Ubi Kayu Goreng

Lama dah rasanya tak update resipi dalam cookpad. Terasa rindu menusuk ke kalbu. Sementara cuti panjang ni walau tak boleh kemana-mana, tugas sebagai isteri dan ibu pasti tak pernah lekang.
Kebetulan pula ada ubi kayu, petang-petang begini pasti sedap jika ada kuih muih untuk dijadikan kudap-kudap sambil berborak-borak bersama suami dan anak-anak. Tapi tangan ni agak malas nak buat kuih muih tradisional. Huh.. ubi kayu ni kalau digoreng garing ni pasti sekejap je habis.
Pantas saya kupas ubi kayu ni sambil menjerang air panas untuk dibuat kopi.
Kalau ubi kayu tak direbus, boleh saja terus digoreng tetapi agak keras teksturnya. Saya lebih suka kalau tekstur yang lembut dan ada sedikit serbuk-serbuk pecahan dari ubi kayu yang direbus. Bertambah garing bila bila digoreng.
Betul sangkaan saya. Ubi kayu yang saya goreng ni habis sekejap saja. Anak-anak kata seperti potato wedges. 😂
Tak semua budak-budak sukakan ubi kayu. Tapi sebagai ibu, saya tetap mengajar anak-anak untuk mencuba semua makanan supaya mereka dapat tahu rasa dan keenakan setiap makanan. Alhamdullilah kenyang perut ni. Bersyukur kita masih dapat rezeki untuk dibuat alas perut.
Selamat mencuba 😘
Ubi Kayu Goreng
Lama dah rasanya tak update resipi dalam cookpad. Terasa rindu menusuk ke kalbu. Sementara cuti panjang ni walau tak boleh kemana-mana, tugas sebagai isteri dan ibu pasti tak pernah lekang.
Kebetulan pula ada ubi kayu, petang-petang begini pasti sedap jika ada kuih muih untuk dijadikan kudap-kudap sambil berborak-borak bersama suami dan anak-anak. Tapi tangan ni agak malas nak buat kuih muih tradisional. Huh.. ubi kayu ni kalau digoreng garing ni pasti sekejap je habis.
Pantas saya kupas ubi kayu ni sambil menjerang air panas untuk dibuat kopi.
Kalau ubi kayu tak direbus, boleh saja terus digoreng tetapi agak keras teksturnya. Saya lebih suka kalau tekstur yang lembut dan ada sedikit serbuk-serbuk pecahan dari ubi kayu yang direbus. Bertambah garing bila bila digoreng.
Betul sangkaan saya. Ubi kayu yang saya goreng ni habis sekejap saja. Anak-anak kata seperti potato wedges. 😂
Tak semua budak-budak sukakan ubi kayu. Tapi sebagai ibu, saya tetap mengajar anak-anak untuk mencuba semua makanan supaya mereka dapat tahu rasa dan keenakan setiap makanan. Alhamdullilah kenyang perut ni. Bersyukur kita masih dapat rezeki untuk dibuat alas perut.
Selamat mencuba 😘
Resipi Sepertinya
-
Ubi Kayu Goreng Berempah Ubi Kayu Goreng Berempah
#cooksnap Petang ni kita recook resipi cookpaders Gyna Elenna Ubi Kayu Goreng Resipi https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/11800194-ubi-kayu-goreng?token=j4Rqu9uDkRXx3mM7BTc1osFy Saya cuba olah semula dengan menambah bawang merah dan bawang putih.Ubi juga tidak direbus terlebih dahulu.Sedap juga...Jom recook dan cooksnap Mamamikael Oven -
Ubi Kayu Goreng Kunyit Ubi Kayu Goreng Kunyit
Sarapan pagi tadi dengan menu ubi kayu goreng kunyit. Lama dah tak makan macam ni. Sedap sangat nak-nak lagi kalau ubi kayu yang empuk. Dulu-dulu sewaktu masih sekolah rendah kalau hujung minggu bangun tidur tengok mak dah sediakan sarapan ubi kayu goreng, keledek goreng dan keladi goreng. Mak akan buat sambal tumis untuk dicicah. Kalau untuk mak dan bapa ubi kayu rebus, keledek rebus dan keladi rebus. Kadang kami (anak-anak tamak, nak juga yang rebus, kesudahan nya tak habis makan. Mak akan goreng lebihan ubi kayu/keledek/keladi rebus tu, rasa nya lagi sedap sebab garing di luar lembut di dalam. Pekena pulak dengan teh o atau kopi o panas memang 😋👍 Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Goreng Ubi Kayu Goreng
Jiwa Merdeka 🇲🇾#MerdekaMonth#AugustChallengeTeringat kembali ke zaman nenek moyang kita hidup sebelum merdeka dahulu, mereka makan apa sahaja tumbuhan yang tumbuh di tepi rumah mereka atau di sekitar kampung. Antara tumbuhan nya ialah ubi kayu. Ubi kayu sedap direbus, digoreng, dibakar begitu sahaja malah dapat diolah pelbagai cara jika rajin mengerjakan nya. Kita buat cara yang paling senang jer ia itu dengan menggoreng sahaja. Sedap woo.. dimakan panas-panas, rangup di luar empuk di dalam. Dapur Yusfarisyia -
Lepat Ubi Kayu Lepat Ubi Kayu
#cookpadworlddessertSaya memang penggemar kuih tradisional. Lagi-lagi kuih lama. Nak pula kuih yang terhasil dari ubi kayu. Saya ni adalah ubi kayu lover !!!Selalunya, kalau ada kenduri atau majlis keramaian orang Melayu, pasti ada kuih muih untuk dijadikan pencuci mulut. Lepat Ubi kayu adalah salah satu pencuci mulut yang popular dikalangan kaum Melayu. Tapi jangan salah sangka ya!! Orang Cina ataupun kaum Baba Nyonya pun expert bab-bab kuih seperti ini. Nampak tak kuih muih ini sangat terkenal Malaysia? Ala-ala kuih majmuk gitu.Kalau di Subang Jaya, nak mencari jualan kuih tradisional seperti ini memang susah. Kalau ada pun nasib-nasib la. Selalu terjumpa yang keras berdengkang. Ibarat selipar getah yang boleh dilipat-lipat. Kalau duduk di kampung, kuih ini memang senang nak cari. Biasanya orang kampung memang handal buat kuih muih yang tak telan dek zaman.Nak puaskan hati dan tekak saya yang cerewet ni, biar saya buat sendiri saja lah. Tak perlu nak renyah-renyah. Saya buat dengan cara saya sendiri tapi hasilnya... Wow !!! Lembut dan kenyal.Asalkan ada kemahuan dan usaha, pasti menjadi.Selamat mencuba Gyna Elenna -
Ubi Kayu Vadai Ubi Kayu Vadai
Ubi kayu vadai ni memang kegemaran mak saya. Sewaktu kami masih kecil mak ada tanam pokok ubi kayu. Banyak yang boleh dibuat daripada ubi kayu. Paling kami suka ialah kerepek ubi pedas. Saya pernah muat naik gambar ubi kayu vadai beberapa tahun dahulu di Medsos dan seorang sahabat yang juga merupakan seorang Chef memberi komen memberitahu kalau mereka (orang India) akan panggil resipi ni Masala Vadai. 😊 Dapur Yusfarisyia -
Kerepek Ubi Kayu Kerepek Ubi Kayu
Resipi dalam draf juga.Ubi kayu yang ditanam oleh anak menantu kakak saya memang menjadi betul buah nya, besar-besar pula tu. Dalam sepohon memang banyak buah nya hingga tak termakan. Disedekahkan kepada saya dan ahli keluarga saya yang lain. Saya ambil buah yang sederhana besar jer, tak nak ambil buah yang saiz besar. Hari ni nak buat kerepek jer. Boleh buat kudap-kudapan sambil nonton tv. Dapur Yusfarisyia -
Ubi Ungkep #ChefZam Ubi Ungkep #ChefZam
Bila sebut ubi kayu,pasti akan mengimbas kembali memori semasa Saya kecil,ubi kayulah yang menjadi hidangan yang wajib ada tak kira pagi ataupun petang.Sampai tak lalu makan bila buka tudung saji je,nampak ubi kayu.Tapi bila sudah dewasa,berumah pula di tengah bandar,ubi kayu sudah jadi hidangan istimewa kerana tiada siapa lagi yang akan sediakan,terpaksalah saya masak sendiri.Nasib ada mertua yang masih sudi mengajar untuk menyediakan ubi ungkep.Terima kasih Mak!! Gyna Elenna -
Ayam Goreng Jintan Ayam Goreng Jintan
Siapa tak suka makan ayam goreng kan? Sebut je ayam goreng, pasti ramai yang suka terutama nya budak-budak tetapi ada juga sesetengah budak-budak yang tak suka kalau ada rasa rempah. Selalu nya golongan dewasa la yang suka kalau ada berempah ni. Apabila anak-anak sudah dewasa, saya akan buatkan ayam goreng jintan tetapi tidak untuk si dara saya. 🤦🏻♀️ Entah lah kenapa sampai sekarang dia memang tak suka bau rempah apatah lagi merasa. Kalau kuih muih yang menggunakan rempah-ratus, dia memang tak layan. Anak oh anak! Macam-macam perangai. Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Rebus Goreng Ubi Kayu Rebus Goreng
Lebihan ubi kayu yang direbus sebenar nya boleh dibuat pelbagai kuih cuma tinggal rajin atau malas sahaja nak membuat nya. Malam tadi mood sedikit malas 😊 jadi saya gorengkan sahaja. Si dara saya lebih suka ubi goreng daripada ubi rebus. Sambil tengok TV sambil meratah ubi goreng dan pekena kopi/teh/milo panas. Dapur Yusfarisyia -
Ubi kayu celup tepung Ubi kayu celup tepung
Menu yang mudah tapi sedap. Anak-anak pun macam tak percaya itu ubi kayu goreng. Ubi kayu ni merupakan tumbuhan native dari Brazil. Kemudian dibawa masuk ke asia dan negara lain semasa penjajahan Portugis.#cppassport Ana Ahmad -
Fried Cassava /Ubi Kayu Goreng Angola 🇦🇴 (Resepi 3 Bahan) Fried Cassava /Ubi Kayu Goreng Angola 🇦🇴 (Resepi 3 Bahan)
#TakLebih6BahanSedap jugak rupanya ubi rebus digoreng kosong macam ni lebih2 lagi ketika ubi masih panas. Kalau ada ubi kayu rebus berlebihan dan nak elak rosak, elok juga digoreng seperti ni, cicah lah gula perang atau gula merah.😋Cooksnap with Tq & CC: @dapurdee Sesimple Loralin -
Ubi Kayu Goreng Berempah Ubi Kayu Goreng Berempah
#goldenapron2020Ubi kayu ni lebihan yang direbus semalam. Satu perdu dapat banyak ubinya. Selalunya lepas makan ubi rebus cicah kelapa parut dan sambal bilis, esoknya akan buat ubi goreng pula. Makan panas-panas sekali hadap licin 😅 Syima Yusof
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)