Tom Yam Goong Udang

#Periuknasi
#goldenapron
Teringat kenangan ketika zaman belajar dulu. Samada muak dengan makanan kafeteria ataupun nak jimatkn belanja, apa lagi memasak menggunakan periuk nasi la jawab ya. Dan yang pasti menu tomyam la yang paling mudah nak disediakan. Nak kata orang campak dan lebur jer.. Hi.. Hi.. Kali ini kita memasak sambil mengimbau la kenangan muda remaja dulu ya.. Jom cuba resepi Tom yam Goong bersama udang.. Ringkas dan mudah sahaja resepinya untuk disediakan.

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan
- 2
Tekan masak pada periuk nasi untuk panaskan periuk. Setelah itu masukkan kulit dan kepala udang yang telah di asingkan tadi. Petua ini adalah untuk mengeluarkan rasa dan manis udang. Setelah kulit tadi sedikit garing masukkan 400 ml air putih dan rebuskan sebentar sehingga mendidih. Setelah mendidih bolehlah di keluarkan kulit dan kepala udang dan biarkan air rebusan didalam periuk.
- 3
Setelah itu masukkan lengkuas yang telah dihiris dan juga serai yang telah diketuk. Setelah itu masukkan susu cair dan didihkan sebentar.
- 4
Setelah itu bolehlah dimasukkan cili api yang telah diketuk tadi bersama bawang besar yang di belah enam. Kemudian bolehlah dimasukkan 1 bungkus pes tomyam dan kacau perlahan-lahan
- 5
Masukkan pula 600 ml air dan tunggu hingga kuah mendidih. Masukkan Cendawan tiram, cendawan seafood, tomato, sos ikan, jus limau nipis dan garam. Masakkan sebentar.
- 6
Setelah itu bolehlah dimasukkan udang dan didihkan sebentar. Tak perlu lama kerana udang cepat masak. Akhir sekali sebelum tutup suiz periuk bolehlah dimasukkan daun limau purut untuk menaikkan aroma tomyam.
- 7
Tutup suiz periuk. Tom yam Goong is done!!
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen