Kuetiaw Gorengku

Aku memang suka makan kuetiaw goreng lagi lagi yang basah. Dulu pernah 2, 3 kali je goreng kuetiaw sendiri. Malas nak masak sebab selalu tak jadi macam makan kat kedai. Macam ada je benda yang kurang.
Lepas tu bertahun tahun aku tak pernah buat kuetiaw goreng. Sampai la masa PKP baru baru ni aku macam teringin nak masak so beli kuetiaw dan cuba cari sana sini petua nak goreng kuetiaw.
Akhirnya aku ada terbaca resepi dan tips kat google dan terus je buat. Alhamdulillah menjadikkkk dan sedapppp! Anak anak puji dan semua makan sampai licin. 😋
Sejak dari hari tu tiap minggu aku beli dan goreng kuetiaw sebab anak sulong aku memang hantu kuetiaw. So sekarang makan la puas puas kat rumah. Goreng je licin. Mama is happy. SELAMAT MENCUBA! 😍
Kuetiaw Gorengku
Aku memang suka makan kuetiaw goreng lagi lagi yang basah. Dulu pernah 2, 3 kali je goreng kuetiaw sendiri. Malas nak masak sebab selalu tak jadi macam makan kat kedai. Macam ada je benda yang kurang.
Lepas tu bertahun tahun aku tak pernah buat kuetiaw goreng. Sampai la masa PKP baru baru ni aku macam teringin nak masak so beli kuetiaw dan cuba cari sana sini petua nak goreng kuetiaw.
Akhirnya aku ada terbaca resepi dan tips kat google dan terus je buat. Alhamdulillah menjadikkkk dan sedapppp! Anak anak puji dan semua makan sampai licin. 😋
Sejak dari hari tu tiap minggu aku beli dan goreng kuetiaw sebab anak sulong aku memang hantu kuetiaw. So sekarang makan la puas puas kat rumah. Goreng je licin. Mama is happy. SELAMAT MENCUBA! 😍
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan bahan. Rendam kuetiaw dengan air biasa sekejap je dalam 5 minit. Sambil sambil leraikan satu per satu. Jangan rendam lama nanti kuetiaw kembang. Angkat dan toskan.
- 2
Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukkan telur dan kacau hancur hingga masak. Ketepikan.
- 3
Gunakan minyak yang sama tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili boh. Kacau sekejap.
- 4
Kemudian masukkan bebola ayam. Kacau sekejap. Masukkan cili sos, kicap manis, kicap pedas, sos tiram dan telur yang di goreng hancur tadi. Kacau hingga sebati.
- 5
Masukkan udang dan kuetiaw. Kacau hingga semua sebati. Jika nampak kering tambahkan sedikit minyak. Jangan tambah air sebab nanti kuetiaw akan kembang dan lembik. Tak sedap la. Masukkan pula daun kucai dan taugeh. Gaul sebentar hingga sebati.
- 6
Akhir sekali perasakan dengan garam jika perlu. Saya suka letak kicap banyak banyak sebab nak warna sedikit gelap. Tutup api. Tadaaaa! Siap dah kuetiaw gorengku. Boleh tabur hirisan cili merah, daun sup dan perahan limau kasturi. Sedap di makan panas panas. SELAMAT MENCUBA! 😍
Resipi Sepertinya
-
Burger Telur Mata Burger Telur Mata
Lama betul tak makan benjo. Dulu aku tak tau benjo tu apa. Sekali cuba terus suka. Simple dan sedap.Tapi aku tak pernah lagi buat sendiri. Biasa beli je kat tepi jalan tu. Untuk contest #telurantarabangsa ni aku pun cuba buat. Tapi aku takde acuan bulat tu. Aku goreng je macam biasa. 😁Fuhhh sedappp. Anak anak first time tau ada burger telur mata ni. Semua tak sabar nak makan. SELAMAT MENCUBA! 😍#telurantarabangsa#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Ayam Masak Cili Kering Ayam Masak Cili Kering
Alkisahnya sebelum PKP baru baru ni aku ke Teluk Batik beberapa hari. Dan selama di sana kami makan di satu restoran yang terletak depan hotel kami.Aku oder ayam masak cili kering dan beberapa menu yang lain. Ya Allah sedap giler ayam cili kering tu sampaikan aku teringat ingat hingga hari ini.Maka bila dah mula PKP ni aku masak la kat rumah makan dengan suami dan anak anak. Alhamdulillah semua suka dan habis licin. Puas hati bila dapat buat sendiri dan dapat makan sepuasnya. SELAMAT MENCUBA!😋#minggu4#1minggu1resepi#CookpadMalaysia Nor Zahida Aini -
Telur Rebus Masam Manis Telur Rebus Masam Manis
Bila hari hari masak siang malam sampai dah buntu fikir menu apa nak masak. Lagi lagi musim PKPB ni memang kena berjimat selagi boleh.Sebab kat rumah ada banyak telur so hari ni aku cuba masak telur rebus masam manis. Selalu aku buat telur mata cicah dengan roti. Kali ni kita kasi tukar. Menu telur memang laku keras dalam rumah ni. 😁Alhamdulillah anak anak duk puji kata sedap sangat lauk ni. Berebut semua makan. Makan dengan ikan goreng je pun dah cukup. Kenyang perut dan jimat sangat. SELAMAT MENCUBA! 😍 Nor Zahida Aini -
Ikan Masak Kicap Bersayur Ikan Masak Kicap Bersayur
Bila anak anak tak sekolah dan suami pun WFH maka setiap hari memang kena masak la. Pening nak pikir lauk apa nak masak.Anak anak semua memang hantu kicap. So arini aku masak ikan selar masak kicap. Tapi sebab malas nak masak sayur nanti maka aku campakkan je sekali sayur dalam tu. Jadilah lauk 2 in 1. Jimat masa kan.Lauk ni memang seminggu sekali wajib ada. Nasiba senang dan cepat je nak masak. SELAMAT MENCUBA! 😋 Nor Zahida Aini -
Nasi Impit Goreng Nasi Impit Goreng
First time makan nasi impit goreng ni masa beraya rumah pakcik beberapa tahun lepas. Tak tau pun memang ada menu ni kat Johor. Mula mula memang rasa pelik sebab biasa makan dengan kuah kacang je.Tapi bila dah makan ermmm sedap pulak. Kebetulan semalam buat lontong dan ada lebih nasi impit. So kita masak la nasi impit goreng resepi ikut suka tekak sendiri. First time masak ni. Eh sedap jugak.Bagi orang Johor memang dah biasa makan menu ni. Tapi bagi saya menu ni sangat unik kerana memang tak pernah terfikir nak goreng nasi impit. Selalu bila tak habis di buang begitu saja. Sayang kan?So sekarang dah tiada pembaziran. Menu ni memang unik sangat bagi saya. Lain dari yang lain. Jom cuba! 😍#unique2u#goldenapron2020#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Ayam Goreng Kunyit Petai Ayam Goreng Kunyit Petai
Aku ni suka makan petai. Tapi anak anak tak suka dorang kata busuk. Baru baru ni beli petai tapi tak tau nak masak apa. Biasa masak sambal udang petai je.Tapi hari ni udang takde. Tengok dalam peti ais ada isi ayam. Boleh la kita masak apa yang ada. Janji campak petai fuhh mabeles. Maaf ye anak anak lauk busuk mama masak arini. 🤣Geram je dorang tengok ayam tu ada petai pulak. Puas hati mama dapat makan puas puas takde rebutan lauk. SELAMAT MENCUBA!😋#minggu2#1minggu1resepi#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Makaroni Goreng Kari Makaroni Goreng Kari
Bangun pagi buntu tak tau nak masak apa dah. Anak anak tengok nasi lemak, roti canai dan kuih muih semua dah jemu nak makan.Aku pulak tetiba rasa nak makan makaroni goreng. Nak buat pedas pedas nanti si kecik tak makan pulak. So aku ejas guna serbuk kari ada rasa pedas pedas jugak tapi ok la.Alhamdulillah anak anak dan asben suka sangat sampai bertambah tambah makannya. Si kecik cakap “mak sape la ni dah la pandai masak sedap pulak tu.” Bodek ke apa tu? Hahaaa 😝SELAMAT MENCUBA! 😋#minggu3#1minggu1resepi#cookpadmalysia Nor Zahida Aini -
Korean Garlic Cheese Bread Korean Garlic Cheese Bread
Minggu ni giliran #viralkoreanfood pulak untuk resepi bonus #goldenapron2020. Puas la duk fikir nak masak apa. Sebab aku bukan penggemar makanan korea.Akhirnya aku pilih roti viral ni sebab roti semua orang makan. Lepas tu bila tengok gambar memang berkocak la usus ni. 😂Mula mula memang aku uli dan buat roti sendiri. Gigih tau menguli malam malam. Pagi tadi buat cheese dan sos garlic. Siap bakar 1st round. Sekali habis semua encik suami makan. Sedap katanya. Gambar tak ada. 😭Aku dah malas nak uli roti lagi. So jalan selamat aku guna je roti burger bulat tu. Sumpah senang keje. Zass zasss potong, sumbat bahan dan bakar 6 biji roti. Kejap je semua licin.Nasib baik sempat snap gambar. Puas hati bila buat sendiri ni. SELAMAT MENCUBA! 😍#viralkoreanfood#goldenapron2020#cookpadmalaysia#bonus Nor Zahida Aini -
Telur Mata Kicap Pedas Telur Mata Kicap Pedas
Sejak PKPB ni kadang kadang rasa dah tak tau nak masak apa dah hari hari. Buntu nak perah otak fikir menu untuk keluarga.Dah bosan asyik makan lauk bergulai so hari ni aku masak telur mata kicap pedas. Memang telur ni antara menu paling laris dalam rumah ni. Hari hari wajib ada.Alhamdulillah senang dan pantas di sediakan. Makan dengan nasi dan ikan goreng panas panas. Fuhhhh layannn. Anak anak pun semua suka. SELAMAT MENCUBA! 😋 Nor Zahida Aini -
Sambal Udang Petai Sambal Udang Petai
Lauk ni memang susah nak tolak kalau ada depan mata. Aku suka udang. Aku suka petai. Aku mula pandai makan petai ni dari kecik lagi sebab arwah Umi suka masak lauk ni.Mula mula dulu aku tak pandang pun. Tapi suatu hari aku cuba la rasa sikit. Walawehhhh sedappp sangat rupanya. Lagi lagi kalau makan petai mentah. Rangup krup krap. 😋Setiap kali masak menu yang ada petai mesti anak anak akan cakap "eee apa ni mama. Busuknyaaaaa bau!!". Pastu semua lari keluar dari dapur. 😅Sorry la sayang walaupun busuk namun ia tetap menjadi pojaan hati mama dari dulu, kini dan selamanya. JOM CUBA! 😍#goldenapron2020#minggu25#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Telur Dadar Lapis Sosej Telur Dadar Lapis Sosej
Telur dadar memang menu wajib setiap hari. Kalau tak ada boleh murung nak makan. Nampak tak semua hantu telur kat rumah ni.Tapi hari ni saja la cuba tambah sosej pulak. Sebab anak anak hantu sosej jugak. Jenuh pikir sosej ni nak masak apa kalau nak makan dengan nasi. Akhirnya tingggg! 💡Baik campur je sekali dalam telur. So kira menu 2 in 1 la. Jimat mas dan tenaga. 😁Pehhh bau dia memang sedap. Anak anak excited nak makan. Dorang kata macam pizza la mama. Tapi memang sedap. SELAMAT MENCUBA! 😍#telurantarabangsa#goldenapron2020#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Ayam Masak Kicap Berapi Ayam Masak Kicap Berapi
Hari hari makan ikan pun bosan jugak. Sesekali kita masak ayam pulak. Kali ni kita masak menu kegemaran anak anak dan bapaknya jugak.Menu ni sangat mudah di sediakan. Bahannya pun simple je. Memang tak pernah jemu di makan lagi lagi dengan nasi panas panas dan telur dadar. Perrghh! Tak sedar licin 2 pinggan.SELAMAT MENCUBA! 😍#goldenapron#minggu23#cookpadmalaysia#satupohonsaturesepi Nor Zahida Aini
Lebih Banyak Resipi
Komen