Soto Ayam 🇮🇩

97/2021/RoadTo1k/782
❤️ Cookpad Passport ❤️ #cppassport
Resipi soto ayam ni versi super simple yang hakak dah olah. Sebelum ni ada beberapa kali masak dah. Ada yang pakai pes, ada yang kena masak begitu, begini😅. Tapi ni langkah penyediaan yang paling mudah. Shortcut gituu. Yela nak makan sedap-sedap tapi nak cepat dan guna apa sahaja bahan di rumah. Jadi lepas ni semua orang boleh buat soto di rumah sendiri tau 🥰
Soto Ayam 🇮🇩
97/2021/RoadTo1k/782
❤️ Cookpad Passport ❤️ #cppassport
Resipi soto ayam ni versi super simple yang hakak dah olah. Sebelum ni ada beberapa kali masak dah. Ada yang pakai pes, ada yang kena masak begitu, begini😅. Tapi ni langkah penyediaan yang paling mudah. Shortcut gituu. Yela nak makan sedap-sedap tapi nak cepat dan guna apa sahaja bahan di rumah. Jadi lepas ni semua orang boleh buat soto di rumah sendiri tau 🥰
Cara Memasak
- 1
Bahan Kuah :
Bahan kisar dan bahan tumis ditumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam dan air. Perasakan dengan garam dan stok ayam pekat. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam empuk. Tutup api dan ketepikan. Asingkan ayam dan kuah. Ayam tu dicarik halus. - 2
Bahan Begedil :
Campurkan kesemua bahan begedil (kecuali telur). Bentukkan bulat. Celup dengan telur dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak. - 3
Bahan Sambal Kicap :
Campur semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sebati. - 4
Cadangan Hidangan :
Nasi impit diletakkan ke dalam mangkuk. Tuang kuah soto. Tabur isi ayam, kacang tanah goreng, taugeh, suhoon goreng dan begedil. Sedia untuk dihidangkan. Sambal kicap jangan dilupa. - 5
Selamat mencuba 😋
Resipi Sepertinya
-
Soto Ayam Nasi Impit Soto Ayam Nasi Impit
Soto Ayam Nasi Impit. Menu openhouse yang femes dan enak sangat 😉#MaratonRaya #CookpadMalaysia #PeraduanResipi #openhouse #mingguke6 Salina Jalaludin -
Mee Soto Ayam Mee Soto Ayam
Menu juadah raya yang kalau makan memang terbaik dan puas hati. Sebab menu ni lengkap dari kuah, mee, begedil dan sambal kicap yang lazat. #PhopbyLiniMohd #CookpadMalaysia #juadahraya Salina Jalaludin -
Laksa Utaqa 🇲🇾 Laksa Utaqa 🇲🇾
99/2021/RoadTo1k/784❤️ Cookpad Passport ❤️ #cppassportLaksa ni memang antara menu yang hakak masak sepanjang tahun. Setiap bulan mesti sekurang-kurangnya sekali masak. Suka tu tak tahu nak habaq macam mana pun tak tahu lah. Kadang-kadang masak makan sorang je pun. Tapi laksa kali ni hakak masak atas request suami. Yela tak dapat balik kampung kan. Hakak masak ni semasa hari raya ke3. Ikutkan hari ni, turn raya rumah mak mentua dah. Suami request nak laksa yang ada cucur macam mak dia buat tu. So as your request my dear. Laksa utaqa bercucur macam mak awak buat. Cuma rasa tu tak samalah. Masakan mak pasti lagi sedap. Tapi buat merawat rindu, ni jela termampu isterimu lakukan untukmu 😊 Salina Jalaludin -
Ayam Geprek 🇮🇩 Ayam Geprek 🇮🇩
94/2021/RoadTo1k/779❤️ Cookpad Passport ❤️ #cppassportAyam geprek merupakan ayam goreng tepung digiling atau digaul bersama-sama sambal. Tapi yang hakak masak ni, ayam goreng bersalut tepung serbaguna pedas, tidak dicampur sambal. Hanya ia dimakan dengan sambal pedas. Dihidangkan bersama-sama nasi putih dan ulam-ulaman. Resipi ni hakak Cooksnap dari Cookpader Nor Ariffin @nor_ariffin4818 ❤️ Salina Jalaludin -
Soto Ayam Soto Ayam
Seronok juga bila dapat tau raya terkejut ni . Kak Long ingat lagi dulu pernah sekali zaman tahun 90an , jam 8.30 semua keluarga tunggu depan tv dengar mohor raja-raja untuk umum raya. Tak macam sekarang, tv tak umum lagi whasup dah berderu-deru masuk bagi tau raya. Kalau dulu lepas berbuka , tengah bersiap nak pergi solat tarawih berhimpun dulu depan tv dengar pengumuman. Kalau umur esok raya terus melompat buat persiapan raya, kalau belum raya terus ke masjid untuk solat tarawih terakhir. Gitu la kisahnya.Untuk tahun ini raya ke 4, hari ini nak buat soto. Abah kak long pergi ke kedai untuk beli ayam. Tetapi semua kedai jual ayam masih bercuti. Abah terus call kak long, nasib la tak jauh dari rumah kak long ada kedai jual ayam sudah buka. Walaupun ramai yang booking nak beli ayam. Dapat la juga Asben kak long belikan seekor ayam. Bahan-bahan lain apa yang ada saja. 😂 . Kuah taruk lebih supaya semua dapat makan. Pandai tak . Nana Isya -
Bakso 🇮🇩 Bakso 🇮🇩
56/2021/RoadTo1k/741❤️ Cookpad Passport ❤️ #cppassportMenu ni hakak masak minggu lalu. Dah kebetulan pulak Cookpad anjurkan challenge Cookpad Passport ni terasa berguna pulak ehh resipi ni 🤭. Selalu bakso ni hakak beli dari seorang kakak di kawasan kejiranan ni. Dia buat bakso memang sedap tau. Katanya resipi dari mil dia yang memang orang Indonesia. Tapi sekarang ni dia dah tak berniaga dah. Jadi bila teringin & teringat tu. Halah2..tu gigih juga search beberapa resipi di Goggle dan masak tu..Resipi yang hakak temui di Goggle dia letak buah keras & tak letak daun salam. Tapi dalam bakso yang kakak ni jual ada daun salam dalam kuahnya. Jadi hakak pun ikut suka hati jela masak ikut apa yang hakak pernah makan. Alhamdulillah menepati citarasa. Lain kali boleh cuba masak lagi 🥰 Salina Jalaludin -
Soto Ayam Nasi Impit AidilAdha Soto Ayam Nasi Impit AidilAdha
150/Jun2024/Pejuang2kResipi/Cookpad5th/1949 #pejuang2kresipi❤️ All About Aidiladha 🐐🐂🐪 ❤️Hidangan soto ayam nasi impit di Hari AidilAdha pun menarik juga. Ini turut juga merupakan hidangan nasi yang pastinya membuatkan kita kenyang lebih lama berbanding hidangan lain. Gabungan nasi impit dan kuah soto ayam. Ditambah dengan bergedil kentang. Memang terbaik. Jom masak untuk raya minggu depan jom 🥰 Salina Jalaludin -
Ayam 3 Budak Gemok Ayam 3 Budak Gemok
105/2021/RoadTo1k/790❤️ Masak Apa Guna Back to Basic Ingredients ❤️Ayam ni dimasak selepas ternampak resipi dari Pn. Noraini Hamid di bahagian Resipi Apa Viral? Terfikir apa ler rasa ayam ni 😬. Dalam resipi ni, hakak guna basic ramuan adalah kicap..Hakak pun goggle juga nak tahu sejarah resipi ni. Bila dah baca baru tahu kisah tercetusnya resipi ni sehingga ia menjadi viral. Kisahnya 3orang adik beradik yang berbadan besar mengusahakan perniagaan ayam masak kicap. Sebab tu nama yang diberikan pada menu tersebut "Ayam 3 Budak Gemok". Dan kini mereka mempunyai 15 cawangan yang dibuka di Semenanjung Malaysia (yang terdiri daipada kedai makan, kiosk dan juga food court). Hebat kan mereka 🥰.Sejujurnya untuk pertama kali mencuba memang terasa kelainan. Ia macam masak kicap tapi diletakkan daun kari sebagai perasa tambahan. Bagi hakak sedap je. Suka sangat ❤️❤️❤️❤️❤️ Salina Jalaludin -
Satay Ayam & Daging Satay Ayam & Daging
Day131/366/2020/Mei/10#bazaarramadan #minggu4 #cookpadmalaysiaSatay ini menu yang diminta oleh suami. Menu ni hakak masa semasa Ramadan ke9 yang lalu. Punca tercetus idea nak makan satay ni, setelah suami melihat iklan rancangan Majalah3 di TV yang memaparkan cerita Satay Kg. Baru. Tengok dalam iklan tv tu nampak sedap sangat kan. Tu terus beli barang dan masak tu. Yela selalu kalau teringin boleh je beli di Bazaar Ramadan yang macam-macam ada. Tetapi tahun ni, kena "duduk di rumah". Maka kita masak ler satay sendiri. Ni pun bakar satay depan parking kereta rumah je tau. Memang sejenis kegigihan yang bukan kaleng-kaleng gituuu😬 Salina Jalaludin -
Soto ayam santan Soto ayam santan
#dudukrumahBiasa kita makan soto ayam berkuahkan sup ayam biasa tanpa santan. Tapi kali ni resepi sup ayam kita tambahkan dengan santan. Rasanya lebih berlemak dan enak. 😋 Sue Hana -
Ayam Bumbu Bali 🇮🇩 Ayam Bumbu Bali 🇮🇩
106/2021/RoadTo1k/791❤️ Cookpad Passport ❤️ #cppassportResipi tercetus teringin bila tengok drama "Live : Dari Kafe Kak Konah" hari sabtu yang lalu. Ada disebut menu Ayam Bumbu Bali dalam drama tu. Kikiki..🤭😂 dengan laju hakak goggle dan terjumpa resipi dari blog Citarasawan ataupun Kak Wan. Cuba lah buat. Walaupun derhaka sikit. Alhamdulillah sedap 😋 Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen