Ayam Geprek

Sebenarnya dah lama nak buat ayam geprek ni. Tapi asyik tertunda sebab asyik terlupa nak beli tepung Bestari. Akhirnya buat jugak tanpa gunakan tepung Bestari. Alhamdulillah... menjadi! Anak-anak pun suka. Malah lebih sedap dari ayam KFC kata diorang. Pandai ambil hati mama... hahaha...
#goldenapron2020 #juliescookingwithluv
Cara Memasak
- 1
Mulakan dengan perap ayam terlebih dahulu. Tumbuk bawang putih sehingga lumat dan lumurkan pada ayam bersama-sama dengan bahan-bahan perapan yang lain.
- 2
Sementara ayam diperap, bolehlah sediakan sambal geprek. Goreng semua bahan-bahan sambal geprek. Goreng dengan sedikit minyak sehingga garing.
- 3
Kemudian tumbuk semua bahan-bahan tersebut. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Tumbuk sehingga agak lumat.
- 4
Kemudian bolehlah sediakan ayam pula. Pecahkan sebiji telur di dalam perapan ayam tadi. Lumur telur keseluruh ayam sehingga rata.
- 5
Di dalam mangkuk lain, satukan bahan-bahan salutan ayam. Lumurkan ayam satu persatu di dalam tepung.
- 6
Kemudian goreng secara deep fry dengan api sederhana sehingga kekuningan. Lebihan telur yang perap ayam tadi boleh tambahkan dengan sedikit tepung salutan ayam dan goreng. Jadi kriuk-kriuk.
- 7
Sapukan sambal tadi pada ayam.
- 8
Siap! Bolehlah dihidangkan bersama tempe dan tahu goreng beserta sup kosong. Selamat mencuba!
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Ayam Geprek Ayam Geprek
#ayamcrispy#goldenapron2020Nak resepi ayam crispy dengan sambal pedass??Jom tengok resipi Ayam Geprek ni 😋😋Okay yang ni last untuk bonus #ayamcrispy. Bonus yang kali ni awat rasa semangat sangat nak buat tak tau. Sebab # tu kot, #ayamcrispy buat bila-bila pun habis kat rumah ni.Sebenarnya saya ada tengok kedai-kedai makan yang iklankan menu nasi ayam geprek dipremis depa, tapi tak pernah pula singgah untuk mencuba.Bila search resepi ayam geprek ni naikla resepinya. Ada macam-macam resepi yang di share. Apa yang saya tengok ayam geprek ni adalah ayam goreng crispy yang dihidangkan dengan nasi putih, tempe dan tauhu goreng, ulaman serta sup kosong. Yang paling pentingnya kena ada sambal geprek tu. Itu yang menjadikan ia lain sedikit dengan ayam goreng yang lain.Sambal geprek ni pulak ada banyak versi, ada sambal merah, ada sambal ijo. Resepi asal guna cili padi jadi rasanya memang meletopssla. Tapi untuk dihidangkan kepada anak-anak saya campur dengan cili merah, so tak pedas sangat dan depa pun boleh makan. Alhamdulillah depa enjoy dengan ayam geprek ni 😊.Jom la tengok resepi kat bawah. Norashikin Rahmat -
Ayam Geprek Bestari 🇮🇩 Ayam Geprek Bestari 🇮🇩
#CpPassport • Ayam geprek ni ayam goreng rangup yang dicelup tepung dan dimakan bersama sambal cili. Hidangan ini berasal daripada kota Yogyakarta dan telah menjadi terkenal di hampir semua bandar besar di Indonesia.Menu yang simple tapi cukup untuk buat orang tersayang tambah sampai dua pinggan. 😋 Nab’s Kitchen Diary -
Ayam Goreng Rangup Tepung Bestari #PinkBoxCereal Ayam Goreng Rangup Tepung Bestari #PinkBoxCereal
Keluarga memang sukakan ayam goreng ranggup Tepung Bestari rasanya sebijik macam KFC. Nak buat pun mudah cuma gunakan Tepung Bestari pedas sahaja dah jadi ayam KFC. Jimat duit, jimat masa dan memenuhi citarasa semua. Roselina Hanid -
Ayam Geprek Ayam Geprek
Sejak semalam tak habis fikir nak masak apa. Kebetulan masa kelas online, tanya anak-anak murid. Ada yang bagi idea ayam geprek. Laju saja google dan jumpa resepinya. Saya ubah sikit sebab orang di rumah ni suka makan pedas. Jadi saya tambah cili padi! AzhadaSyuhada -
Kerepek Jejari Ketam Kerepek Jejari Ketam
Sedap tau kerepek ni. Nak buat pun senang. Jom cuba!#goldenapron2020 #juliescookingwithluv Julie Mangsor -
Ayam Geprek Ayam Geprek
Masak Apa Banjir #CookpadCaresOffcourse repeat.. repeat.. Jangan risau kalau tepung goreng ayam tak ada di rumah, boleh sediakan sendiri tau. Dah la sediakan sendiri rangup pula tu.. Ayam geprek ialah ayam goreng tepung rangup dimakan dengan sambal pedas dan panas😋👍, jom buat..Tiruvasi resipi dari si arief di tiktok. Julia ALeen Aireish -
Sambal Ayam Geprek 🇮🇩 Sambal Ayam Geprek 🇮🇩
#CpPassport • Tak lengkap hidangan ayam geprek kalau takde sambal ni. Rasa pedas, manis dan masam cukup untuk membuka selera yang tertutup. Nab’s Kitchen Diary -
Ayam Goreng Rangup Ayam Goreng Rangup
#ayamcrispy #bonus #goldenapron2020Kegemaran anak anak saya. Memang tidak pernah jemu dengan ayam goreng. Selalunya saya beli yang sejuk beku dah siap batter crispy tinggal goreng je balik rumah. Hari hari nak beli parah jugak poket ni😂: jadi saya cuba satu resepi ni, sangat sedap dan sangat rangup. Anak anak pun cakap macam ayam yang beli rasanya. Bangga, kan... dengar macam tu😊. Modal saya cuma beli ayam sahaja dalam 10 ringgit sebab bahan lain sentiasa ada stok di rumah. Nak tahu resepinya? Jom kita lihat jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Ayam Geprek 🇮🇩 Ayam Geprek 🇮🇩
94/2021/RoadTo1k/779❤️ Cookpad Passport ❤️ #cppassportAyam geprek merupakan ayam goreng tepung digiling atau digaul bersama-sama sambal. Tapi yang hakak masak ni, ayam goreng bersalut tepung serbaguna pedas, tidak dicampur sambal. Hanya ia dimakan dengan sambal pedas. Dihidangkan bersama-sama nasi putih dan ulam-ulaman. Resipi ni hakak Cooksnap dari Cookpader Nor Ariffin @nor_ariffin4818 ❤️ Salina Jalaludin -
Ayam Goreng Serupa Kepci Ayam Goreng Serupa Kepci
#DupeDesemberGara-gara boikot KFC, kenalah masak sendiri dirumah untuk anak cucu nak makan ayam goreng.Senang sahaja, rasanya pun ranggup setanding di kedai. Lagi pun jimat dari segi kosnya Ani Delighted -
Sambal Ayam Geprek 🇮🇩 Sambal Ayam Geprek 🇮🇩
#cookpadpassport #cppasport #indonesia teringin sangat nk makan sambal geprek digandingkan pula dengan ayam geprek dr cookpaders salina. Sedap lahaiii... Nuharahmat -
Sotong Celup Tepung Sotong Celup Tepung
Resipi dan inspirasi dari @NOADZ17 terima kasih atas resipinya 🫰❤️Senang sangat nak buat, hanya guna tepung Bestari (asli) yang dicampur dengan sedikit tepung beras.Dalam resipi asal, beliau menggunakan sotong ring frozen. Sotong perlu diperap bersama bancuhan tepung Bestari terlebih dahulu selama 15-20 minit. Tapi saya nak cepat, saya perap lebih kurang 5 minit sahaja. Saya lebihkan sukatan tepung mengikut kesesuaian sotong yang digunakan.Alhamdulillah, sedap, rangup dan yang paling penting, anak-anak suka.🌹Sedikit tips agar sotong celup tepung jadi rangup dan garing: --> goreng dengan minyak yang betul-betul panas. Noor Atika Mahamood
Lebih Banyak Resipi Pilihan
Komen