Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa

Biasanya ikan cencaru ni saya suka bakar begitu sahaja. Tapi kali ni, saya sumbat sambal kelapa pula. Alang-alang ada kelapa putih di rumah. Tak susah pun nak buat. Rasanya pun sedap. Makan dengan nasi panas-panas, memang terangkat!
#goldenapron2020 #juliescookingwithluv
Cara Memasak
- 1
Bersihkan ikan cencaru dan kelar di bahagian belakang ikan untuk dijadikan poket.
- 2
Kisar cili merah, bawang merah, bawang putih dan serai sehingga halus. Tumiskan dengan sedikit minyak.
- 3
Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
- 4
Masukkan kelapa dan perahan air limau.
- 5
Gaulkan semuanya sehingga sebati.
- 6
Sumbatkan sambal kelapa di dalam poket ikan. Pastikan padat supaya sambal kelapa tidak terkeluar apabila dibakar.
- 7
Bakar ikan lebih kurang 5 minit setiap bahagian. Jangan lama-lama untuk kekalkan isi ikan tidak terlalu kering @ moist.
- 8
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Cencaru sumbat sambal kelapa Cencaru sumbat sambal kelapa
#goldenapronLevel20#saturesepisatupohon#nutrifestBukan selalu nak makan mcm ni. Cencaru sumbat sambal kelapa lebih sedap jika dibakar dgn bara arang. Bau aroma asap dan di bakar sempurna. Rumah ziana tak ada arang jadi ziana bakar diatas kuali capati sahaja. Ziana Chesaad -
Ikan Cencaru Kelapa Ikan Cencaru Kelapa
#goldenapron2020 #bazaarramadanIkan Cencaru ni, saya lebih suka masak samada sumbat cili atau sumbat kelapa. Mungkin juga sebab lauk ni antara lauk kesukaan Tok saya.Sambal kelapa ni mesti cukup rasa pedasnya, cukup masamnya dan cukup manisnya.Barulah sedap. Iman Hasanah Musa -
Ikan Cencaru Sumbat Belakang Ikan Cencaru Sumbat Belakang
Ikan cencaru sumbat belakang ni febret suami saya..lebih2 lagi kalau sambal tu di campur dengan kelapa parut..kompem bertambah2 makan nasi.. Harum semerbak satu rumah..bukan dlm rumah je..rumah jiran pun boleh bau ni 😆 buat perut bertambah lapar.. Saya gandingkan ikan ni bersama masak lemak labu &di cicah dengan sambal belacan..perghh laju la makan 😋😋 Nor Al Fatihah -
Cencaru Sambal Kelapa Cencaru Sambal Kelapa
Selain sambal biasa, cencaru juga kalau sumbat dengan sambal kelapa pun sedap. Resepi ini boleh goreng atau mcm saya suka bakar. MaRulez Arif -
Cencaru bakar sumbat kelapa Cencaru bakar sumbat kelapa
Cencaru sumbat dengan kelapa pedas adalah makanan kegemaran kami sekeluarga. Dulu Masa kecik2 bila ikut mak masuk kebun selalu bwk bekal cencaru sumbat.. sedapnya.. 😌😌 Lizawati Mohamed -
Ikan Cencaru Sumbat Sambal Ikan Cencaru Sumbat Sambal
Teringin nak makan ian bakar, kebetulan pula suami pun request nak ikan bakar. Dalam peti ais ada pulak ikan cencaru ni. Terus la on buat ikan bakar sumbat sambal ni.#goldenapron2020 Cik LeenPetri -
Cencaru Sumbat Sambal Cencaru Sumbat Sambal
Ikan cencaru/jaket sedap dimakan bersama air asam atau kicap sambal. Kali ni saya buat sambal sumbat simple dan sedap dimakan bersama nasi panas Azie -
Cencaru bakar sumbat sambal Cencaru bakar sumbat sambal
Ikan cencaru segar pemberian jiran. Alhamdulillah rezeki. Terus terfikir nak bakar sumbat sambal. Azizah Mansor -
Ikan Cencaru Sumbat Kelapa #Marathonraya#ikan#minggu3 Ikan Cencaru Sumbat Kelapa #Marathonraya#ikan#minggu3
Resepi yang sangat mudah disediakan.Bila berkumpul adik beradik ikan cencaru sumbat kelapa ini mesti menjadi hidangan wajib kami adik beradik.Resepi dari ibu tercinta NurAini Razi -
Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Cencaru Sumbat Sambal Kelapa
Sangat jarang buat ikan sumbat sambal kelapa kerana anak2 lebih suka sambal sahaja tanpa kelapa. Uchu goreng mcm ni jugak, sebab lama betul tak makan style ni. Sesimple Loralin -
Cencaru sumbat sambal nyior Cencaru sumbat sambal nyior
Sape suke Cencaru sumbat sambal nyior/kelapa kita gang!!!Colek makan dengan ulam daun selom atau kacang botol .. aduhh, sedapnya!!!! Ziana Chesaad -
Ikan Cencaru sumbat Ikan Cencaru sumbat
Resepi ini hasil dari ibu dikampung. Ikan cencaru sumbat memang sedap di makan bersama nasi panas#goldenapron#1post1hopev2 Aziela Amin
Lebih Banyak Resipi Pilihan
Komen