Nasi Dagang Terengganu

#goldenapron2020
#unique2u
#cookpadmalaysia
Setiap kali Hari Raya, pasti ada menu nasi dagang air tangan mak. Tak kira la Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha. Menu wajib bagi mak. Sebab tak ramai yang buat.
Sekarang mak tak brapa sihat. Lama sangat dah xdapat rasa nasi dagang. Gigihlah belajar masak nasi dagang sebab tinggal di negeri orang susah sangat nak jumpa nasi dagang rasa macam mak yang masak.
Nak dapatkan rasa nasi dagang tu macam mak yang masak, bahan2 pun kena lah import dari Terengganu. Balik kampung mesti cari bahan2 ni untuk dibawa balik tempat tinggal.
Alhamdulillah..kali ke2 buat, menjadi macam nasi dagang mak. Kalau dulu rasa impossible nak masak nasi dagang ni sebab agak rumit. Tiada yang mustahil. Anak mak boleh masak nasi dagang akhirnya. 🥰🥰🥰
Nasi Dagang Terengganu
#goldenapron2020
#unique2u
#cookpadmalaysia
Setiap kali Hari Raya, pasti ada menu nasi dagang air tangan mak. Tak kira la Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha. Menu wajib bagi mak. Sebab tak ramai yang buat.
Sekarang mak tak brapa sihat. Lama sangat dah xdapat rasa nasi dagang. Gigihlah belajar masak nasi dagang sebab tinggal di negeri orang susah sangat nak jumpa nasi dagang rasa macam mak yang masak.
Nak dapatkan rasa nasi dagang tu macam mak yang masak, bahan2 pun kena lah import dari Terengganu. Balik kampung mesti cari bahan2 ni untuk dibawa balik tempat tinggal.
Alhamdulillah..kali ke2 buat, menjadi macam nasi dagang mak. Kalau dulu rasa impossible nak masak nasi dagang ni sebab agak rumit. Tiada yang mustahil. Anak mak boleh masak nasi dagang akhirnya. 🥰🥰🥰
Cara Memasak
- 1
CARA MASAK NASI DAGANG. Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.
- 2
Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.
- 3
Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.
- 4
Masukkan semula ke dlm pengukus dan kukus sehingga masak.
- 5
Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.
- 6
Kemudian rata dan kemaskan nasi. Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan2 sambil digembur2kan.
- 7
CARA MASAK GULAI IKAN NASI DAGANG. Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam gelugor dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap.
- 8
Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili boh sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.
- 9
Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula.
- 10
Masukkan cili padi. Renihkan sebentar. Bolehlah angkat dan dihidangkan.
- 11
Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal. Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.
- 12
CARA BUAT ACAR TIMUN. Timun dihiris. Satukan cuka, gula dan garam sehingga hancur. Gula mesti lebih baru nampak ianya berkilat.
- 13
Masukkan bawang besar, cili besar dan timun yang dihiris tadi.
- 14
Selamat menjamu selera ☺️☺️☺️☺️☺️☺️☺️
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Gulai Nasi Dagang Terengganu Gulai Nasi Dagang Terengganu
Gulai nasi dagang TerengganuKebiasaannya warna nya agak gelap...Ianya gelap disebabkan campuran rempah..Part gulai pun ramai ulama nasi dagang pertikaikan...Tapi bagi Alin senang..kita selesa yang macamana..sedap kat tekak kita cara macamna...harr ikut je cara yang kita suka..Style 1 = ada yang lebih suka masukkan santan dahulu ...dan tunggu santan tu nak hampir hampir nak pecah minyak ..kemudian baru masukkan bahan lain..Style 2 = tumis dulu cili BOH/ cili kisarBaru masukkan bahan lain..Ada yang suka masukkan belacan dan kerisik...Tapi resepi Alin...Alin tak masukkan...belacan sebab ada orang alahan dengan belacan kan..kerisik pun tak masukkan...Sebab Alin xsuka kuah terlalu pekat atau terlalu cair ..suka yang sedang sedang je ..sebab tak nak cepat rasa muak..Nak lagi sedap..dan untuk bangkitkan aroma..penghujungnya boleh masukkan sedikit halba... Tapi Alin xmasukkan pun...cukup je lah bau dan rasa halba tu dari nasi je..😊😊Kuah nasi dagang ni tak perlu masak banyak pun..kena tengok anggaran nasi dagang kita masak..sebab kuah nasi dagang tak sama macam kita makan nasi kandar kena sedikit banjir ..nasi dagang..dalam satu senduk kecik atau anggaran 50gram dah cukup untuk satu pinggan hidangan..Kuah pula tak boleh terlalu pedas ..sebab ianya akan menggangu rasa kuah tu ..sebab itu fungsi cili api di tabur atas gulai tu..supaya .time nak makan tu..bagi yang suka pedas..boleh pecahkan cili api tu semasa makan nanti..untuk rasa pedas... FZ Adzlin -
Nasi Dagang Nasi Dagang
Zaman serba moden. Zaman pkp. Kalau dulu, rasa nak makan nasi dagang, start enjin, bercuti ke Terengganu. Zaman pkp, nak makan nasi dagang, kalau takde orang jual yang betul2 asli Terengganu, frust sangat. Nak masak rasa leceh.Leceh? Kali ni tak leceh dah. Beli je pack satu set Nasi Dagang FLY, dalam dah lengkap beras nasi dagang, biji halba , dan rempah gulai ikan.Untuk first timer macam faa, Alhamdulillah. Menjadi nasi dagang faa. Suami faa org Terengganu cakap lulus. Alhamdulillah. Jom tengok macam mana nak masak Nasi Dagang FLY 💯 Terengganu ni. Kakak Faa -
Gulai Daging Terengganu Gulai Daging Terengganu
Alhamdulillah dapat rasa daging korban hari ke-3 raya..saya masak gulai versi negeri kelahiran saya Terengganu..wajib letak rempah gulai & rempah masak cap Rose..ia merupakan rempah yg istimewa menyedapkan gulai & biasanya banyak terdapat di Terengganu. Memandangkan ia mendapat sambutan ramai..sekarang dah ada terjual di luar negeri Terengganu. Bila masak gulai ni mesti teringat kat mak..kalau saya balik ke Terengganu nak balik ke Klang semula, mesti mak akan bekalkan nasi minyak & gulai daging ni..gulai mak tetap yg terrbaaiikk.. Kpd Lailer boleh la try masak gulai daging ni utk memikat hati & menambahkan lagi ikatan cinta & kasih sayang dengan Jekfer 😍 Nor Al Fatihah -
Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Terengganu Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Terengganu
💚2168/3k💚💚107/2025💚#InspirasiAidiladhaUntuk hari raya aidiladha boleh jer nak tukar selera untuk seafood... Gulai ikan ni sedap makan dengan nasi dagang / nasi putih..Mamy masak ni utk open house.. mamy_kitchen89 -
Nasi Dagang Terengganu #phopbylinimohd #batch17 Nasi Dagang Terengganu #phopbylinimohd #batch17
Resepi nasi dagang versi cepat.. tidak perlu kukus... hanya tanak nasi macam biasa...cepat dan senang... Nur Asilah Mohamad Nor -
Nasi Dagang Terengganu Nasi Dagang Terengganu
Sebenarnya nak buat nasi dagang bukanlah susah mana...cuma nak dapatkan rentak tu..kita kena try n error...walaupun Alin anak jati Terengganu..dan mak memang buat berniaga dari dulu ..tapi selaku anak bongsu,Alin memang tak ambik kisah ..Orang cakap "tau makan je"Bila dah berkahwin..keinginan nak buat membuak buak ..tapi malas buat sebab takut tak sedap macam mak buat ..tapi kalau beli sekalipun tetap tak kena selera...bila dah dibesarkan dengan menu nasi dagang ..siang ke malam .. kat Terengganu ada je orang meniaga .jadi lidah dah rasa pelbagai tempat nasi dagang kat Terengganu..Apabila mak turunkan resepi ..pesan mak... "Xyoh nok lorat" (tak payah nak kalut/tau nak cepat je)Masak nasi dagang kena rileks je katanya😆😆Setakat ni Alin jumpa .Nasi dagang terdiri dariBeras biasa + beras pulutBeras Siam wangi +beras pulut / beras wangi semata tak campur beras pulut dahBeras Basmathi +beras pulut / beras Basmathi sahaja tak campur beras pulut ..Kalau cerita bab beras yang digunakan ..Ulama nasi dagang ramai dah berkelahi pasal ni..😛Tapi bagi Alin senang . Pakai lah beras apa yang rasa sedap dengan tekak sendiri .. dan terpulang lah nak kukus cara tradisional atau guna PC...Untuk beras Basmathi..Alin 1st time cuba... Serius sedap...dan cepat kenyang .dan paling penting tak muak ..Resepi mak Alin bagi ni .Alin derhaka part jenis beras je ..cara dan tips masih sama .Jenis Beras =jasmine parboiled pusa cream FZ Adzlin -
Nasi Dagang Ekspress Nasi Dagang Ekspress
Bila nak masak nasi dagang, pikir je dah rasa renyah.Kalau teringin sangat, jom cuba resipi Nasi Dagang Ekspress versi faa.Rasa tak de lah 100% autentik original nasi dagang, tapi hampir 88% sama.Ekspress kan.Boleh laa buat time raya nanti. Kalau ada tetamu nak datang mengejut, buat je menu ni. Mesti tetamu kagum. Aggiteww. Kakak Faa -
Nasi Minyak & Gulai Daging Terengganu Nasi Minyak & Gulai Daging Terengganu
Setiap kali hari last saya kat kampung, mak mesti buat nasi minyak & gulai daging untuk saya bawa bekal dlm perjalanan. Dan saya mesti tolong mak masak, bangun awal pukul 2-3 pagi.. Hari ni teringin lagi nak makan sebab nasi minyak mak buat sedap sangat.. Daging batang pinang ni pun yg mak saya jugak beri..hihii..letak dlm icebox sepanjang perjalanan dari Terengganu sampai ke Klang.. Saya ikut betul2 resepi mak saya. Gulai daging ni menggunakan rempah gulai & rempah masak istimewa di mana rempahnya banyak terdapat di Terengganu..tapi sekarang mungkin permintaan tinggi..ianya boleh di dapati di Shopee & di kedai2 tertentu. Alhamdulillah..anak2 puji sedap saya buat..bertambah2 diorang makan nasi 😍 Nor Al Fatihah -
Gulai Ikan Aya Nasi Dagang (Terengganu) Gulai Ikan Aya Nasi Dagang (Terengganu)
Gulai padanan nasi dagang. Selain gulai aya, juga sedap dipandankan dengan gulai ayam. Kalau kat kampung, bila ikan atau ayam dalam gulai dah habis, masuk aje telur rebus dalam baki kuah gulai. Sebab anak2 buah yang kecik2 lebih memilih ayam dan telur berbanding ikan.Gulai nasi dagang Atas Tol,Tganu tak bubuh santan rasanya lah..TM6 Thermomix 6 Sesimple Loralin -
Gulai Ayam Terengganu Gulai Ayam Terengganu
Kali ni buat gulai ayam terengganu.. Lawan dengan nasi hujan panas..Rempah yang digunakan tentunya rempah gulai dan rempah masak cap bunga rose..Rempah ² ni tidak asing lagi bagi warga pantai timur terutama Terengganu..Rempah yang sama jugak di gunakan bagi menghasilkan gulai ikan tongkol untuk nasi dagang.. FZ Adzlin -
Nasi dagang 3 minit Nasi dagang 3 minit
Bila selera teringin nak makan nasi dagang datang takde siapa² boleh halang..kebetulan 2 hari lepas CheTa kepasar nampak ikan tongkol segar sangat..CheTa pun decide untuk buat nasi dagang..sedap juga kan😋 Ramai cakap buat nasi dagang ni cerewet..tapi bila kita buat sendiri takde la cerewet mana..jom...buat sama²😍@acik_dapo @sasha_sabrina ZuitaAisyah -
Nasi dagang, gulai ikan aye & acar timun Nasi dagang, gulai ikan aye & acar timun
Walaupun mak orang kelantan.. tapi nasi dagang ni menu yang paling rare kami makan. Jadi kebetulan raya haji haritu.. ibu mertua request nak makan.. jadi gagahkan jua untuk masak..Alhamdulillah.. menjadi...Cara saya mungkin berbeza dengan yang ori kelate.. tapi rasa masih ada urrmmphh.#masakannegeri#semangatmerdeka#goldenapron Mazwin
Lebih Banyak Resipi
Komen
#mentorlove