Nasi Minyak Pandan Orang Kampong

PaanSelamat1980
PaanSelamat1980 @cook_22385503

Resepi ini saya belajar sepanjang saya berada di Singapura dan ianya telah diajar oleh ibu kepada rakan baik saya. Pengalaman tersebut ibu beliau menceritakan kepada saya ketika ibunya masih gadis remaja di mana ketika itu Singapura masih lagi banyak perkampungan. Apabila musim kenduri dan ketika membuat kenduri doa selamat secara kecil-kecilan untuk tetamu 2-3 dulang, menu Nasi Minyak Pandan ini biasanya akan menjadi pilihan mereka. Bersama ini saya berkongsi resepi untuk kalian semua.

Nasi Minyak Pandan Orang Kampong

9 orang bercadang membuatnya

Resepi ini saya belajar sepanjang saya berada di Singapura dan ianya telah diajar oleh ibu kepada rakan baik saya. Pengalaman tersebut ibu beliau menceritakan kepada saya ketika ibunya masih gadis remaja di mana ketika itu Singapura masih lagi banyak perkampungan. Apabila musim kenduri dan ketika membuat kenduri doa selamat secara kecil-kecilan untuk tetamu 2-3 dulang, menu Nasi Minyak Pandan ini biasanya akan menjadi pilihan mereka. Bersama ini saya berkongsi resepi untuk kalian semua.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Beras 4 pot cuci bersih
  2. Daunpandan 8 helai blender
  3. Air 3 mug
  4. 2 sudu tehHalba
  5. Bawang merah 3 biji hiris
  6. 1 batangKulit kayu manis
  7. Bunga lawang 2 kuntom
  8. Sehelai simpulan daun pandan
  9. Halia 4 hiris
  10. Butter/planta 2 sudu
  11. 2 sudu tehGaram
  12. 1/2 kotakSantan Kara

Cara Memasak

  1. 1

    Ini bahan² untuk penyediaan seperti diterangkan tadi

  2. 2

    Beras dicuci bersih dan dimasukkan ekstrak daun pandan blender serta air mengikut sukatan pot beras yang digunakan.

  3. 3

    Masukkan setengah kotak santan Kara dan kendian dikacau biar sekata.

  4. 4

    Masukkan bahan² utama kedalam periuk yang mengandungi beras dan air pandan serta santan. Sebelum hidupkan elektrik untuk menanak beras Nasi Minyak Pandan..ambik stick atau sudu untuk dikacauk²kan. Turn ON rice cooker

  5. 5

    Apila button rice cooker dah switch warm...kita gembur²kan nasi tadi dan biarkan dalam keadaan warm. Siap....sesuai dimakan sama lawannya iaitu lauk gulai kari ayam, daging, acar mentah, korma gulai dan lenlain. Selamat mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
PaanSelamat1980
PaanSelamat1980 @cook_22385503
pada

Komen

Resipi Sepertinya