Rendang Daging & Paru

Secubit Rasa Cik Nani🌷
Secubit Rasa Cik Nani🌷 @cndidapur
Kampar, Perak

#goldenapron2020 #minggu5 #CookpadderPerak #rendang #hariraya #aidilfitri1441H

Assalammualaikum sahabat Cookpadders yang CN hormati. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal 1441H), Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Hari ini juga merupakan ulang tahun perkahwinan CN yang ke-7. Alhamdulillah. Tahun ini CN berpeluang meraikannya bersama suami tercinta. Al maklumlah tugas sebagai Pelaut, bukan selalu ada di darat dan peluang untuk berHari Raya juga
amat tipis. Setelah dua tahun kami tidak berpeluang raya bersama, Aidilfitri tahun ini disambut meriah meskipun dalam PKPB.

Untuk juadah Hari Raya, CN sediakan rendang kesukaan Encik Suami iaitu Rendang Daging & Paru. Gembira sungguh dia. Alhamdulillah dapat menggembirakan insan tersayang, sudah cukup bahagia CN rasakan.

Selamat mencuba ya. ♥️

#CNdidapur

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 - 60 minit
5 orang
  1. 500 gmdaging - dipotong kiub
  2. 500 gmparu - direbus dengan garam, cuka, dibilas dan dihiris
  3. 500 mlsantan
  4. 4 sudu makanrempah rendang
  5. 4 sudu makancili kisar
  6. 3 sudu makankerisik
  7. 2 helaidaun kunyit - dihiris
  8. 6 helaidaun limau purut - dihiris
  9. 1 kepingasam keping
  10. 5 sudu makangula merah
  11. Garam secukup rasa
  12. Air secukupnya
  13. Sedikitcuka
  14. Minyak untuk menumis
  15. Bahan Kisar:
  16. 10tangkai cili padi
  17. 5biji bawang merah
  18. 4 ulasbawang putih
  19. 2inci lengkuas
  20. 2inci kunyit hidup
  21. 1inci halia

Cara Memasak

40 - 60 minit
  1. 1

    Rebus paru dengan cuka dan garam sehingga masak. Angkat, tos dan hiris nipis.

  2. 2

    Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan garing.

  3. 3

    Masukkan rempah rendang. Tumis sebati. Masukkan pula daging dan asam keping. Tambahkan sedikit air. Didihkan sehingga daging separuh empuk.

  4. 4

    Masukkan paru rebus tadi. Kacau rata.

  5. 5

    Kemudian masukkan cili kisar dan perasakan dengan garam.

  6. 6

    Apabila rendang pecah minyak, masukkan santan dan kacau sebati.

  7. 7

    Masukkan kerisik dan gaul rata. Apabila rendang sudah pekat, masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Kacau sebati.

  8. 8

    Akhir sekali, masukkan gula merah dan kacau sehingga gula larut dan pecah minyak.

  9. 9

    Sedia untuk dinikmati dengan ketupat, nasi impit, pulut kuning, roti jala dan aneka nasi kegemaran anda.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Secubit Rasa Cik Nani🌷
pada
Kampar, Perak
Assalammualaikum🥷🏽CN di sini. Ex Wartawan RASA & Editor Buku Resipi Alaf 21. Minat memasak, mencipta resipi, Foodstyling dan Food Photography 📸✍🏻Join CookPad sejak 14 Mei 2019🎬Follow & Subscribe CN di YouTube (Secubit Rasa Cik Nani) dan TikTok (CNDidapur) untuk video masakan terkini.📱Foodstyling & Food Photography (KaryaJiwa byNSZ) ❤️ & Nanilicious Wonderful by NSZ (since 2014)💻IG: cndidapur | karyajiwa_bynsz🍋Lemon8: @CNdidapur🍭Cari resipi CN gunakan #CNdidapur
Baca lagi

Komen (3)

Mamamikael Oven
Mamamikael Oven @MamamikaelOven
Salam Cik Nani
saya suka rendang campur-campur ni...
izinkan saya #cooksnaphunt ye tapi saya tak de paru...rupa2nya saya ada hati je ..boleh la ye...😃

Resipi Sepertinya