Ramuan

1 jam
6 sajian
  1. 700 gramdaging lembu
  2. Lobak sebatang
  3. 1x Bawang Holland
  4. 6x tangkai cili akar hijau
  5. 4x ulas bawang putih
  6. 4sudu cili sos
  7. 4 sudu makancili kisar
  8. 3 sudu makansos tiram
  9. Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Seketul daging tu direbus sampai empuk. Kemudian diangkat dan dipotong nipis ikut saiz kemahuan anda.

  2. 2

    Bawang putih di cincang halus dan tumis sampai kekuningan

  3. 3

    Masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram, garam dan ajinotomo🤣. Letak kan air biasa ikut banyak mana kuah anda mahukan. Masak sampai agak pekat.

  4. 4

    Masukkan daging tadi dan letak air sekali lagi untuk serapkan rasa daging tadi dalam kuah. Masak sampai pekat kuah tu.

  5. 5

    Langkah akhir... Masukkan bawang holand, lobak dan cili api tadi(masuk sebiji² terus). Masak lebih kurang 3 minit lagi untuk menambahkan dwi rasa masakan tu dan kerangupan sayuran tadi. Kalau ada kobis bunga masukkan sekali.. Then siap.

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen (2)

Rose Nani Nizah Nayan
Rose Nani Nizah Nayan @dapoq_cikrose21
Menarik tengok daging masak merah ni. TQ share resepi ni

Ditulis oleh

En Papa Zul Manje😁
pada
Ulu Yam Baru, Selangor
Saya ayah kepada 3 anak. Bekerja tetap. Mempunyai berbagai hobi orang lelaki seperti modofikasi kenderaan, melancong juga berangan. Disebabkan kecerewetan dalam pemilihan makanan, saya menjadi seorang yg suka memasak selamat semua jenis makanan dari kuih muih sehingga masakan harian. Banyak ilmu masakan saya pelajari dari pengalaman kerja mahupun dari tukang masak 'lejen' iaitu ibu saya.. Tapi saya tidak sehebat anda..
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan