Mee Soto

Menu spesial hari ini Mee soto ayam dan begedil daging. Selamat hari minggu.
Mee Soto
Menu spesial hari ini Mee soto ayam dan begedil daging. Selamat hari minggu.
Cara Memasak
- 1
🍲 Sup Soto : Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, halia dan kunyit. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar halus.
- 2
Masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih. Gaul hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih, kemudian masuk ayam. Tambahkan kiub pati ayam. Biar hingga ayam masak.
- 3
Bila kuah sup mendidih, masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biar seketika, kemudian angkat dan tos ayam yang telah masak. Asingkan.
- 4
Goreng ayam dalam air fryer dengan suhu 185 darjah selama 25 minit. Setelah siap digoreng, racik daging ayam untuk bahan soto.
- 5
🥔 Begedil : Boleh gunakan isi ayam yang telah diracik tadi. Tapi saya gunakan daging kisar. Gorengkan kentang dalam air fryer dengan suhu 180 darjah selama 15 minit. Sementara itu, goreng daging kisar tanpa minyak. Daging kisar akan keluarkan lemak minyak. Tapis asing keluar lemak. Biarkan isi daging digoreng garing.
- 6
Setelah daging kisar dan kentang siap digoreng. Tumbuk lumat kentang sementara panas. Campurkan gaul semua bahan termasuk daun bawang, lada sulah dan sedikit garam. Kepalkan campuran tadi berbentuk bulat. Salutkan begedil yang telah dibentuk dengan telur dan goreng. Tak perlu goreng lama sebab daging dan kentang telah masak. Angkat dan toskan minyak.
- 7
🌶 Sambal Kicap : Selabu bawang putih dibakar. Bila seluruh kulit hitam. Keluarkan isi daripada kulit, kikis bahagian yang hitam. Blend kasar dengan cili padi. Tambahkan kicap dan sedikit kuah sup tadi. Gaul sebati.
- 8
🍜 Mee Soto : Celurkan mee dengan air panas, dan tapiskan. Sediakan bahan soto seperti isi ayam, begedil, daun bawang / sup, bawang goreng dan sambal kicap. Masukkan kuah sup. Siap untuk dimakan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Mee Soto Ayam Mee Soto Ayam
Menu juadah raya yang kalau makan memang terbaik dan puas hati. Sebab menu ni lengkap dari kuah, mee, begedil dan sambal kicap yang lazat. #PhopbyLiniMohd #CookpadMalaysia #juadahraya Salina Jalaludin -
Indomie Soto Indomie Soto
🧑🍳705🧑🍳🍽️139🍽️#GoldenApron23#Week25#IndomieSekali sekali kita layan selera dengan mee segera Indomie .Ummi mencuba Indomie Soto untuk Lengkapkan cabaran GA23 .Pejam celik dah minggu terakhir GA23 rupanya.Kebetulan Dalam freezer ada stok rebusan ayam dan pantolan(bebola daging).Makanya ummi buatkan kuah untuk indomie soto.Memang kenalah citarasa sotonya.Disabah kalau makan soto janganlah hairan ye diletakkan hirisan timun sama kobis.Jarang diletak sayur sawi.Ditambah pula lada mee pedas memang pecah peluh lah menghirup kuah soto. Q'leenalee's Kitchen -
Soto Nasi Soto Nasi
Salah 1 menu wajib utk open house t'utama di negeri Johor. Memandangkan kte dh b'pindah ke Selangor, jd kte masak menu Johor utk jamu jiran tetangga.. Selain dari Mee Bandung, Laksa Johor, Beriani Gam dan Air Kathira 😋 Sy sertakan resepi Soto simple utk makan 1 family.#GlobalApron2024#OpenHouseWeek7Bahan: Ayam, Cili Padi, Kentang, Telur Adawiyah Mohd Sharun -
🍜Soto ayam 🍜Soto ayam
#goldenapron2020#week4🍜 Hidangan special akk tiap kali musim perayaan yang wajib dibuat, hepi meneraiiii 😉 #bihunsoto #sotoayam #begedil #soto Keroroyz Royz -
Bihun Soto #phopbylinimohd #batch23 Bihun Soto #phopbylinimohd #batch23
#phopbylinimohd#batch23#dudukrumahMenu yang akan masuk dalam senarai berbuka puasa setiap tahun. Kuah soto boleh makan dengan nasi impit / mi. @Dijah❤️Kitchen -
🍜 SOTO AYAM 🍜 SOTO AYAM
Nak join S Club jgk, akk buat sup soto & begedil AF, hepi menerai😉 #sotoayam #airfryer #begedil #sotobening Keroroyz Royz -
Soto ayam simple Soto ayam simple
First time buat.. Boleh adjust menu ni ikut citarasa masing2.. Sy xmkn begedil so xbuat begedil. Tmbh white paper lg sedap.. Puan Nurul -
Soto bakso style kam Soto bakso style kam
Dua² nk mkn soto ayam pun nk mkn bakso pun nk makan maka terhasillah soto bakso 🤣🤣🤣 Selamat mencuba ❤️❤️. Sebulan puasa asyik mkn nasi je hari ni nk mkn soto dgn begedil daging allahmdulillah dpt mkn juga. Saya suka mkn soto dgn ikan bilis goreng lebih gurih 😋😋 KAM -
Soto Ayam Nasi Impit Soto Ayam Nasi Impit
Soto Ayam Nasi Impit. Menu openhouse yang femes dan enak sangat 😉#MaratonRaya #CookpadMalaysia #PeraduanResipi #openhouse #mingguke6 Salina Jalaludin -
Soto Soto
Nampak macam leceh tapi sebenarnya mudah je. Bila dah siap masak tengok suami dan anak makan semua penat rasa berbaloi nak2 lagi kalau masakan yang kita masak tu sedap kan.Begedil crispy ni saya dapat inspirasi dari satu blog dah lupa nama tapi sedap sebab kelainan dari begedil yang selalu kita makan cuma resepi asal guna daging cincang.untuk perahan limau, saya guna lemon sebab itu je yang ada dirumah. 😅 Ariey Rieyna -
Mee Kolok Sarawak Mee Kolok Sarawak
Mee kolok cukup popular di negeri Sarawak.Kebanyakan gerai di sekitar Sarawak akan menghidangkan menu ini bersama kuah sup dan sambal kicap.Bagi yang pertama kali merasai mee kolok ini sudah tentu anda merasakan ia istimewa dan sedap kerana penggunaan mee yang dicampur dengan hirisan daging yang cukup menyelerakan. Kuah sup disediakan menjadi kuah untuk mee kolok ini.#merdekapassport Mizzanem
Lebih Banyak Resipi
Komen