Masak Lemak Cili Padi Haruan

Masakan ni ada banyak kenangan dengan arwah nenek. Kenangan yang paling tak boleh dilupakan, apabila nenek minta bersihkan ikan haruan yang masih hidup. Huwaaa! Menjerit-menjerit geli. Nak nangis pun ada masa tu. Masa tu tingkatan 1, tak pernah siang ikan yang masih hidup. Memang akan teringat-ingat kisah ini setiap kali nak masak haruan 😅
Masak Lemak Cili Padi Haruan
Masakan ni ada banyak kenangan dengan arwah nenek. Kenangan yang paling tak boleh dilupakan, apabila nenek minta bersihkan ikan haruan yang masih hidup. Huwaaa! Menjerit-menjerit geli. Nak nangis pun ada masa tu. Masa tu tingkatan 1, tak pernah siang ikan yang masih hidup. Memang akan teringat-ingat kisah ini setiap kali nak masak haruan 😅
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan. Potong ikan pada 5 bahagian dan buang kepala ikan. Cuci bersih ikan dan masukkan garam dan limau nipis. Perap 10 minit. Tujuannya membuang lendir dan bau.
- 2
Bersihkan ikan yang diperap tadi. Kemudian lumur garam dan kunyit. Goreng sebentar. Ketepikan
- 3
Kisar cili padi, kunyit hidup dan bawang putih
- 4
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama asam keping, serai dan air
- 5
Masukkan ikan tadi ke dalam periuk. Kemudian masukkan santan. Kacau dan masak sehingga mendidih.
- 6
Masukkan daun kunyit, garam dan gula. Didihkan sebentar.
- 7
Siap untuk dihidang!
Resipi Sepertinya
-
Ikan Patin Masak Lemak Cili Padi Ikan Patin Masak Lemak Cili Padi
#goldenapron2020#mingguke31Ini kali ketiga suami dapat ikan patin hasil memancing di tasik di bawah rumah saya. Ikannya besar, badannya lebar tetapi tidak tembam. Tampung pula bentuknya. Langsung tidak sama seperti yang dijual di pasar. Daging ikan tu tidak ada lemak. Senang kerja saya nak membersihkannya. Selalu dapat ikan Keli. Tapi entah kemana ikan Keli tu pergi. Langsung tak dapat tangkap dia. Pandai betul dia menyorok.Kali pertama dan kedua suami minta masakkan tempoyak. Kali ketiga pula saya yang tentukan menu apa yang hendak dimasak.Saya suka Masak Lemak Cili Padi tanpa menggunakan bawang jika saya gunakan kunyit hidup. Jangan pelik pula bila baca resipi saya tiada bawang ya.Selamat Mencuba. Gyna Elenna -
Ayam Masak Lemak Cili Api (Negeri 9) Ayam Masak Lemak Cili Api (Negeri 9)
Serius Ayam Masak Lemak Cili Padi memang fav Aznie. Sejak kecil lagi memang dah didedahkan dengan menu ni. Macam Aznie keturunan rawa (bukan jawa) memang ni la menu yang sering mak abah sediakan tuk kami adik beradik. Kari memang jarang sangat masak. Sebab lebih suka yang ni. Kalau Ayam masak lemak kebiasaannya arwah abah akan bubuh batang lambuk sekali didalam gulai lemak cili padi. Tapi sekarang susah dah nak jumpa. lebih 10 tahun rasanya tak makan tu. Sebab susah nak jumpa. Dulu kat rumah mak memang banyak pokok tu arwah abah tanam. Tapi dah mati dah pokoknya, merajuk kot sebab ramai sangat orang yang ambik. Memang Arwah abah cakap, sapa nak makan ambik je tak payah dah nak minta izin. Tapi tau tak macam mana satu hari tu tengok abis anak-anak pokok ia hilang. Tak tau sapa yang cabut . Jadi lama-lama pokok tu mati. Sejak tu tak pernah makan dah. Rasa kecewa sangat dengan orang yang buat tu. Tapi arwah abah senyum je. Tak pe anggap je tak ada rezeki. Tu la arwah abah. seorang lelaki yang sangat Aznie kagumi. Resepi ni Aznie coosnap dari adik @cook_28065973 . Sukatan bahan Aznie olah sendiri. Terima kasih dik😊 Aznie Khasri -
Ayam Masak Lemak Cili Padi Ayam Masak Lemak Cili Padi
Assalamualaikum dan Salam 25 Ramadan buat semua Cookpadders yang dihormati ♥️Baiklah, hari ini CN kongsikan lagi satu resipi warisan dari Allahyarham Bapak CN ya. Bapak CN memang pandai memasak. Teringat momen indah melihat Bapak memasak di dapur sambil menyanyi. Allahu rindunya kenangan itu. 😢Bapak CN merupakan orang Minang dan berasal dari Sumatera, Indonesia. Oleh kerana itu, Bapak sukakan masakan pedas dan berlemak seperti Gulai Lemak ini. CN pun terikut sama. Mesti nak makan gulai ini selalu. Hihi. 😍Menariknya resipi Bapak CN ni, Arwah suka santan yang pekat. Jika gulai cair, marah sungguh dia. Katanya, gulai lemak mesti santannya pekat. Untuk resipi ini CN gunakan santan kotak jenama Kara ya. Memang pekat. Guna sedikit saja dan rasanya sedap. Cuma CN rasa santan ori lebih sedap rasanya.Gulai ayam ini enak dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulaman & sambal belacan.Memasak Sepenuh Cinta♥️Nota:1. Ayam akan menggeluarkan jus atau airnya apabila dididih. Dan ini menjadikan gulai lebih berasa.2. Asam keping bertujuan untuk menghilangkan hanyir ayam dan mengurangkan rasa pedas gulai.3. CN gunakan garam kasar. Pastikan ia dimasukkan sedikit demi sedikit ya. Rasa dulu gulai sebelum menambahnya.4. Seeloknya guna api sederhana dan gulai mesti selalu dikacau untuk menggelakkan ia berketul. Masak sehingga pecah minyak. (Pecah minyak adalah apabila gulai kelihatan seperti berminyak sedikit.)#CNdidapur #GulaiLemak #Ayam #MasakLemakCiliPadi #MasakanKampung Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Masak Lemak Pucuk Ubi Tulang Ikan Merah Masak Lemak Pucuk Ubi Tulang Ikan Merah
107/2021/RoadTo1k/792Kisah resipi ini mudah je. Buka peti sejuk, ada seikat pucuk ubi yang dibeli oleh suami 2hari lalu. Hakak tak tahu nak masak apa, buka Cookpad. Buat carian resipi "pucuk ubi". Terjumpa resipi daripada Cookpaders Emma Zin. Beliau masak lemak pucuk ubi menggunakan ikan kurau masin tapi hakak guna tulang ikan merah masin je. Jadilah yer, janji ada rasa masin dalam hidangan ini 😬 Salina Jalaludin -
Ikan keli Salai Masak lemak Cili Padi Ikan keli Salai Masak lemak Cili Padi
#goldenapron2020 #minggu2 #bazarramadan #minggu3Selalu bila datang je bulan ramadhan saya selalu beli juadah ni dibazar ramadhan sahaja, tahun ni sebb tidak ada bazar ramadhan dibuka, saya terpaksa la masak bila teringin nak makan. Disebb kan rumah atas kayangan 😝😆 saya bakar sahaja ikan keli ni didalam oven. Noraini Hamid -
Masak Lemak Cili Api Sembilang Salai Negeri Sembilan (Nismilan) Masak Lemak Cili Api Sembilang Salai Negeri Sembilan (Nismilan)
Negeri Sembilan menu trade mark dorang jenis yang bersalai dan masak lemak kuning tu. Ada itik salai, daging salai, ikan salai. Ikan salai ni ada beberapa jenis ikan antaranya keli/sembilang salai, talapia salai. Paling famous sembilang salai. Teringin nya nak makan☺️Nak ke sana jauh, apa la sangat masak sendiri di dapur kan.. Nak masak kat dapur rumah orang pun boleh😅.. Ada berani ke😆🤭.. Dapur rumah mak kita ok la tu..Cari cari resipi masakan ni kat CP jumpa juga, tak sabar nak masak. Antara resipi yang tiada penggunaan bawang langsung ye. Tips nak sedap giler wajib guna kunyit hidup.. Baru meletop😋Terima kasih @Uchu laling resipinya.. Terbaik👍👍👍Cookbook Meal Plan challenge#MealPlan Julia ALeen Aireish -
Gulai Lemak Kesum Ikan Tilapia Gulai Lemak Kesum Ikan Tilapia
#goldenapron2020Pernah makan menu ni masa dalam perjalanan nak balik Kelantan dua tahun lepas. Rasa gulai lemak yang lain dari yang selalu makan, terasa daun kesumnya. Sejak tu saya memang akan buat menu ni tiap kali tok laki ambil ikan tilapia dari kolam. Syima Yusof -
Masak Lemak Rohu Masak Lemak Rohu
Day78/366/2020/March/18Day1 #14harimencintaiku😂Memang hakak dok rumah je selama ni, tapi selalu lunch bungkuih je. Sebab sorang2 je. Ni dah cuti (Perintah Kawalan Pergerakan). Haruslah masak, coz ada partner makan 🤭. Kita masak gulai lemak ikan rohu (yang suami pancing ahad lepas) & buat sambal kuinin (kutip belakang rumah)😅. Ulam pun kutip belakang rumah & apa yang ada dalam peti sejuk..Memang kami kuarantin betul2 ni kat rumah. Duduk jela berdua. Tu tajuk “14hari mencintaiku” tu. sebab ko tengok muka aku, aku tengok muka ko 🤣🤣🤣🤣🤣. Alhamdulillah settle lunch. Jom siap2 untuk Solat Zuhur berjemaah 😊 Salina Jalaludin -
Kembung Masak Lemak Cili Api Bunga Kantan Kembung Masak Lemak Cili Api Bunga Kantan
#phopxcookpad2020#task4#goldenapron2020Task4 kali ni, kami kena snap streetphotography. Kebetulan Kak Lat kena pergi ke pasar cari bahan untuk kedai makan. Niatnya nak beli ketam nipah tapi dah habis. Jadi akak belilah ikan kembung. Memang nampak fresh. Selesai membeli di pasar, ingat nak snap gambar sungai je tapi kebetulan ada abang nelayan baru balik dari laut. Snap la gambarnya sekali. Spoting betul abang tu, siap posing lagi. Bagitau dia, nak masuk contest, nanti gambar masuk fb. Pakcik-pakcik dekat tempat jual ketam nipah tu dah ketawakan akak. LATIPAH NAWAWI -
Ayam Masak Lemak Cili Api ( nogri style) Ayam Masak Lemak Cili Api ( nogri style)
#bazarramadan #minggu1Masakkan kegemaran arwah mak dan abah sis, kalau bulan puasa masak lemak nih lah pembuka selera kami sekeluarga, tak ada lauk lain pun tak apa. Hari hari masak lemak cili api pun kami sekeluarga tak pernah jemu.. Kini semua hanya kenangan nan terindah yang tak mungkin datang kembali. Al fathiah dgn bacaan untk kedua duanya.. Aaminn❤️ Nur Nadiah -
Ketam masak lemak cili padi Ketam masak lemak cili padi
Masakan paling senang bagi Ziana.Kalau buat kuahnya mesti ada bawang dan kuah mesti pedas. Ada beberapa negeri tak masukkan bawang didalam masakan masak lemak. Tapi lain bg Ziana. X masuk bawang rasa kurang menyengat dan yang paling penting mesti guna kunyit hidup. Barulah warna masak lemak kita cantik.#GoldenApron23#week1Kunyit Ziana Chesaad -
Masak Lemak Cili Padi (Nenas & Tulang Ikan Masin) Masak Lemak Cili Padi (Nenas & Tulang Ikan Masin)
102/Mei2024/Pejuang2kResipi/Cookpad5th/1901 #pejuang2kresipiGabungan nenas dan tulang ikan masin yang dijadikan masak lemak. Tatau lah nak habaq macam mana sedapnya 😋 terutamanya bagi mereka yang menggemari makanan bersantan. Masam Manis daripada nenas. Masin daripada ikan masin. Sememangnya perfect combination 😍 Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen