Sambal tempe goreng

nami
nami @namicook

Resepi arwah mak. Rasa masam manis pedas. Boleh dimakan bersama lauk ringkas seperti ikan/ayam/telur goreng bersama kicap.

Sambal tempe goreng

Resepi arwah mak. Rasa masam manis pedas. Boleh dimakan bersama lauk ringkas seperti ikan/ayam/telur goreng bersama kicap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 orang
  1. 1bungkus tempe RM1 (potong agak nipis & goreng garing)
  2. 1genggam ikan bilis (goreng garing)
  3. 1genggam kacang tanah goreng *optional
  4. 1sudu besar bumbu putih
  5. 2sudu besar cili kisar
  6. 1sudu kecil asam jawa dicampur 2 sudu kecil air. Ambil airnya sahaja
  7. 2sudu besar gula (kurangkan jika tak suka manis)
  8. Garam secubit/secukup rasa
  9. 1senduk minyak untuk menumis

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak masak guna api sederhana kecil. Masukkan bumbu putih + cili blend + air asam + gula.

  2. 2

    Tumis sampai betul2 masak dan berubah kaler maroon. Tambahkan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa manis, masam.

  3. 3

    Bila dh naik minyak (berbuih kecil) tutup api.
    P/S: Jika sambal terlebih garing, boleh tambah sedikit air & tumis lagi hingga naik minyak. Terus tutup api.
    biarkan sambal sejuk.

  4. 4

    Bila sambal dah sejuk, gaulkan tempe, ikan bilis & kacang tanah yg telah digoreng. Gaul hingga mesra. Siap untuk dihidangkan.

Resipi Pautan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
nami
nami @namicook
pada
Saya tak pandai masak. Tiap kali nak masak, kena rujuk nota yg simpan dlm phone. Jadi untuk lebih mudah, sy abadikan resepi2 pilihan saya disini (yg saya rasa senang & sedap). Lebih mudah nk rujuk selalu 😁 bahan2 simple je & mudah untuk disediakan. Kebanyakkan resepi inspirasi dari arwah mak & carian di internet kemudian saya olah mengikut tekak saya 😊
Baca lagi

Komen

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Dapat yang ni kompem makan nasi bertambah #love

Resipi Sepertinya