Daging Kicap Black Pepper

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Menu untuk berbuka puasa tiga hari yang lepas. Inspirasi daripada Min@MocQue , terima kasih Min atas resipi yang mudah dan sedap ni.

Kongsi

Ramuan

  1. 500 gmdaging (campur lemak & urat)
  2. 3 ulasbawang putih (dihiris)
  3. 1 incihalia (dihiris) - saya tambah
  4. 1 batangsaderi (dihiris) - saya tambah
  5. 5 sudu besarminyak masak
  6. 2 sudu besarblack paper
  7. 2 sudu besarsos tiram
  8. 2 sudu besarkicap pekat
  9. 3 sudu besarkicap lemak manis
  10. 1 sudu kecilserbuk perasa
  11. 1 1/2 sudu besargula
  12. 1 bijibawang holland (dipotong baji)
  13. 1 bijitomato (dipotong 6)

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan daging dan masak hingga daging mengeluarkan jus nya.

  2. 2

    Masukan black paper, batang saderi dan sos tiram. Masukan kicap pekat dan kicap lemak manis. Kacau selama lebih kurang 10-15 minit/daging empuk. (Tambah sedikit air jika perlu.)

  3. 3

    Masukan serbuk perasa, gula, bawang holland dan tomato. Adjust rasa nya mengikut selera anda. Saya tak letak garam kerana sudah cukup masin. Kacau hingga sedikit kering dan siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (2)

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Waalaikumussalam x perlu krn nnti daging tu akan mengeluarkan jus nya dan jika daging nya masih liat, blh tmbh air (jika perlu) . Dan satu lagi kaedah, blh juga direbus dahulu ikut kehendak masing2. Harap dpt membantu 🤗

Resipi Sepertinya