Laksa Johor

Antara menu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.Saya bukanlah seorang yang mahir memasak.Tapi dek kerana permintaan suami masa mula-mula berkahwin dulu,maka saya pun google resepinya di internet.Cuba dan Alhamdullilah,menepati citarasa Encik suami dan anak-anak sekarang.
Nampak macam rumit,tapi bila dah siap lupa terus keletihan dalam menyediakan bahan-bahannya terutamanya part mengasingkan isi ikan dari tulangnya dan mereneh kuahnya sekurang-kurangnya 3 jam bagi mendapatkan kuah yang pekat dan ummph rasanya.Garam dan gula dimasukkan ikut citarasa masing-masing.
Jom lihat resepinya dan selamat mencuba 😁
Laksa Johor
Antara menu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.Saya bukanlah seorang yang mahir memasak.Tapi dek kerana permintaan suami masa mula-mula berkahwin dulu,maka saya pun google resepinya di internet.Cuba dan Alhamdullilah,menepati citarasa Encik suami dan anak-anak sekarang.
Nampak macam rumit,tapi bila dah siap lupa terus keletihan dalam menyediakan bahan-bahannya terutamanya part mengasingkan isi ikan dari tulangnya dan mereneh kuahnya sekurang-kurangnya 3 jam bagi mendapatkan kuah yang pekat dan ummph rasanya.Garam dan gula dimasukkan ikut citarasa masing-masing.
Jom lihat resepinya dan selamat mencuba 😁
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan
- 2
Bersihkan ikan.Kemudian rebus ikan bersama hirisan halia dan asam keping dalam 30 minit.Angkat dan sedia untuk diasingkan isi ikan dari tulangnya.
- 3
Rupa isi ikan yang telah diasingkan tulang dan duri.Kemudian dikisar halus menggunakan air rebusan ikan.Ketepikan.
- 4
Masukkan bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas,kunyit hidup dan serai dalam pengisar makanan dan kisar halus.Ketepikan
- 5
Sediakan periuk.Masukkan minyak.Bila minyak dah panas,tumis 4 sekawan bersama serai yang telah dititik.Tumis hingga naik bau dalam seminit.Kemudian,masukkan bahan yang telah dikisar tadi.Tumis dalam 5 minit.
- 6
Bila bumbu dah mesra,masukkan cili kering yang dikisar.Tumis seminit kemudian masukkan serbuk kari ikan dan air sedikit.Tumis sampai cili dan serbuk kari tadi naik minyak.
- 7
Masukkan kisaran isi ikan,santan,air,asam keping,kerisik,daun kesum dan bunga kantan.Masak dan renehkan dalam 3 jam.
- 8
Perasakan dengan garam dan sedikit gula Melaka.Reneh hingga kuah memekat dan naik minyak.
- 9
Sementara itu,bolehlah rebus spagetthi ikut arahan di plastik bungkusan.Bubuh garam dan minyak dalam air rebusan bagi menggelakkan spagetthi melekat apabila sejuk nanti.
- 10
Sediakan cili padi dan lada hidup.Tumbuk halus bersama belacan yang sudah dipanggang terlebih dahulu.Siap dan ketepikan.
- 11
Sediakan bahan-bahan sampingan Laksa Johor.Limau Kasturi dipotong pangkalnya.Bawang merah dipotong bulat.Taugeh di siang,buang kepala dan ekornya.Kemudian masukkan dalam air bagi menggelakkan taugeh berubah warna.Lobak asin dipotong dadu.Kacang panjang dipotong nipis membulat.Timun dihiris nipis dan hiris halus.
- 12
Rupa bahan-bahan sampingan yang sudah disiapkan.
- 13
Mula-mula,sediakan pinggan.Masukkan spagetthi.Tuang kuah laksa dan kemudian bubuh bahan sampingan dan sambal belacan.Sedia untuk dihidang dan dimakan.
Resipi Sepertinya
-
Laksa Johor Laksa Johor
Saya tertinggal untuk upload menu ini yang saya masak di kampung sebelum saya pulang kembali bertugas di negeri lain. Walaupun bukan rakyat Johor. Tapi harapnya kena dengan selera. Bahan yang saya gunakan adalah bahan yang ringkas dan mudah didapati. Berbanding dengan bahan asli yang mempunyai ramuan penyediaan yang rumit.#goldenapron2020 Mizzanem -
Laksa johor Laksa johor
Laksa johor ni fav saya dia sebenarnya mudah je cuma leceh kena asingkan ikan. Kepada yang nak buat untuk makan makan family atau saja saja boleh lah cuba. Adilah Syahirah Jaafar -
Laksa Johor Kak Sham Laksa Johor Kak Sham
Membesar di Johor, tapi hanya suka laksa Johor yang mak masak je. Inilah resepinyacainxx
-
Laksa Utara Laksa Utara
#goldenapron#minggu12Laksa adalah antara makanan kesukaan saya so kali ini saya nak kongsi resepi laksa utara cara saya buat. Mudah sahaja yang penting sedap dan menepati selera saya dan anak-anak terutamanya. Nurul Akmal Mohamad Yusoff -
Laksa Johor Laksa Johor
Sorry yer...sy letak resepi dalam ini untuk rujukan saya..so resepinya x berapa jelas cukup yg saya paham..minta maaf sekiranya resepinya memeningkan kepala 😅🙏 MHD90 -
Laksa Johor Hidangan Teragung Laksa Johor Hidangan Teragung
Laksa Johor sememangnya terkenal kerana kelainan resepi dan juga pilihan mee spageti sebagai gandingan kuah ikannya yang juga unik dengan tambahan kerisik kelapa. Jom saya kongsikan step mudah untuk masak pantas namun mampu memikat selera ramai. Faradilla -
Laksa johor Laksa johor
#goldenapron2020 #bazaarramadanDulu sebelum kahwin tak tau pun yang johor ada laksa johor. Yang tau laksa penang laksa kelantan. Mungkin cara nak buat tu agak leceh sikit. Sebab tu tak ramai yang pandai buat laksa johor ni. Laksa johor agak pekat. Itu disebabkan kerana dimasak menggunakan ikan dan rempah ratus yang terpilih.Lagi satu orang johor makan laksa johor ni guna spaghetti bukan guna mee biasa dan mereka juga makan menggunakan jari jemari bukan pakai sudu garpu. Laksa johor ni kategori laksa yang mahal. Menajadi hidangan istimewa pada hari raya dan dihidangkan untuk majlis tertentu.Suka makan laksa johor ni tapi nak buat tu agak bercinta sedikit. Laksa johor agak rumit sedikit berbanding laksa yang lain. Dalam resepi sepatutnya gunakan ikan parang. Tapi sebab pkp ikan paramg susah nak dapat. Jadi kita gantikan dia menggunakan ikan sardin. Rasa tak jauh beza. Tetap berlemak. Selamat mencuba.. Sue Hana -
Laksa johor cookpad Laksa johor cookpad
#johor#goldenticket#cookpadmy1stbdaySaya berasal dari Batu pahat,Johor,tidak pernah makan laksa johor semasa bujang dulu,sebab saya sangka kuah dari ikan pasti rasanya hanyir,tetapi saya silap..kali pertama rasa makan masa anak satu,kawan sekerja di Pontian bawak port luck (kita orang panggil kuih teriak🤭)kawan-kawan mengusik kata tak Johor lah kalau tak makan..dan itulah kali pertama saya makan..🥰sedap rupanya..licin pinggan saya makan🤭...saya terus minta resepi salin resepi..dari 2 org kawan..resepi tu saya gabungkan..dan jadilah satu resepi yang menjadi kegemaran suami,anak-anak malahan keluarga mertua saya.Tiap kali jamuan raya untuk keluarga mertua Laksa Johor pasti ada.🥰. Faridah Jaafar -
Laksa Johor Cara Saya 🤗😋 Laksa Johor Cara Saya 🤗😋
Tak Joho kalau tak gheti masak laksa Joho. Dulu dimomokkan laksa joho tu berlemak dan cepat muak. Sekali masak dan terus masak, omg, i’ve been cheated ! Laksa Joho ni tuan tuan dan puan puan sangatlah sedap dan tidak nyesal untuk dicoba, cuma dia sedikit eksklusif dan sedikit renyah.🤪🤗 Nurul Kefftya -
Laksa Utara Laksa Utara
#merdekapassportLaksa , tak payah tanya .. semua org memang suka.Terdapat banyak jenis laksa utara di Malaysia. Antara laksa kegemaran ziana adalah laksa kedah.Laksa kedah menggunakan ikan kembung dan asam keping . Ulaman nya pula terpulang pada penggemar. Ada yang menggunakan ulaman kampung sahaja.Manakala Laksa penang, kuahnya agak masam kerana menggunakan air kisaran nanas dan air asam jawa. Petis dan nanas wajib ada.Begitu juga laksa perlis. Kuahnya agak cair dan ada yg menggunakan ikan belut sebagai kuah dan dimakan bersama pulut udang. Ziana Chesaad -
Laksa Johor Laksa Johor
Makanan Johor yg sangat di gemari dan pasti membuka selera bila di hidang#marathonraya#ikan#minggu3 anieschoc -
Penang Asam Laksa Penang Asam Laksa
Sekarang masuk perubahan angin monsun. Setiap hari mendung dan hujan. Mula rasa macam nak makan sesuatu yg berkuah panas macam laksa. Kuah laksa sedap diperengat lama supaya rasa lebih enak dan terasa manis ikan. Anda boleh tambahkan petis udang. Saya letak sikit je sebab allergic gatal. Kalau tak letak pun tak mengapa. Kita yang buatnya. Selamat mencuba#goldenapron2020 Mizzanem
Lebih Banyak Resipi
Komen