Ketupat Daun Palas dengan Kacang Soya

Hari raya haji yang lepas, saya berkesempatan belajar buat ketupat daun palas dengan emak. Ketupat palas yang emak buat memang sangat sedap. Pulutnya lembut dan berlemak. Memang terbaik. Biasanya emak buat ketupat palas ada kacang soya. Bertambah sedap! Jomlah cuba untuk hari raya yang bakal tiba ni.
#goldenapron2020 #juliescookingwithluv
Cara Memasak
- 1
Rendam kacang soya lebih kurang sejam ke dua jam. Kemudian rebus sehingga kacang soya lembut. Tos dan ketepikan.
- 2
Beras pulut dibersihkan dan direndam lebih kurang sejam ke dua jam. Kemudian toskan. Kukus beras pulut dalam setengah jam atau sehingga pulut hampir masak.
- 3
Masukkan pulut ke dalam mangkuk dan campurkan dengan kacang soya yang telah direbus beserta dengan santan dan garam secukup rasa. Gaulkan semuanya sekata.
- 4
Kukus semula dalam 15-20 minit. Kemudia masukkan ke dalam mangkuk dan biarkan sejuk seketika.
- 5
Sementara proses menunggu langkah-langkah di atas, anda bolehlah bentukkan kelongsong ketupat palas terlebih dahulu. Bila pulut yang dah dikukus tadi sejuk, bolehlah masukkan ke dalam kelongsong ketupat palas.
- 6
Daun ketupat palas dibetuk segitiga kemudian masukkan pulut sehingga padat ke dalam kelongsong. Kemudian lilit daun palas mengikut bentuk segitiga. Hujungnya masuk ke dalam poket.
- 7
Ketupat daun palas yang telah siap perlu dikukus lagi lebih kurang 10-15 minit atau sehingga daun palas layu atau kekuningan.
- 8
Siap untuk dihidangkan! Selamat mencuba!
Carian Teratas bagi
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Ketupat daun palas Ketupat daun palas
Ketupat daun palas adalah menu utama untuk meraikan Hari Raya#goldenapron#1hope1post#azielaamin#potluckaz
-
Ketupat Palas#phopbylinimohd#juadahraya Ketupat Palas#phopbylinimohd#juadahraya
Ketupat palas memang menu wajib ketika menyambut hari raya. Sejak berkahwin baru saya belajar membuat ketupat palas kerana keluarga mertua saya orang kelantan dan ketupat palas adalah menu wajib diorang. Aziela Amin -
Ketupat Palas Ketupat Palas
#phopxcookpad2020#goldenapron2020Ketupat palas menu yang wajib ada di pagi raya. Norashikin Rahmat -
Ketupat Palas Frozen Ketupat Palas Frozen
🌹67/2024🌹🧑🍳775/1K🧑🍳✔️All About Aidiladha 🐐🐂🐪Kebetulan Ummi dah pun menyediakan ketupat daun palas Frozen Dua hari lepas.Ini kerana Tak lama lagi kita akan menyambut Aidiladha.Ketupat ini juga sengaja dibuat awal dan difrozenkan kerana mertua Ummi ada di rumah Ummi.Jadi nanti dia balik ke kampung bolehlah dibawa ketupat itu pulang ke kampung untuk dimakan dihari raya haji yang akan tiba.Buat awal nanti tak kalut kata orang utara.👍😍Hasil : 2 kg pulut = 90-95 biji bergantung saiz. Q'leenalee's Kitchen -
Ketupat palas Ketupat palas
Selamat hari raya korban. Terbeli daun palas, jadi terbuat ketupat palas, makan x hengatHampir 15 thn jgk x menganyam ketupat palas ni, dulu sblm kawin tiap2 hari buat tolong mak niaga kueh pagi2.Puas jgk nak bg ingat blk cara lipat nya tu, nasib baik menjadi Atie SweetChocbakeries -
Ketupat Pulut Daun Palas Ketupat Pulut Daun Palas
🌹44-2024🌹👩🍳752/1K👩🍳Global Apron 2024 Challenge 6: Menu Raya#GobalApron2024#Challenge6#MenuRaya#KetupatDaunPalasKetupat Daun Palas Menu wajib ada setiapkali Raya.Ummi beraya dikampung Mil di Sandakan.Kebiasaan setiap tahun mil dan keluarga akan sediakan ketupat daun kelapa sahaja sebab mereka sekeluarga tak tau cara penyediaan ketupat daun palas.Sejak ummi masuk kedalam keluarga mereka,Ketupat daun palas menjadi kegemaran mereka pula setiap kali Raya.Ini kerana ummi akan sediakan ketupat daun palas untuk juadah Hari Raya di rumah Mil.Dari situlah ketupat Daun Palas menjadi pilihan untuk menu Raya di rumah Mil.Cookpad Magic Pantry :PULUTKELAPA PARUTDAUN PALAS Q'leenalee's Kitchen -
Ketupat Palas Utara Ketupat Palas Utara
#unique2u#goldenapron2020Ketupat palas ni adalah menu wajib musim perayaan.Kenapa ia unik bagi saya? Ada ceritanya...Kisahnya suami saya suka sangat ketupat palas ni. Masa arwah emak mentua masih ada, dialah yang sibuk memasak dan membalut ketupat masa musim perayaan. Saya cuma tolong-tolong.Itupun give up macam tu ja sebab tak pandai nak membalut. Selalu balut jadi ketupat betina atau tak jadi langsung 🤭.Bila arwah dah tak de, saya tempah ketupat ni untuk dimakan keluarga. Tapi sampai bila kann.. Jadi saya usahakan juga belajar membuatnya.Alhamdulillah 4,5 tahun kebelakangan ni ketupat palas memang saya sediakan sendiri. Dari mula sampai siap 😁.Gembira tengok suami dan anak-anak berselera makan ketupat yang dihasilkan sendiri 😊. Norashikin Rahmat -
Ketupat palas versi lemak manis Ketupat palas versi lemak manis
Hari Raya tahun ke 2 tak dapat balik kampong. Anak- anak nak makan ketupat. Ya lah kemestian bagi keluarga kami. Ketupat palas cicah rendang atau manisan cair dihidang dipagi Hari Raya . Jom kita buat ketupt. Arus pemodenan ketupat juga telah di beri perisa seperti ketupat daging ,kacang, jagung dll.#hariraya1442 Ani Delighted -
Ketupat Palas Lemak Versi kelantan Ketupat Palas Lemak Versi kelantan
Setiap kali tiba nya hari raya menu wajib kami sekeluarga ialah ketupat palas.ketupat palas merupakan penyeri di hari raya kami sekeluarga🥰#goldenapron2020#unique2u Munirah Hanim -
Ketupat Palas Ketupat Palas
Dalam tak pandai menganyam tu, belajarlah juga dengan staff di pejabat. Senang rupanya nak anyam daun panas.Tapi nak menghadap buat ketupat ni, kena cekal. Kalau tak, sekerat jalan je sudahnya hehehe.Di Terengganu, biasanya ketupat palas yang dah siap direbus, akan digoreng sebelum dihidang. Krup krap tau.Daun palas (2 point)Pulut (1 point)Santan3 points#GlobalApron2024 #challenge6 #menuraya Nihadriz Niha -
Lepat daun palas Lepat daun palas
Berbeza dengan keluarga lain, menggunakan daun palas utk membuat ketupat, tapi kami membuat kelainan dengan buat lepat. Abah sukakan kelainan dan sukakan bau dari daun palas berbanding daun kelapa, katanya.Lepat sedap dimakan bersama rendang, ayam masak merah, kuah lodeh ataupun kuah kacang. Kami biasa hidangkan juadah ini di kala Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Aidiladha.#goldenapron2020 #unique2u #harirayaaidiladha #lepatdaunpalas Norbaiti Modtrifi -
Ketupat Palas Ketupat Palas
Ramadan Month Challenge 4 : Raya PrepKetupat palas hidangan yang wajib ada di hari lebaran.Untuk mengelakkan kesesakkan kerja di hujung-hujung Ramadan, maka kita sediakan ia lebih awal dan frozenkan.Sehari sebelum raya bolehlah keluarkan daripada peti ais, defrostkan kemudian kukus lebih kurang 15 minit @ sampai ketupat lembut. Norashikin Rahmat
Lebih Banyak Resipi Pilihan
Komen