Soto Ayam Nasi Impit

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

Soto Ayam Nasi Impit. Menu openhouse yang femes dan enak sangat 😉#MaratonRaya #CookpadMalaysia #PeraduanResipi #openhouse #mingguke6

Soto Ayam Nasi Impit

10 orang bercadang membuatnya

Soto Ayam Nasi Impit. Menu openhouse yang femes dan enak sangat 😉#MaratonRaya #CookpadMalaysia #PeraduanResipi #openhouse #mingguke6

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan Kisar :
  2. 5 ulasbawang merah
  3. 3 ulasbawang putih
  4. 1inci halia
  5. 1inci kunyit hidup
  6. 1inci lengkuas (saya guna lengkuas halus)
  7. 3 batangserai
  8. Bahan Tumis :
  9. 1sudu kecil jintan manis
  10. 1sudu kecil jintan putih
  11. 2sudu besar serbuk lada putih
  12. 2sudu besar serbuk kayu manis
  13. 3kuntum bunga lawang
  14. 5kuntum bunga cengkih
  15. 4biji buah pelaga
  16. Bahan Kuah / Ayam :
  17. 1ekor ayam (saya guna 6ketul chicken ribs)
  18. Air secukupnya
  19. 2kiub ayam
  20. Garam secukup rasa
  21. Minyak (untuk menumis)
  22. Bahan Begedil Ayam :
  23. 2biji kentang
  24. 3ketul ayam (chicken ribs yang telah direbus & disiat halus)
  25. 1/2 cawanbawang goreng
  26. Daunbawang & daun sup (direcik halus)
  27. 2sudu besar lada sulah
  28. Garam secukup rasa
  29. 2biji telur ayam
  30. Minyak (untuk menggoreng)
  31. Bahan Sambal Kicap :
  32. 15tangkai cili padi hijau
  33. 6 ulasbawang putih
  34. 1/2 cawankicap manis
  35. Secubit Garam
  36. Gula (jika perlu)
  37. 2bii (limau nipis)
  38. Bahan Nasi Impit:
  39. 2bungkus nasi impit Adabi (rebus sehingga masak)
  40. Taugeh
  41. Bawang goreng
  42. DaunBawang
  43. DaunSup
  44. Kacang Tanah
  45. Suhun
  46. 3ketul ayam (chicken ribs yang telah & disiat halus)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan Bahan Kisar, Bahan Tumis dan Bahan Kuah / Ayam.

  2. 2

    Bahan-bahan kisar dikisar menggunakan pengisar.

  3. 3

    Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau. masukkan bahan kisar. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan ayam dan air secukupnya.

  4. 4

    Masukkan kuib ayam, santan dan garam. Masak sehingga mendidih dan ayam empuk. Tutup api dan sejukkan kuah seketia. Keluarkan ayam dan toskan (ayam ni akan dibahagi dua - untuk begedil dan untuk soto.

  5. 5

    Sediakan Bahan Begedil. Daging ayam yang direbus, disiat-siat halus. kentang digoreng dan dilecek. Daun bawang dan daun sup direcik halus.

  6. 6

    Campur semua bahan begedil. Gaul sebati. Kemudian bentukkan bulat-bulat. Macam saya, saya simpankan seketika begedil yang telah dibentuk dalam peti sejuk sebelum digoreng. Dalam 30minit - 1 jam macam tu.

  7. 7

    Celup begedil ke dalam tadunan telur yang telah dipukul. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidang.

  8. 8

    Sediakan bahan-bahan sambal kicap. Cili padi dan bawang putih dikisar halus / ditumbuk dengan lesung. Masukkan ke dalam periuk, masukkan kicap, garam, gula dan perahan limau kasturi. kacau sebati dan masak sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan seketika sebelum dihidangkan.

  9. 9

    Sediakan bahan-bahan Nasi Impit. Nasi impit direbus sehingga masak. Ayam yang direbus tadi digoreng garing dan disiat-siat halus. Taugeh dicelur. Daun bawang dan daun sup direcik halus. Kacang tanah dan suhun digoreng.

  10. 10

    Hidangkan semua bahan-bahan yang dimasak tadi. Bahan Kuah, Bahan Begedil, Bahan Sambal Kicap dan Bahan Nasi Impit. Campur semuanya. Perrrgghh....terasa berbaloi merasa menu seenak ini selepas penat memasak. Selamat mencuba..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya