Butter Prawn Bersarang

Dapur Chef Husnil
Dapur Chef Husnil @chefhusnil83
Selangor

#goldenapron2020 #cookpadmalaysia Butter prawn adalah antara menu yang popular yang biasa kita order di kedai makan. Saya akui permulaan belajar cara buat "Sarang" itu cukup susah. Rupanya ramai yang tidak tahu cara hasilkan sarang yang bagus dan halus. Terus ikuti cara masakan saya dan selamat mencuba. :))

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

40 minit
2-3 orang
  1. bahan untuk udang
  2. 6ekor udang harimau (size sederhana)
  3. 1 sudu tehbutter/majerin
  4. 2sudu besar susu full cream
  5. Secubit garam
  6. 1 sudu tehgula
  7. 1 sudu tehserbuk secukup rasa
  8. bahan telur bersarang
  9. 3biji telur (ambil kuning sahaja)
  10. 15 helaidaun kari
  11. 7tangkai cili padi (hiris)
  12. Minyak untuk digoreng
  13. 2sudu besar butter/majerin
  14. 1 sudu tehserbuk secukup rasa
  15. 1 sudu tehgula

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Ini adalah contoh bahan sukatan saya. Saya lebih gemar menggunakan sudu sebab lebih tepat dan mudah.

  2. 2

    Step pertama adalah cara buat sarang. Sediakan 3 biji telur kuning. Pukul hingga sekata.

  3. 3

    Dengan menggunakan penapis, tapis telur yang dipukul tadi. Ia bertujuan untuk tapis telur yang masih berketul dan sisa telur putih yang melekat.

  4. 4

    Minyak yang digunakan hendaklah banyak. Masukkan 2 sudu butter/majerin ke dalam minyak. Pastikan minyak itu suam jika disentuh. Jika minyak terlalu panas, tutup api dan biarkan suam. Kerana minyak yg panas akan menyebabkan telur itu cepat masak dan berketul.

  5. 5

    Godak minyak tersebut dengan pusingan arah jam. Kemudian masukkan sikit demi sikit bancuhan telur tadi hingga habis. Teruskan kacau ikut arah jam.

  6. 6

    Adjust api (besarkan api), gunakan teknik tarik seperti teh tarik. Hati-hati kerana minyak akan terpercik.

  7. 7

    Sepanjang proses ini, buih yang dihasilkan akan lebih banyak dan kembang. Gambar yang terakhir adalah buih yang terbaik.

  8. 8

    Sesudah buih tu mengembang, masukkan hirisan cili padi dan daun kari.

  9. 9

    Masukkan bahan perasa seperti gula, Ajinomoto dan secukup rasa.

  10. 10

    Apabila kesemua bahan sudah sebati, tapis sarang telur dan biarkan seketika sehingga minyak pada permukaan sarang itu berkurangan.

  11. 11

    Untuk udang pula, goreng udang pada suhu minyak yang panas. Apabila udang sudah bertukar warna, angkat dan toskan.

  12. 12

    Dengan menggunakan pan atau kuali, masukkan butter dan susu.

  13. 13

    Kemudian masukkan bahan perasa seperti serbuk secukup rasa dan gula.

  14. 14

    Masukkan udang yang digoreng tadi. Gaul sebati.

  15. 15

    Siap.. lapiskan udang tersebut dengan sarang yang telah anda hasilkan.

  16. 16

    Sedia untuk dihidang!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen (13)

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
lamanya tak buat ni.. sedap ratah sarang2 tu hihi #love

Ditulis oleh

Dapur Chef Husnil
Dapur Chef Husnil @chefhusnil83
pada
Selangor
Carier : Chef 👨🏼‍🍳YouTube : Dapur Chef Husnil 🎥Hobby : Blogging, Cooking, GymLove my lovely wife🧕🏻 & little princess 👧🏻
Baca lagi

Resipi Sepertinya