Dalca

Ziana Chesaad
Ziana Chesaad @limited_edition
Nibong Tebal

Sempena perayaan Deepavali pada hari ini , Ziana #ChooseToCook dengan hidangan masakan dalca .
Puas makan sebab dah lama sangat Ziana tak makan dalca .
Inspirasi dari @zietaluvcook_70 menarik minat Ziana untuk mencuba masak resepi dalca.

Menu kari atau dalca stail #IndianFood memang sedap sangat , makan pula dengan nasi minyak. Makan sampai tak ingat dunia.
Kalau jumpa tosai atau capati pun sedap juga ni ☺️

Ziana ucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua Cookpader dan Cookpad.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 mangkuk(ayam + kaki + tulang dan empedal)
  2. 1 cawansantan
  3. 1 cawankacang dhal (direndam semalam & direbus sehingga empuk)
  4. 1 batanglobak merah potong memanjang
  5. 2 bijiterung dipotong memanjang
  6. 2 bijiubi kentang dipotong 6
  7. 1 bijitomato dibelah 4
  8. 1 cawanminyak masak
  9. 1 batangkulit kayu manis
  10. 2 bungalawang
  11. 1 mangkukair
  12. 2 sudu tehgaram
  13. Bahan kisar
  14. 3 sudurempah kari daging
  15. 1 bijibawang besar
  16. 2 ulasbawang putih
  17. 2 hirishalia

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga pecah minyak. Masukkan ayam, kaki ayam, tulang dan ampedal. Masukkan juga kacang dhal dan air. Biar mendidih dan sentiasa kacau kuah supaya kacang tidak hangit.

  2. 2

    Setelah ayam dan kacang empuk, masukkan ubi kentang dan lobak merah. Biarkan mendidih sehingga sayur lembut dan masukkan pula santan, terung dan tomato. Kacau rata dan biarkan mendidih. Perasakan kuah dengan garam.

  3. 3

    Dalca sedia untuk hidangan.

  4. 4
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ziana Chesaad
Ziana Chesaad @limited_edition
pada
Nibong Tebal
Memasak itu terapi .Suka masak masakan simple tapi sedap .
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya