Kaki Ayam Masak Kicap Michele's Signature

Calvina MicHele Lee's Signature
Calvina MicHele Lee's Signature @cook_22488655
Sarawak

Kaki ayam ni adalah favourite saya. Ada juga yang tak suka makan kaki ayam ni. Tapi kaki ayam ada khasiat juga tau. Boleh jer cuba resipi saya yang simple jer ni #minggu2 #bazaarramadan #goldenapron2020

Kaki Ayam Masak Kicap Michele's Signature

10 orang bercadang membuatnya

Kaki ayam ni adalah favourite saya. Ada juga yang tak suka makan kaki ayam ni. Tapi kaki ayam ada khasiat juga tau. Boleh jer cuba resipi saya yang simple jer ni #minggu2 #bazaarramadan #goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

25 minit
untuk 4 orang
  1. 500 gmKaki Ayam
  2. Kicap Manis
  3. Serbuk Kunyit
  4. 2 ulasBawang Putih
  5. Halia sebesar ibu jari
  6. Serai sebiji
  7. Cili Padi 3 biji
  8. Sos Tiram
  9. Sos Ikan Knife
  10. Maggi Secukup Rasa
  11. Lada Putih
  12. 1 1/2 sudu makangula
  13. 3 cawanair

Cara Memasak

25 minit
  1. 1

    Cuci dulu semua bahan ya. Cuci bersih kaki ayam tu. Makanan sedap kena pentingkan kebersihan juga

  2. 2

    Potong 2 semua kaki ayam tu dulu

  3. 3

    Bawang putih, halia & serai tu main hentak jer guna pisau. Tak payah hiris & tumbuk sangat. Cili padi tu belah 2

  4. 4

    Guna periuk yang tak mudah melekat yer. Api dapur jangan besar sangat, jangan kecil sangat. Masakan ni kiter tak guna minyak masak k

  5. 5

    Masukkan kaki ayam dalam periuk. Tutup periuk tu sekejap dalam 5 minit. Korang akan nampak kaki ayam tu akan mengeluarkan 'jus' hihihihi

  6. 6

    Kemudian, baru masukkan 3 cawan air tu. Campak bawang putih, halia, serai & cili padi ke dalam periuk. Tutupkan periuk dan biarkan sampai mendidih

  7. 7

    Selepas mendidih, masukkan kicap manis, serbuk kunyit sedikit, sos tiram setengah sudu makan, sos ikan setengah sudu makan, maggi secukup rasa & gula (secukupnya)

  8. 8

    Tutupkan lagi periuk tu dan biarkan sampai korang tengok kaki ayam lembut & mula pecah kulit tu. Akhir sekali masukkan lada putih sedikit

  9. 9

    Kaki ayam ni kalau dibiarkan lama baru lembut dan sedap. Bila lembut, senang dimakan

  10. 10

    Kaki ayam masak kicap is doneeee. Selamat mencuba bagi yang suka makan kaki ayam

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Calvina MicHele Lee's Signature
pada
Sarawak
Masak adalah seni. Masak boleh tenangkan hati & fikiran. Masak adalah hobi saya 😘
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya