Lontong Daerah Bojonogoro

#lontong
#goldenapron2020
Resepi masakan ini di dedikasikan kepada pembantu rumah saya adik Mimin. Dia selalu menceritakan betapa enaknya masakan kg halamanya. Kalau Di sana Dipanggil Kuah lodeh, kegemaran orang tua katanya. Resepi ini diolah sedikit untuk menepati citarasa ahli keluarga saya. Cuba la insyallah menjadi. Buat adik Mimin terima kasih sudi berkongsi resepi kg halaman kamu walaupun agak berpeluh nak Nama bahan tu dalam bahasa Malaysia
Lontong Daerah Bojonogoro
#lontong
#goldenapron2020
Resepi masakan ini di dedikasikan kepada pembantu rumah saya adik Mimin. Dia selalu menceritakan betapa enaknya masakan kg halamanya. Kalau Di sana Dipanggil Kuah lodeh, kegemaran orang tua katanya. Resepi ini diolah sedikit untuk menepati citarasa ahli keluarga saya. Cuba la insyallah menjadi. Buat adik Mimin terima kasih sudi berkongsi resepi kg halaman kamu walaupun agak berpeluh nak Nama bahan tu dalam bahasa Malaysia
Cara Memasak
- 1
Goreng bahan bahagian c kemudian sejukkan. Kisar halus kesemua bahan bahagian B
- 2
Asingkan santan kepada 2 bahagian. Bahagian 1 tambahkan 2 cawan air. Bahagian 2 tambahkan 1 cawan air. Masukan bahagian 1 santan tadi kedalam periuk kemudian biarkan sehingga mendidih. Sentiasa kacau santan yang dimasak supaya cantik tidak berketul. Tuangkan bahan bahagian B Gaul sehingga mendidih. Gunakan api sedarhana
- 3
Setelah bahan B mendidih masukkan sayur kobis, kacang panjang, lobak merah,terung Dan serai. Setelah sayur tadi mula layu Dan lembut masukan bahagian C Dan pucuk tauhu kering Dan so hoon yang telah direndam dgn air dahulu dalam proses melembutkan bahan tersebut. Gaul sebati kesemua bahan.
- 4
Tambahkan bahagian 2 santan, masukkan udang, kiub ikan bilis. Gaul perlahan sehingga masak. Dah Siap!!!
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Lontong Kuah Lodeh Merecik Lontong Kuah Lodeh Merecik
#lontongMenu terangkat, bila masih lagi dalam mood raya dapat makan lontong macam ni nikmat sangat. Nak jadikan cerita, dulu saya tak suka makan lontong kuah lodeh ni sebab tak pernah kenal pun, maklumlah saya lebih kepada makanan tradisi orang Perak. Sejak seorang kakak tu buat dan jemput datang beraya ke rumah dia, hidang pula lontong kuah lodeh nak tak nak kenalah jamahkan hormat tuan rumah. Alhamdulillah sekali rasa terus kena dengan lidah dan selera. Semenjak dari hari tu, tiap kali raya mesti saya buat teringin nak makan. Tak hari raya tak rasa nak makan pula hihi.. mungkin nak aura raya tu agaknya.. Tapi kali ini kita raya kita di rumah sendiri sahaja. Seronok dapat makan bersama-sama dengan keluarga. Jom saya kongsikan kuah lodeh yang sangat sedap, buat meniaga pun boleh. Julia ALeen Aireish -
Lontong Mudah Dan Sedap Lontong Mudah Dan Sedap
#Lontong#goldenapron2020'Lontong' antara makanan yang sering dihidangkan dimusim perayaan. Saya suka makan lontong, tapi biasanya beli aja ataupun makan yang dihidangkan ketika berkunjung ke rumah orang lain.Ini kali pertama saya masak sendiri makanan ni. Rupanya tak lah sesukar yang saya bayangkan. Selama ni saya fikir macam renyah sangat nak membuatnya 🤭Mujur Cookpad anjurkan contest #Lontong 😉. Jadi saya berpeluang menyediakannya sendiri. Belum cuba belum tahu. Dah cuba, rasanya saya akan lebih kerap memasak lontong selepas ini ☺️.Saya menggunakan resepi yang diolah daripada blog Azie Kitchen. Menurutnya ada macam2 bahan yang boleh dimasukkan kedalam kuah lontong. Apapun kita boleh ubahsuai ikut bahan-bahan yang ada didapur kita. Norashikin Rahmat -
Lontong Bersama Sambal Kacang Lontong Bersama Sambal Kacang
#Lontong#goldenapron2020 #minggu8Nak cerita pasal menu lontong ni, kami orang banjar nak buat lontong kalau kat kampung mudah sangat, ada sahaja nangka muda dah boleh buat sayur lodeh untuk lontong. Bukan tu saje, betik muda pun boleh juga untuk buat bahan sayur lodeh lontong. Mudah je kan. Tapi kat bandar ni macam-macam sayur moden boleh bubuh. Yang paling istimewanya kami orang banjar makan bersama dengan sambal kacang. Rasanya lebih lemak, pedas dan lebih kick. Cubalah merasainya😋😋 Aziela Amin -
Lontong kuah lodeh Lontong kuah lodeh
#lontongNi kali pertama CheTa masak lontong tau..nak buat lontong stail orang jawa memang tak mampu sebab tiada acuan lontong tu..jadi CheTa guna nasi impit sahaja sebagai ganti..kuah lodeh dia insyaaAllah mmg kena dengan selera kami..CheTa buat sedikit sambal bilis mmg terangkat habis😋😋😋 ZuitaAisyah -
Lontong Raya 2.0 Lontong Raya 2.0
#lontongLontong versi orang malas dan paling mudah. Kita guna saki baki apa yang ada dekat dapur. Orang Johor biasanya makan lawankan dengan sambal kacang. Nak lagi terangkat makan dengan rendang daging. Selamat mencuba semua & selamat hari raya 2.0🎊 RH Kitchens -
Lontong Tumis Lontong Tumis
#lontong #goldenapron2020Cara penyediaan lontong atau kuah lodeh ini adalah dengan menumis bahan-bahan asasnya.Selalunya lontong ini saya masak dalam kuantiti yang banyak terutamanya menjadi hidangan tetap kami untuk dijamu di pagi raya. Mazwin -
Kuah Lodeh (R317) Kuah Lodeh (R317)
Ramadan 2025 Challenge 2: Ramadan Tiba! 🕌🌙Selamat menjalani ibadah puasa semua. Hari ini saya sibuk membuat juadah untuk berbuka nanti. Juadah apakah itu? Ini dia ‘Kuah Lodeh’ untuk menu hari ke-5 berpuasa. Lontong dan kuah lodeh memang tidak asing bagi kita semua. Siapa yang meminati juadah ini pasti tahu berapa enaknya juadah ini. Cuba ya!… Zahrah Buang -
👩🍳Lontong Masak Lodeh 👩🍳Lontong Masak Lodeh
Global Apron 2024 Challenge 7: Open HouseLontong asalnya ialah blok nasi yang dibalut dengan “daun pisang”; berbeza dengan “ketupat nasi” yang dibalut dengan daun kelapa. Tetapi disini,asalkan ketupat nasi ataupun nasi impit, terus dipanggil lontong. (Walaupun dibalut plastik)Lontong adalah hidangan dari Indonesia, walaupun begitu ia sangat popular di Malaysia dan Singapura.Dihidang panas atau suhu bilik. Lontong selalunya dipadankan dengan kuah kacang dan sayur lodeh.Sayur lodeh atau masak lodeh juga berasal dari Indonesia (Jawa) ialah sejenis hidangan sup sayur yang ditambah santan kelapa.Lontong masak lodeh selalu dihidangkan semasa open house hari raya.. memang sedap!Terung (1 p)Tauhu (1 p)Santan(1 )Total= 3 p✅#GlobalApron2024#Challenge7#OpenHouse#TerungTauhuSantan◼️Nota:Semua bahan Pantry (20) berjaya digunakan minggu ke-7.Total of 8 recipes accomplished!✅𝓂𝒶𝒽𝒶𝒹𝒾𝒶𝒽 2024💕2045/3K189/2024 Mahadiah -
Lontong telur puyuh dan suhun goreng Lontong telur puyuh dan suhun goreng
#lontong#goldenapron2020Suasana Hari Raya masih terasa, jadi kita masak menu raya harini. En. Suami berasal dari Johor, bila cakap nak buat lontong, berseri-seri wajahnya, mungkin rindu masakan Johor meluap-luap nak balik kampung masih dalam PKPB sabar je la. Resepi yang digunakan ini kena betul dengan tekak en. Suami, menambah2 makannya. Bila di tambah buah keras di dalam masakan, ia memberi kan rasa lemak pada kuah tersebut, ditambah pula keenakkan santan kelapa asli serta udang kering dan ikan bilis memberi kan rasa yang sukar digambarkan. Kelainan adalah apabila di tambah dengan suhun goreng kedalam menu ini bagi mengelakkan kuah diserap oleh suhun tersebut. Ianya Sedap. Insyallah ❤️ Ana Ahmad -
Lontong Udang Untuk Dia (isteri) Lontong Udang Untuk Dia (isteri)
#lontong#goldenapron2020 (minggu 8)Saya masak resepi lontong/lodeh sebab dr 1st day raya isteri duk mintak suruh buatkan...maka tercipta laaaa.... Wan Gilo -
Lontong dan Sambal Sotong Lontong dan Sambal Sotong
Bila dapat tajuk menu lontong, termenung kejap sebab dah lama tak masak lontong, kuah lodeh dan sambal. Biasanya kombinasi yang saya panggil lontong ini popular di hari lebaran. Tapi lebaran kali nie masak menu lain. Nak kena ingat semula dan asyik terlupa jea nak masak sebab kesibukan tugasan harian. Pastu tetiba teringat ku belum masak lagi. Apa lagi kalut la nak kena masak. Kali nie lontong bersama lodeh dan sambal sotong sebab sambal sotong nie feberet anak-anak. Jom cuba menu ini 😘#lontong#goldenapron2020 #minggu8 Noor Hassan -
Resepi Lontong 😋🤤 Resepi Lontong 😋🤤
#lontong#goldenapron2020Kita panggil lontong. Ada yg panggil kuah lodeh.. apapun jom masak lontong 🤤 Ain Mohd Kitchen
Lebih Banyak Resipi
Komen