Daging Bakar Danok

Izah Nazre
Izah Nazre @izahnazre93
Alor Gajah, Melaka, Malaysia

Raya haji dah nak dekat mesti kita akan dapat banyak daging korban, yang kita beli lain. Kadang-kadang sampai dah tak tahu nak masak apa kan? ha dekat sini saya kongsikan resepi yang sedap dah mudah untuk dibuat. Selamat mencuba.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

40 minit.
2 orang.
  1. Bahan perapan daging
  2. Daging 600 gram (tak perlu hiris)
  3. 1sudu besar sos ikan
  4. 2sudu besar sos tiram
  5. Setengah keping gula melaka (dihiris/tumbuk hancur)
  6. 1sudu besar lada hitam (disangai kemudian ditumbuk kasar)
  7. 2sudu kecil serbuk cukup rasa
  8. 2sudu besar minyak masak
  9. Bahan Sos Danok
  10. Daunketumbar berserta akarnya (hiris halus daun ketumbar)
  11. 1sudu besar beras (disangai kemudian ditumbuk kasar)
  12. 2 ulasbawang putih (ditumbuk hancur)
  13. 1biji bawang besar (ditumbuk kasar)
  14. Sos ikan (ikut kemasinan masing-masing)
  15. 2biji limau nipis (ambil airnya sahaja)
  16. Setengah keping gula melaka (dihiris/ditumbuk hancur)
  17. Chili Flakes (ikut kepedasan masing-masing)
  18. 1sudu besar sos tiram
  19. 1sudu besar sos cili

Cara Memasak

40 minit.
  1. 1

    Perap daging dengan bahan-bahan di atas, kemudian bakar. Jika menggunakan oven yang mempunyai api atas bawah bakar pada suhu 200 selama 20 minit. Jika menggunakan oven, air fryer atau roster yang hanya mempunyai api atas bakar pada suhu 200 selama 40 minit (20 minit untuk sebelah bahagian dan 20 minit lagi untuk bahagian lain)

  2. 2

    Untuk sos danok, campurkan semua bahan-bahan di atas kemudian gaul sebati. (rasa dan boleh tambah apa yang kurang)

  3. 3

    Saya bakar seketul macam ni dah masak baru hiris sebab tak nak bagi daging overcook. Bila masak seketul macam ni daging jadi juicy.

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen (23)

Zleq Kha
Zleq Kha @cikmek_molek71
Elok sangat resepi ni lalu Hari ni..boleh terus Cuba #love

Ditulis oleh

Izah Nazre
Izah Nazre @izahnazre93
pada
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Cook with love ❤️
Baca lagi

Resipi Sepertinya