Lontong Ala Mama DivaAA

Setiap kali pulang ke Kampung menu sarapan pagi yang harus ada atas meja mestilah #lontong. Rasa lemak-lemak dari Santan segar dan sedikit rasa pedas Sambal pecal memang terangkat.
Sejak-sejak duduk jauh dari Kampung ni, menu ini saya sediakan sekali sekala untuk disajikan pada rakan-rakan bagi mengubat rasa rindu.
Mari lihat cara mudah untuk menyediakannya.
Lontong Ala Mama DivaAA
Setiap kali pulang ke Kampung menu sarapan pagi yang harus ada atas meja mestilah #lontong. Rasa lemak-lemak dari Santan segar dan sedikit rasa pedas Sambal pecal memang terangkat.
Sejak-sejak duduk jauh dari Kampung ni, menu ini saya sediakan sekali sekala untuk disajikan pada rakan-rakan bagi mengubat rasa rindu.
Mari lihat cara mudah untuk menyediakannya.
Cara Memasak
- 1
Bahan-bahan disedia seperti dibawah. Kisar bawah merah, bawang putih, bawang besar, halia, lengkuas dan ikan bilis sehingga hancur.
- 2
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam kacau, Dan agak-agak layu masukkan air, masak sehingga menggelegak. Setelah itu masukkan sayur-sayuran. Saya suka masakkan sayur dahulu sebelum tambah santan untuk tahan lebih lama dan lambat Basi.
- 3
Setelah menggelegak sekali lagi masukkan santan, fucuk dan suhun. Perisakan dengan garam dan Maggi secukup rasa. Masak sehingga santan betul-betul masak.
- 4
Akhir sekali masukkan tauhu yang telah digoreng. Siap untuk dihidang. Sekian resepi istimewa Mama DivaAA. Selamat mencuba
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Lontong ala Johor Lontong ala Johor
#lontong#goldenapron2020Ini kali pertama akak masak lontong. Akak orang Terengganu, kat sini makanan ni sangat lah rare. Kalau hari raya pun, jiran akak dari Kelantan yang bagi tiap-tiap tahun.Akak kenal lontong pun lepas kahwin dengan en.suami. Pernah tolong mak mertua buat tapi sekali je, dan tak rasa nak belajar pun sebab tak biasa makan.Kebetulan ada contest ni, dan rumah mak ada buku resepi, akak kaji la buku tu. Best nya, dia ada resepi setiap negeri. Dan ada dua negeri dia letak lontong ni. Akak kaji jugak la, negeri Selangor, cara dia kena tumis dulu. Kalo negeri Johor, tak perlu tumis. Jadi, akak pun ikut resepi Johor.Alhamdulillah, bagi mak ayah makan pun, diorang kata sedap. Jadi, simpan sini untuk akak refer. Mana tau in the future nak buat lagi kan. 😊 AeJaa 📸 -
Lontong Kuah Lodeh Putih Lontong Kuah Lodeh Putih
#lontong #goldenapron2020Lontong selalu menjadi hidangan sarapan pagi atau dijadikan juadah istimewa pagi Syawal,kebiasaanya lontong dihidangkan dengan kuah lodeh berwarna kuning serta sambal kacang atau sambal bilis...untuk resepi kali ini akk mencuba kelainan...akk masak lodeh kuah putih resepi asal dari sahabat cookpaders Eka Zahra...tapi akk durhaka resepi kerana menambah sedikit isi kencur atau cekur Alhamdulillah bertambah mantap rasa kuahnya,akk masak lontong segera mengunakan ketupat nasi😍😘 serius nk cakap,berulang kali kami seisi keluarga makan bertambah2...memang padu lontong kuah lodeh putih...ank2 semua request buat lagi tunggu habis puasa sunat enam Syawal insya Allah akk buat lagi...Yang pasti resepi ini tidak mengecewakan mesti kawan2 mesti cuba ya...👍👍❤️ Aza Aaj -
Lontong Lontong
Sebelum tok, makan lontong kalau pergi rumah terbuka atau di kedai sahaja. Kinek, sebab semakin minat memasak, belajar dari youtube dan resepi dari sahabat-sahabat cookpad, boleh idang menu lontong dari dapur, tok la kali pertama masak lontong. Paduhal ada kunyit hidup, pikir serbuk jak ada. 😱😅#lontong#goldenapron2020 Karl -
Lontong muo style Lontong muo style
#lontong #goldenapron2020Sejak pindah ke muar, baru tahu cara makan lontong kat sini adalah dengan letakkan kuah kacang bukannya sambal mcm biasa.. dan makan dengan satay.. waktu sarapan.. seriuss laa mkn satay pagi² wey..Serius.. only in Muar.. yessaa.. and sedapp gilerrr... hahahhaha... should try korang.. azah zara -
Lontong sayur Lontong sayur
Saya berasal dari Indonesian tepatnya dari Kalimantan Timur. Dimana menu lontong sayur ini menjadi salah satu menu buat sarapan pagi yang suka di jual di kedai sarapan.Semenjak hijrah ke Malaysia paling suka buat ini karena rindu kampung. Alhamdulillah bahan bahannya juga gampang didapat disini.Nah kali ini saya akan share lontong sayur dari kampung saya Balikpapan.#lontong#lontongsayur#myfirstrecipe2020#goldenapron2020 Hano Vitaria -
Lontong Singapura Lontong Singapura
#lontong#goldenapron2020 Minggu 836/2020Hidangan tengahari hari ni, Lontong Singapura. Mudah sangat nak masak ni. Lontong Singapura ni kita tambah hirisan daun kunyit masa dihidang atau masukkan dalam kuah sebelum periuk diangkat. Tambah serunding atau sambal daging sebelum dimakan, memang sedap. Cempaka Putih -
Lontong telur puyuh dan suhun goreng Lontong telur puyuh dan suhun goreng
#lontong#goldenapron2020Suasana Hari Raya masih terasa, jadi kita masak menu raya harini. En. Suami berasal dari Johor, bila cakap nak buat lontong, berseri-seri wajahnya, mungkin rindu masakan Johor meluap-luap nak balik kampung masih dalam PKPB sabar je la. Resepi yang digunakan ini kena betul dengan tekak en. Suami, menambah2 makannya. Bila di tambah buah keras di dalam masakan, ia memberi kan rasa lemak pada kuah tersebut, ditambah pula keenakkan santan kelapa asli serta udang kering dan ikan bilis memberi kan rasa yang sukar digambarkan. Kelainan adalah apabila di tambah dengan suhun goreng kedalam menu ini bagi mengelakkan kuah diserap oleh suhun tersebut. Ianya Sedap. Insyallah ❤️ Ana Ahmad -
Lontong Mewah Lontong Mewah
#lontong#goldenapron2020Sejak berkahwin dengan orang semenanjung, selera tekak saya juga mula berubah. Agaknya dah mula menerima masakan orang sini. Cuma masakan pedas2 masih susah untuk diterima hihi. Resepi lontong yang saya kongsikan ini diubah suai sedikit untuk menambahkan lagi selera keluarga kami. Rugi tak cuba😁 Joanneezah Neezm -
Lontong Kuah Lodeh Merecik Lontong Kuah Lodeh Merecik
#lontongMenu terangkat, bila masih lagi dalam mood raya dapat makan lontong macam ni nikmat sangat. Nak jadikan cerita, dulu saya tak suka makan lontong kuah lodeh ni sebab tak pernah kenal pun, maklumlah saya lebih kepada makanan tradisi orang Perak. Sejak seorang kakak tu buat dan jemput datang beraya ke rumah dia, hidang pula lontong kuah lodeh nak tak nak kenalah jamahkan hormat tuan rumah. Alhamdulillah sekali rasa terus kena dengan lidah dan selera. Semenjak dari hari tu, tiap kali raya mesti saya buat teringin nak makan. Tak hari raya tak rasa nak makan pula hihi.. mungkin nak aura raya tu agaknya.. Tapi kali ini kita raya kita di rumah sendiri sahaja. Seronok dapat makan bersama-sama dengan keluarga. Jom saya kongsikan kuah lodeh yang sangat sedap, buat meniaga pun boleh. Julia ALeen Aireish -
Lontong Bersama Sambal Kacang Lontong Bersama Sambal Kacang
#Lontong#goldenapron2020 #minggu8Nak cerita pasal menu lontong ni, kami orang banjar nak buat lontong kalau kat kampung mudah sangat, ada sahaja nangka muda dah boleh buat sayur lodeh untuk lontong. Bukan tu saje, betik muda pun boleh juga untuk buat bahan sayur lodeh lontong. Mudah je kan. Tapi kat bandar ni macam-macam sayur moden boleh bubuh. Yang paling istimewanya kami orang banjar makan bersama dengan sambal kacang. Rasanya lebih lemak, pedas dan lebih kick. Cubalah merasainya😋😋 Aziela Amin -
Lontong Berkuah Lodeh Bersama Rendang Ayam ala Gyna Lontong Berkuah Lodeh Bersama Rendang Ayam ala Gyna
#lontong#goldenapron2020#mingguke8Sebenarnya Lontong adalah beras yang di masak menggunakan daun pisang. Berbentuk silinder, berwarna hijau di luar dan berwarna putih didalam bila dipotong. Disajikan pula bersama Kuah Lodeh, Rendang dan macam-macam lagi. Nak merebusnya pula mengambil masa yang lama. Sekurang-kurangnya 3 jam hingga tiada lagi butiran nasi, kemudian disejukkan dahulu barulah boleh dipotong dan dihidang.Tapi kebanyakkan orang menggelarkan lontong itu adalah nasi impit yang campur bersama kuah Lodeh. Mungkin memudahkan untuk orang faham apakah itu lontong.Lontong merupakan salah satu makanan tradisi bagi orang jawa ketika perayaan. Tetapi kini lontong ini mudah di dapati dimana-mana restoran sebagai hidangan sarapan pagi.Rasa dan teksturnya amat sedap dan lembut. Aroma dari daun pisang itu membangkitkan lagi selera. Tidak sama seperti ketupat. Ketupat juga ada keenakkannya tersendiri.Tidak sempurna jika lontong tidak dihidang bersama Rendang Ayam.Kali ini saya kongsikan resipi yang panjang berjela agar mudah you all buat hidangan ini dengan sempurna. Gyna Elenna
Lebih Banyak Resipi
Komen