Masak Bening Petola, Suhoon dan Tauhu

Tudiaa, panjang benor tajuk resipi hari ni🤣🤣🤣. Macam semua bahan nak ditulisnya ehh. Tapi sedap tau masak cenggini walaupun simple je. Niat masak untuk support diet suami. Tapi tadi hakak makan. Berselera benor 😅. Tapi idak ler verani2 tambah nasi. Meratah lauk je tadi. Kata diet 😌😜
Masak Bening Petola, Suhoon dan Tauhu
Tudiaa, panjang benor tajuk resipi hari ni🤣🤣🤣. Macam semua bahan nak ditulisnya ehh. Tapi sedap tau masak cenggini walaupun simple je. Niat masak untuk support diet suami. Tapi tadi hakak makan. Berselera benor 😅. Tapi idak ler verani2 tambah nasi. Meratah lauk je tadi. Kata diet 😌😜
Cara Memasak
- 1
Didihkan air. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan petola. Masak sehingga petola tu layu sedikit.
- 2
Kemudian masukkan tauhu, suhoon dan cili merah. Perasakan dengan garam. Didihkan seketika. Tutup api.
- 3
Sedia untuk dihidangkan. Makan dengan ikan bakaq pun sedap ehh🤭
- 4
Selamat mencuba😊
Resipi Sepertinya
-
Bendi Goreng Suhoon Bendi Goreng Suhoon
Minggu ni minggu suhoon gamaknya 🤭. Kali ni mix match dengan bendi pulak. Hari tu dengan petola. Tak sangka ni pun sedap jugak walaupun masa hidang tadi suami hakak sebut sorcerer 🧙♂️ pada hakak🤣🤣🤣. Jujur sangat tu untuk 1st impression. Tapi bila dah makan. Licin dia makan ehh.. So sedap letuuu ehh 😝. Well, bendi ni petik dari kebun kecil belakang rumah. Haruslah sedap, segar dan organik gittuu 😌 Salina Jalaludin -
Bening Cendawan Busut dengan Pucuk Asin Bening Cendawan Busut dengan Pucuk Asin
004/2024/Pejuang2kResipi/Cookpad5th/1804 #pejuang2kresipiWalaupun cendawan busut hakak ni hanya ada 2ketoi😅 tak kira nak masak dan bercerita juga. Actually suami tuai semalam. Hari ni baru masak, tu over kembang dah tu. Jadilah buat rasa-rasa. Disebabkan sikit sangat cendawan tu, hakak kutip ler pucuk asin untuk dijadikan partner. Idak ler banyak tapi cukup ler untuk suami hakak makan😊.Kisahnya gini, last week suami hakak Ada nampak cendawan busut ni kat sekolah dia. Disebabkan banyak kerja, dia gtau pada akak cleaner tentang cendawan tu dengan harapan deme kutip dan bagi ler sedikit pada dia as informer gituhh 🤭😂. Tapi Idak deme bagi. Deme kutip semua yang ada dan bawak balik cenggitu je 🤦🏼♀️. Jadi suami hakak punya ler menyesal sebab bagitahu dorg. Kisahnya kempunan letuu. Tu Bila semalam ditakdirkan tumbuh 2ketoi ni kat tepi rumah bawah pokok rambutan. Laju je dia kutip dan bawa masuk rumah. Tapi Idak ler masak semalam sebab ada kenduri sepupu kahwin..Tu hakak masak hari ni. Walaupun sedikit. Tadi licin dia makan dengan kuah2 dia hirup. Betul2 teringin tu. Alhamdulillah ada juga rezeki yer Allah bagi. Walaupun sedikit. Jangan Ada yang Tanya lak, tak beracun ke😅. Kalau beracun, Idak hakak taip resipi ni dan bercerita kisah ni di Cookpad 😆😌😝 Salina Jalaludin -
Tauhu Telur Brokoli Tauhu Telur Brokoli
90/2022/RoadtoWorldRecipes/1208Seminggu sudah kita sambut hari raya. Hakak masih ada di kampung 😅🤣. Ajer lama beraya. Hari ni pagi2 lagi abang ipar dah request suruh masak tauhu telur dengan brokoli. Hakak pun haa jela. Idak ler pandai makan sangat tauhu telur tu. Tapi dah ada request, sebagai tukang masak yang aim nak tambah resipi Cookpad harus ambil cabaran ni sebagai sesuatu yang positif 😂😂😂. Tapi tula gambaq langkah penyediaan ada sikit2 jela yer. Alhamdulillah percubaan masak resipi ni menjadi dengan jayanya. Sedap jugak ehh🤭.Resipi ni hasil inspirasi daripada bapa saudara suami yang merupakan seorang chef. Pagi tadi masa tanya resipi, sambil2 dia iron baju je dia citer masuk itu masuk ini😆. Hakak yang tengah bekfes ni, laju je hafal n hadam 🤣🤣🤣. Ok gituu ler sejarah resipi ni. Boleh cuba memang sedap 😋 Salina Jalaludin -
Pak Choy Tumis Tauhu Telur Pak Choy Tumis Tauhu Telur
197/2022/RoadtoWorldRecipes/1315❤️ #MatchmakerMonth Si Trio Telur, Terung & Tauhu Telur Tidak Mahu Bersendiri Lagi ❤️Sebelum ni hakak pernah masak tau tauhu telur. Tapi rasa dia semacam je 😅 Kali ni sebab ada cabaran, hakak kuatkan semangat juga ler untuk beli dan masak. Masa makan tadi, hakak terkejut 🤭 sedap sangat tauhu telur ni rupanya haaahahaha. 😆. Habis tu yang hakak makan dulu-dulu tu, tauhu telur apa ehh 😑 Tadi siap tanya suami lagi, dia kata dah rosak kot. Adehh...😅🤣😂.Jadi nasib ler hakak tak putus asa dan berani mencuba sekali lagi tauhu telur ni. Alhamdulillah sedap sangat 😋 Nak pulak dimasak dengan sos tiram sebegini. Untuk bagi efek pedas, taruk ler cili padi. Rasa macam nak repeat lagi masak esok ehhh 😌.Btw resipi ni inspirasi daripada Hani@cook_16480022 . Thank you dear 🥰❤️ Salina Jalaludin -
Laksa Mee Pangkor Laksa Mee Pangkor
#goldenapron2020 #minggu26 #cookpadmalaysiaKisah nak masak laksa Pangkor ni bila suami nak outstation ke Pangkor minggu depan. Jadi goggle ler menu best Yang boleh dimakan kat sana 🤭😂. Tetiba jumaat lepas, dia balik keje dan beritahu. Tak Jadi p Pangkor, kita p Lumut je😜. Tu hakak gigih cari resipi Laksa Mee Pangkor ni. Ada banyak variasi sebenarnya. Kuah pun ada banyak jenis. Ada kuah ketam, udang biasa, udang lipan, kuah ikan😬. Tapi yang hakak masak ni kuah ikan ler. Patutnya jernih je kuahnya, tapi hakak punya gigih p blender Isi ikan dan tulang ikan untuk ambil air tapisan tulang tu(udah gaya nak buat laksa biasa dah🤣🤣🤣). Jadi gituu lah😅. Ni bukan laksa mee asal. Tapi dah modifikasi ikut selera tekak sendiri je ni. Tapi sejujurnya gabungan semua bahan2 tu memang sedap😋. Walaupun 1st impression suami hakak. Dia boleh kata “ni menu hotel del luna” ke😆😆😆. Even weird pun, sedap hokeyy 😌 Salina Jalaludin -
Gulai Nangka Ikan Masin (Rintik Hujan) Gulai Nangka Ikan Masin (Rintik Hujan)
186/Julai2024/Pejuang2kResipi/Cookpad5th/1985 #pejuang2kresipi❤️ Global Apron 2024 Challenge 18 : Rainy Day ☔️ ❤️ #GlobalApron2024Feedback hakak dapat daripada mak sedara tentang gulai nangka ni adalah 🤭 “ajer sedap bebenor gulai nangka kamu masak ni kakak😆”. Yang hakak hanya mampu senyum sambil cover daripada hidung kembang jela 🤣. Tu hakak kabor, nak masak selalu tu idak ler boleh, nangkanya idak mandang 😅. Ni pun mak mentua bagi nangkanya siap rebus dah ehh. Balik rumah lebur je dalam kuali. Senang 😌.Resipi ni waktu hujan pun layan. Sebab sekarang ni hujan hampir setiap petang. Jadi lauk dinner ler kita buat 🥰Bahan yang digunakan :* halba (2 point)* biji sawi (1point)* haliaTotal = 3points 🎊 Salina Jalaludin -
Bihun Sup Ala Kedai Tomyam Bihun Sup Ala Kedai Tomyam
12/2021/RoadTo1k/697Sejujurnya PKP ni benar-benar menguji sesiapa sahaja. Hari ni hari ke berapa PKP 2.0 pun tak tahu dah ehh 😅 Ni tetiba je dapat tahu sambung lagi 2minggu. Haa ambikk. Jadi stay calm, cook & eat 😬.Kisahnya tetiba teringat nak makan bihun sup kedai siam.. Hahaha. Nak p order bungkus, tak mo ler. Jadi tadi kegigihan terserlah dengan p masak sendiri ehh. Alhamdulillah menepati citarasa anak tekak. Kedai siam ko tunggu..pas PKP hakak datang.. Hahaha... 🤣🤣🤣 Salina Jalaludin -
Laksa Changlun Laksa Changlun
188/2021/RoadTo1k/873Cerita ni agak kelakar tau bagi hakak😂Dahulu hakak pergi pasar malam dekat Canglun dengan roomate. Pergi lah ke sebuah gerai laksa ni. Order ler laksa untuk 2orang. Masa tengok peniaga tu bungkus laksa, tercengang kot kami berdua 🤭. Dia p bungkus laksa n kuah dalam satu plastik Yang besar. Pastu timun, daun selom, bawang dan cabai burung dia bagi cenggitu je tak potong 🤣🤣🤣. Dia sua plastik, hakak bayar n ambil laksa tu 😜.Dari gerai laksa tu sampai naik bas, sampai ke kolej kami berdua ketawa tak sudah. Balik bilik dan potong sayur2 tu pun sambil ketawa 😆. Bahagi laksa dan kuah sama banyak dan makan sama2 sambil enjoy the moment. Seriously memang tak tahu kenapa orang tu tak potong sayur2 tu dan bagi bungkus2 gitu jer. Tak nak bagi sayur tu rosak ke? Tapi tu memang 1st n last lah hakak beli pun🤪.Hari ni saje masak..untuk imbas kembali kenangan UUM 2005-2008 🥰 Salina Jalaludin -
Petola Masak Air Petola Masak Air
#goldenapron2020Selera tetiba rasa nak makan sayur masak air gitu.. bukan apa terpandang ayam goreng kunyit, goreng pula rangup sampai ke tulang. Ada pula sambal belacan ala-ala mak kita buat..apakan daya punah diet gandingan mantap 3 menu tu.. Kalau goreng ikan kembung, ikan sardin, ikan pelaling ke, aduhhh merecik ..best sangat makan ramai-ramai meriah sambil masing-masing fokus dalam pinggan, rasa piknik di tepi sungai aje hahaha.. pada hal di rumah je pun.. zaman covid nak pergi keluar berjimba jadi takut kan.. korang tak tau nak masak apa.. masak aje macam ni.. confirm tambah nasi. Julia ALeen Aireish -
Kerabu Pucuk Kaduk Kerabu Pucuk Kaduk
Hari ni hakak buat kerabu pucuk kaduk. Daun ni hakak petik dari kebun kecil belakang rumah je. 1st time cuba. Actually not bad🤭. Nak sedap lagi. Tadi hakak makan dengan nasi panas, pajeri rebung dan ikan goreng panas2. Fuhhh.. bertambah nasik. Masa makan seronok je. Tapi pas makan menyesal 🤣🤣🤣. Sebab terlebih makan nasi. Jadi conclusion nya, jangan buat selalu. Bahaya menu ni 😜 Salina Jalaludin -
Sup Kambing Ala Thai 🇹🇭 Sup Kambing Ala Thai 🇹🇭
61/2021/RoadTo1k/746❤️ Cookpad Passport ❤️ #cppassportDaging kambing ni hakak beli tadi. Suami pesan suruh beli untuk buat perap 🤭. Tapi saje ler beli lebih untuk buat sup untuk makan berbuka hari ni. Dah alang2 boleh masak menu oversea kan😂. Hakak masak ler menu Thailand pulak hari ni ehh. Masam-masam pedas gini memang sedap hirup kuah dia tau. Kiranya Maghrib tadi “Ke Thailand Ke Kita” 😆. Alhamdulillah puas hati rasanya menepati selera. Salina Jalaludin -
Gulai Lemak Kubis Ungu Gulai Lemak Kubis Ungu
Day183/366/2020/Julai/1Day112 #14harimencintaiku #PKPPTadaa..resipi hari ni warna purple uollsss 😂. Masa hidang untuk dinner tadi. Suami tanya, ni makanan Planet Namek ke? (yang tengok citer Dragon Ballz mesti tahu Planet Namek tau)🙄. Tu hakak jawab, dah guna kubis ungu. Mesti hasilnya ungu. Mana mungkin jadi warna kuning (nak menjawab jugak kan)🤣🤣🤣. Tapi hakak pun terfikir. Selalu kubis ni tengok orang buat salad je. Tak pernah pulak tengok orang buat masak lemak😅. Tapi gasak jela. Janji ada menu dinner yang mengenyangkan dan mampu kasik sendawa sekali dua ehh. Warna je pelik. Tapi tetap gulai lemak. Rasanya pun sama je 😌 (done, perempuan mana boleh kalah kan) Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen (5)