Homemade dimsum goreng

JOMLA, kita cuba buat dimsum sendiri.Sangat mudah dan senang,makanan kegemaran, haruslah pandai masak sendiri kan 😉 ...sedap sangat tau.Penggemar dimsum, kenalah cuba jugak 😁
Dimsum ni jugak bukan setakat boleh goreng je kalau nak kukus pun boleh tak ada masalah...dua dua cara sedap kena pulak dicicah dengan sos thai,sedapppp...ooooo😍

Cara Memasak
- 1
Cara-cara
-mula-mula sediakan isi ayam dan udang untuk dikisar.
-masukkan tepung jagung 2 sudu besar.
-diikuti dengan sebiji telor,kisar sehingga semunya hancur. - 2
Bila dah siap kisar,masukkan kedalam bekas yang lain,kemudian masuk lobak merah, daun bawang dan daun sup.
- 3
Selepas itu tambahkan pula bahan perasa seperti garam,lada hitam,lada putih dan minyak bijan.
- 4
Gaulakn sebati,pastikan semuanya rata dan cukup rasa.
- 5
Bila dah siap,bolehla di bentuk mengikut kreativiti masing-masing.Caranya sangat mudah,mula-mula,sediakan kulit pastry,masukkan inti di yg dah siap tadi ditengah.
- 6
Kemudian letakkan air disekeliling pastry untuk dijadikan gam.Bentuk mengikut rupa yang dikehendaki.
- 7
Dah siap bolehla digoreng dan dihidangkan!mudah kan??
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen