Nasi Kunyit

FZ Adzlin
FZ Adzlin @NOADZ17

Mungkin ramai tidak tahu ..
Nasi Kunyit atau pulut kuning adalah makanan yang sama .
Di Terengganu,terutama pada golongan "orang lama" memanggil Nasi Kunyit .

Kebiasaannya pulut kuning di makan bersama rendang/serunding...Tetapi,
Nasi Kunyit kebiasaannya di makan bersama gulai ayam/daging ..
Gulai itu pula di masak menggunakan rempah Terengganu..

#MerdekaMonth citarasa pantai timur -Nasi
Week 2

Nasi Kunyit

Mungkin ramai tidak tahu ..
Nasi Kunyit atau pulut kuning adalah makanan yang sama .
Di Terengganu,terutama pada golongan "orang lama" memanggil Nasi Kunyit .

Kebiasaannya pulut kuning di makan bersama rendang/serunding...Tetapi,
Nasi Kunyit kebiasaannya di makan bersama gulai ayam/daging ..
Gulai itu pula di masak menggunakan rempah Terengganu..

#MerdekaMonth citarasa pantai timur -Nasi
Week 2

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan Nasi Kunyit
  2. 3 cawanberas pulut
  3. 1 cawansantan segar
  4. 1-2 sudu kecilgaram (pink Himalaya)
  5. 1 sudu besargula
  6. 2 helaidaun pandan disimpul
  7. 1 kepingasam gelugur
  8. 2 sudu kecilserbuk kunyit
  9. 1 sudu besarminyak masak
  10. Gulai Ayam Terengganu
  11. 1 ekorayam
  12. 3 bijibawang merah (hiris biasa)
  13. 2 ulasbawang putih (hiris biasa)
  14. 1 incihalia (hiris biasa,)
  15. 1 sudu besarcili kisar
  16. 1 sudu besarnisang/gula melaka
  17. 1 sudu besarrempah gulai cap rose
  18. 1 sudu besarrempah masak cap rose
  19. 1 sudu besarkerisik
  20. 1 bijikentang (optional)
  21. 1 batangkulit kayu manis
  22. 2 bijibunga lawang
  23. 500 mlsantan segar
  24. secukupnyaGaram

Cara Memasak

  1. 1

    👉pulut kuning di basuh bersih.. kemudian direndam semalaman dengan serbuk kunyit dan asam keping..
    👉 Apabila hendak kukus.buang air kunyit tadi.dan bilas sekali dua menggunakan penapis.
    👉 Kemudian kukus pulut bersama daun pandan 25-30 sampai pulut masak.

  2. 2

    👉santan di masak dengan api yg perlahan bersama,garam,gula dan minyak masak.tujuan letak minyak masak supaya nampak cantik berkilat.
    Masak santan tidak perlu lama,cukup sekadar naik buih buih kecil..boleh tutup api..
    👉kemudian tuang sedikit demi sedikit ke atas pulut..sambil kaut perlahan..ulangi langkah sampai santan habis dan sebati semua..
    👉Kaut perlahan sahaja untuk mengelakkan pulut tidak patah.
    👉Kemudian..tekap tekap kan bagi padan ke dalam bekas..tutup dengan daun pisang (jika ada)

  3. 3

    👉tujuannya bagi mengelakkan pulut terlalu kering akibat terkena angin

  4. 4

    UNTUK GULAI AYAM🐔
    👉sediakan rempah ni dulu..jika tiada di kedai biasa boleh Oder melalui shopee.rahsia rasa gulai rempah pantai timur adalah penggunaan rempah ini.jika guna rempah kari biasa..rasanya takkan sama..
    👉Tumis separuh garing atau naik bau..bawang,halia,kulit kayu manis dan bunga lawang.
    👉Kemudian masukkan rempah tadi yang telah di bancuh dengan ½ cawan air.Tumis sampai rempah masak

  5. 5

    👉 kemudian masukkan cili kisar.
    *sepatutnya Alin kena masukkan cili kisar dahulu tumis sampai pecah minyak baru letakkan rempah..tapi sebab kalut jawab kol...lupa trus😂
    👉 Kemudian masukkan ayam,gaul sebati,tutup dengan penutup..api perlahan je ye.biar dia mereneh..jangan letak air.sebab nanti ayam akan keluarkan air.

  6. 6

    👉apabila ayam separuh masak,masukkan kentang.. kemudian tutup dengan penutup biarkan kentang masak separuh empuk..
    👉Apabila ayam sudah mengeluarkan air..besarkan sedikit api..biarkan air ayam sedikit surut.
    👉 Kemudian masukkan santan

  7. 7

    👉masukkan nisang,kerisik,serta garam

  8. 8

    ,👉biarkan sehingga mendidih dan kentang empuk sepenuhnya..siap..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
FZ Adzlin
FZ Adzlin @NOADZ17
pada
A recipe has no soul. You, as the cook must 𝙗𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙨𝙤𝙪𝙡 to the recipe - Thomas Keller-Memasak adalah minat alin yang kedua..Minat utama adalah aktiviti seperti hiking, zumba, dan jogging. Kebanyakan resepi alin.. Adalah dari resepi alin sendiri, dari family dan family mertua, dan dari rujukan sumber socmed seperti YouTube, Blog, Apps, dan Facebook. Setiap orang ada seni dalam setiap masakan.. Alin enjoy duduk dalam komuniti cookpad.. Di mana alin boleh explore lagi ilmu tentang masakan👍👍👍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya