Gulai Kuning Udang

Sakira Ghalid
Sakira Ghalid @cook_16652841
Penang

Kat tempat saya di Kijal, Kemaman gulai ni dikenali juga dengan nama Gulai Rebah Bangun, Gulai Kunyit Kuah (lengkuas), Gulai Remis atau ada juga yang panggil Gulai Darat. Biasanya orang dulu² masak gulai ni dengan ikan dan jadi istimewa kalau guna Remis. Tapi hari ni saya guna udang. Jom masak! #1post1hope

Gulai Kuning Udang

5 orang bercadang membuatnya

Kat tempat saya di Kijal, Kemaman gulai ni dikenali juga dengan nama Gulai Rebah Bangun, Gulai Kunyit Kuah (lengkuas), Gulai Remis atau ada juga yang panggil Gulai Darat. Biasanya orang dulu² masak gulai ni dengan ikan dan jadi istimewa kalau guna Remis. Tapi hari ni saya guna udang. Jom masak! #1post1hope

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 sajian
  1. 12ekor udang sederhana besar
  2. 500 gramsantan segar
  3. 5 ulasbawang merah
  4. 1 ulaskecil bawang putih
  5. 1hiris nipis halia
  6. 1inci kunyit hidup
  7. 2hiris nipis lengkuas
  8. 1sudu kecil ketumbar
  9. 2biji cili kering @ 1 sudu kecil cili mesin (Lauk ni tidak menggunakan cili yang banyak, memadai untuk timbulkan kaler sahaja)
  10. 1/4@ ½ keping asam gelugor
  11. Secubit gula
  12. 1sudu kecil garam kasar

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar bawang, lengkuas, kunyit, halia, ketumbar & cili kering

  2. 2

    Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, masukkan santan & asam gelugur, buka api dapur kacau perlahan² hingga kuah menggelegak.

  3. 3

    Masukkan udang, garam dan gula. Bila dah kuah gelegak agak lama dan udang dah masak boleh tutupkan api sebelum santan pecah minyak. Siap 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sakira Ghalid
Sakira Ghalid @cook_16652841
pada
Penang

Komen

Resipi Sepertinya