresh. Kalau ikutkan kat atas kek tu patut letak parutan coklat. Sebab tak ada coklat bar aku tabur coklat flakes je laa... Janji ada coklat laa... Hihiii... Resepi ni aku amek Dari blog Dari Dapur Maisya. Resepi kat bawah tu resepi separuh adunan. Boleh la buat rasa² utk 4-6 orang kalau org tu jenis tak makan kek byak... Selamat mencuba.... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Chocolate Crepe Cake 🇫🇷 Chocolate Crepe Cake 🇫🇷
Sebelum ni pernah buat crepe cake perisa durian & crepe rainbow.. kali ni try buat chocolate crepe plk.. Suka sgt tengok layer-layer die tu..di lapisi krim coklat..di limpahi pulak dengan ganache coklat..memang delicious & mabeles.. dalam masa sehari je habis licin..wajib cuba dessert yg berasal dari Perancis/France ni.. Nor Al Fatihah -
Kek Carrot Walnut Caramel Kek Carrot Walnut Caramel
Resepi kek krim yang last sebelom kita nk sambut bulan ramadan. Resepi dari @DapurKakMuni Ty untuk resepi ni... Yg ni aku ubah buat versi sebiji kek. Aku guna loyang 6 inci. So, kek nampak tinggi. Kalau nk rendah boleh guna loyang 8 inci. Cumanya kek ni dia terlalu gebu & mudah lerai sikit sbb ada guna ovellete. Kalau ada yg nk mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
Lebih Banyak Resipi
Komen