Ayam Kam Heong

Resipi ni memang banyak lalu lalang kat wall cookpad ni. Tertanya-tanya jugak lah apa mende lah Ayam Kam Heong ni 🤭. Ni pun tertarik dengan resipi Sis Nor Zahida Aini. Tu hakak masak jugak tu. Nak tau apa rasanya. Hokey bila cuba buat, baru tau yang ayam ni macam masak kicap tapi letak rempah kari. Sekali rasa macam kuah shellout je, tapi lauk dia ayam 😬. Actually not bad rasanya. Sedap juga ehh untuk pertama kali mencuba. At least, adalah variasi sikit dalam masakan ye dak..😘
Cara Memasak
- 1
Ayam digaul dengan kunyit dan garam. Goreng sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan minyak.
- 2
Tumis bawang besar yang dihiris halus, bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
- 3
Masukkan serbuk kari yang dibancuh degnan sedikit air. Masak sehingga mendidih. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap lemak manis dan air. Masak sehingga kuah pekat.
- 4
Masukkan ayam yang digoreng tadi dan bawang besar yang dipotong bulat (garam tidak dimasukkan ke dalam kuah, sebab sos yang digunakan sudah ada garam, namun jika rasa kurang masin. boleh masukkan garam ke dalam kuah ini). Masak sehingga pekat. Tutup api.
- 5
Sedia untuk dihidangkan (tabur daun bawang untuk hiasan). Selamat mencuba.
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Ayam Kam Heong Ayam Kam Heong
#goldenapron2020Makan dengan nasi panas-panas ni memang menyelerakan. Baru tahu maksud Kam Heong itu "Wangian Keemasan". Patutlah harum masa menumis dengan bau rempahnya lagi. RH Kitchens -
Ayam Kam Heong (versi berkuah) Ayam Kam Heong (versi berkuah)
Tak ingat dah first time makan kam heong ni kat mana. Tapi memang suka rasa dia. Dah makan terus in love gitu 😍Sekarang memang selalu masak kam heong ni. Bila jemu makan ayam kita buat ikan masak kam heong. Sedap oiii. 😋Resepi asal dia jenis macam kering2 je tak de kuah. Tapi biasa la kita derhakakan dia kita buat versi berkuah pedas2. Kita ejas la ikut tekak kita kan?Macam ala ala lauk kari tapi jenis kering dan takde santan. Bila makan pun tak rasa muak. Nanti korang cuba la masak mesti jatuh tangga. Eh jatuh hati. 😋SELAMAT MENCUBA! 😘#goldenapron2020#minggu19#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Kam Heong Udang Mommy Kam Heong Udang Mommy
Actually not sure ni resepi kam heong ke dok.. Nobody's business -
Daging Kam Heong Daging Kam Heong
Selalu masak ayam atau udang kam heong. Faa cuba pulak Daging Kam Heong. Memang terangkat habis.#goldenapron2020 Kakak Faa -
Daging Kam Heong || { Kam Heong Beef } Daging Kam Heong || { Kam Heong Beef }
#goldenapron2020 #cookpadmalaysiaRaya Haji esok ni tapi tak tahu nak masak apa? Setiap tahun makan yang sama saja. Mungkin inginkan kelainan dan sesuatu yang istimewa? Pernah cuba masakan kam heong? Haaaa okay kali ni saya nak share menu istimewa iaitu Daging Kam Heong.Raya korban tahun ni tak dapat balik ke mana2. Tak dapat balik Kelantan mahupun Johor. Tersekat di ibu kota yang padat bersama anak bini. Takpe la mungkin takde rezeki tahun ni nak berkumpul dengan sedara mara. Jauhi covid, patuhi sop. Kita jaga kita.Apa-apapun terima kasih kerana sudi simpan dan cuba resepi saya ni. Saya suka share dan saya juga suka ambil ilmu dari org lain. Belajar dan terus belajar.Ok dah jom masak! Dapur Chef Husnil -
Ayam Masak Kam Heong Ayam Masak Kam Heong
Tertengok cookpadies masak ayam kam heong ni kan, sedap la pulak. Saya pun buat juga la 🤣🤤. Resepi olah sedikit cara saya😍. Jom masak ✌🏽🥰. Ain Mohd Kitchen -
Sotong Kam Heong Sotong Kam Heong
Sotong buat masak ala ala kam heong memang terangkat.Simple dan sedap.Confirm licin 💜 Kakak Faa -
Ketam Kam Heong Versi Sambal Ketam Kam Heong Versi Sambal
Versi yang diubah.. Masakan "Wangian Emas" atau Kam Heong terlajak sambal jadi pilihan gaul dengan nasi pun sedap, apatah lagi makan macam tu sahaja pun merecik sangat. Julia ALeen Aireish -
Ayam Masak Kam Heong Versi Senang Ayam Masak Kam Heong Versi Senang
Ini adalah versi yg paling senang iatu hiris2, tumis2 dan siap.. Sy tak gunakan cili kisar. Sy hanya gunakan sos cili utk rasa pedas.Ayam kam heong ni lebih kurang macam resepi ayam masak bali. Noor Atika Mahamood -
👩🍳Sotong Kam Heong 👩🍳Sotong Kam Heong
Cookpad Apron 2025 Week 4COOKPAD MAGIC CART WEEK 4🛒Sotong🛒Cili padiAyam Kam Heong, Udang Kam Heong…. Kali ni.. Sotong Kam Heong🤭#CookpadApron2025#CA20252442/3K66/2025 Mahadiah -
Kam Heong Chicken Kam Heong Chicken
107/365Trick to a yummy Kem Heong recipe is udang kering. Must have udang kering barulah boleh namakan resipi Kam Heong. Kalo tak rasa macam ayam masak kicap je. Audrey J -
Udang Masak Kam Heong Udang Masak Kam Heong
#Goldenapron2020Sekali sekala masak udang pun sedap juga kan. Kali ni kita masak kam heong pula. Makan dgn nasi panas tu menambah-nambah la pulak heheh 🤤😋. Jom masak ✌🏽🥰. Ain Mohd Kitchen
Lebih Banyak Resipi Pilihan
Komen (4)