Rendang Ayam Kicap

Resepi ini saya beroleh daripada ibu saudara saya yang merupakan seorang tukang masak dan peniaga makanan. Saya melihat beliau memasak juadah ini pada tahun 2014 ketika kami sedang sibuk memasak untuk menyediakan juadah sempena majlis tahlil untuk arwah kakak ipar saya. Nostalgia nya menu ini sering mengingatkan saya pada majlis tahlil tersebut. Majlis yang diselubungi dengan kerinduan padanya. Majlis itu juga adalah yg terakhir kali kami menginap di rumah nya itu sebelum semuanya berpindah dan kami tidak pernah lagi kembali ke situ. Moga Allah ganjarkan syurga buatnya yang kami sangat sayangi. Resepi ini juga telah saya olah semula mengikut kesesuaian citarasa saya sendiri. 😊
Rendang Ayam Kicap
Resepi ini saya beroleh daripada ibu saudara saya yang merupakan seorang tukang masak dan peniaga makanan. Saya melihat beliau memasak juadah ini pada tahun 2014 ketika kami sedang sibuk memasak untuk menyediakan juadah sempena majlis tahlil untuk arwah kakak ipar saya. Nostalgia nya menu ini sering mengingatkan saya pada majlis tahlil tersebut. Majlis yang diselubungi dengan kerinduan padanya. Majlis itu juga adalah yg terakhir kali kami menginap di rumah nya itu sebelum semuanya berpindah dan kami tidak pernah lagi kembali ke situ. Moga Allah ganjarkan syurga buatnya yang kami sangat sayangi. Resepi ini juga telah saya olah semula mengikut kesesuaian citarasa saya sendiri. 😊
Cara Memasak
- 1
Basuh ayam dan ubi kentang bersih dan gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Pastikan ayam dan ubi kentang di tos dahulu airnya sehingga habis dan tidak berair setelah digaul garam kunyit untuk mengelakkan ayam melekat di kuali semasa di goreng.
- 2
Goreng ayam dan ubi kentang dengan api sederhana sehingga masak dan tidak terlalu garing.
- 3
Setelah itu, kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia dan jintan manis dengan sedikit air. Saya tambahkan sedikit cili padi untuk memberi rasa kepedasan yg tidak ketara. Jika mahukan rasa yg lebih pedas boleh tambahkan lagi cili padinya ya!
- 4
Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi menggunakan minyak gorengan ayam tadi.
- 5
Tambahkan juga daun kari
- 6
Tambah juga sekeping gula melaka yang bersaiz kecil. Saya patahkan dua supaya senang mencair.
- 7
Tumis sehingga bahan tadi garing dan pecah minyak ya!
- 8
Selepas tumisan tadi pecah minyak, kita tambahkan pula sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau sebentar dan masukkan kicap. Oh ya! Saya guna kicap kipas udang sahaja 😁
- 9
Masukkan serbuk perasa dan biarkan masak sebentar. Untuk kuah kicap ini saya tidak masukkan garam tau sebab ayam goreng tadi sudah digaramkan serta sudah ada kemasinan dari semua sos yang kita gunakan.
- 10
Selepas itu masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga rata.
- 11
Masukkan pula ubi kentang yang telah digoreng, bawang besar yang dihiris dan cili besar yang dipotong sebagai penambah seri. Kacau semuanya sehingga rata dan bergaul mesra. Biarkan sebentar dengan api yang perlahan.
- 12
Alhamdulillah siap sudah rendang ayam kicap kita! Boleh lah dinikmati bersama nasi panas dan ulam serta sambal belacan. Wallahhhh! 😋
Resipi Sepertinya
-
Ayam Merah Ala² Kenduri Berkacang Ayam Merah Ala² Kenduri Berkacang
Resepi saya sendiri untuk sahabat² yang suka memasak..saya tambahkan sedikit kacang tanah yang dah ditumbuk..selamat mencuba untuk juadah berbuka ye..🥰🥰#goldenapron2020 Zull Hans -
Ayam Masak Kicap Berempah #phopbylinimohd Ayam Masak Kicap Berempah #phopbylinimohd
Ayam masak kicap Berempah atau orang jawa cakap ayam masak semur, kesukaan kami sekeluarga. Hidangan ringkas ini sesuai sangat untuk juadah berbuka atau bersahur. Resepi mudah ini sedap InshaAllah dan cepat untuk dimasak. Selamat mencuba😊 Kamsiah Kam -
Ayam Masak Kicap Simple Ayam Masak Kicap Simple
Menu pertama selepas hilang sakit kepala kelmarin. Terus gagah menyediakan lauk untuk makan malam keluarga walaupun simple. Alhamdulillah. Sesimple Loralin -
Sambal Ayam Tok Munah Sambal Ayam Tok Munah
#goldenapron2020 #minggu16#unique2uSambal ayam tok munah nama diberi.Kenapa?Nama masakan ini diberi bersempena nama arwah nenek mummy. Mungkin resepi sama seperti resepi sambal ayam yang lain, tetapi unik kerana di tambah dengan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini, paling penting membawa nostalgia bersama arwah nenek setiap kali memasak dan memakannya seisi keluarga kami. Hidangan ini sesuai di makan bersama nasi putih, nasi lemak, ketupat, lemang atau di ratah begitu sahaja😍Dan setiap tetamu yang datang ke rumah kami jika musim perayaan atau jika kami mengadakan jamuan atau kenduri pasti menu ini menjadi pilihan dan kebanyakan tetamu sendiri yang minta kami masak menu ini🥰Ibu pernah ceritakan pada mummy yang sewaktu arwah nenek dan tokwan masih ada dulu, nenek masak resepi ini untuk masak daging kijang kerana arwah tokwan sering pergi berburu di hutan dahulu.Juga, mummy pernah masak menu ini untuk masuk pertandingan rancangan memasak masterchef musim pertama tahun 2011 dahulu, masih segar di ingatan mummy ketika itu jurinya adalah chef joe dan dia sangat sukakan sambal ini ketika itu, dan komennya ayam agak keras kerana terlebih garing🙈 cuma rezeki bukan di pihak mummy, mummy tersingkir sewaktu pemilihan pertama🤣( jangan gelak tau, sape gelak dosa😝)Begitu banyak kenangan bersama menu ini, semoga dengan perkongsian kecil mummy ini sedikit sebanyak memberi cookpaders lain idea untuk memasak ya😘Selamat mencuba 😘 mummyzueralicious -
Ayam Goreng Kicap Pedas Ayam Goreng Kicap Pedas
Ni cerita minggu hari lepas, hujan turun dengan lebat nya. Hari nampak cepat gelap disebabkan hujan berserta angin yang kuat. Saya ni sejenis yang takut pada kegelapan. Di tempat kami ni memang banyak pokok-pokok yang besar yang mencecah ke wayar elektrik di kawasan kampung kami. Sering terjadi nya terputus bekalan eletrik gara-gara pokok tumbang, ranting patah yang menghempap wayar elektrik.Disebabkan takut bekalan elektrik terputus, saya pulak keseorangan di rumah jadi saya fikir untuk masak yang semudah nya sahaja. Takut nanti tengah memasak tiba-tiba blackout, mahu naya saya dibuat nya 🤣🤣🤣 Dapur Yusfarisyia -
Daging Masak Merah Daging Masak Merah
Masak apa merah? Daging masak merah la. Pertama kali makan daging masak merah ni sewaktu kami sekeluarga tinggal di pekan Kuah, Langkawi pada tahun 2005-2007. Sejak itu suami dan anak-anak saya selalu minta dibuatkan menu yang sama, suami saya memang gemar makan daging. Sewaktu itu memang banyak dijual daging kerbau. Kira selalu la juga menu yang sama sebab senang nak dapatkan daging segar pada waktu itu. Apabila kami sudah berpindah ke Kuching, Sarawak saya jarang memasak menu ini kerana sukar untuk mendapat daging yang segar dan jika ada pun harga nya lebih mahal berbanding dengan harga di Semenanjung. Hari ni suami beli daging segar daripada seorang ustaz yang merupakan sahabat satu masjid dengan nya. Takde la rasa was-was nak makan daging lembu selepas keluar berita pasal isu logo halal palsu pada daging lembu sebelum ni. 😁 Dapur Yusfarisyia -
Rendang Kambing Aidiladha Rendang Kambing Aidiladha
#KamBu#goldenapron#minggu4Sempena menyambut hari raya Korban, mamaell masak rendang kambing express😅. Ini kerana, saya menyambut hari raya kali ini hanya bersama anak anak asbab encik suami bekerja😑. Pada mulanya, saya rasa malas memasak tetapi, anak saya yang bongsu tiba-tiba bertanya apa juadah untuk hari raya nanti. Tersentap hati saya😭, ikutkan kemalasan saya, anak-anak jadi mangsa. Maka saya gagahkan diri pergi membeli barang-barang mentah dan selepas senja saya mulakan persediaan memasak untuk juadah raya😊. Moh lihat resepi rendang express saya yang lazat ini moh! 👇👇👇 Ell Sakimin -
Telur Masak Kicap Ringkas Telur Masak Kicap Ringkas
Seingat saya, ini masakan terawal saya belajar dari Mak sewaktu tingkatan 1. Waktu itu, Mak dah mula beri kepercayaan kepada saya untuk memasak lauk-pauk ringkas tanpa pantauan beliau/orang dewasa.Mak dan Abah bekerja dalam sektor awam, dan rutin mereka sejak awal berkahwin lagi adalah makan tengah hari di rumah. Sejak kecil kami ada pembantu rumah, jadi Mak akan memasak laju-laju waktu balik tengah hari setelah bahan-bahan disediakan oleh pembantu rumah kami.Tapi, sejak berpindah daerah lain ketika saya tingkatan 1, kami tiada lagi pembantu rumah. Dan الحمد لله saya minat bantu Mak di dapur, lama-lama ada keberanian untuk memasak sendiri.Jadi, saya bertugas untuk memasak makanan tengah hari (biasanya nasi dan 1 jenis lauk mudah) sebelum saya bergerak ke sekolah sessi petang. Mak dan Abah akan balik pada jam 1-2 petang untuk makan masakan yang sudah saya siapkan dan bersolat Zuhur di rumah.Lauk Telur Masak Kicap ini memang betul-betul mudah disediakan dan sedap dimakan dengan nasi panas. Lauk ni masih lagi menjadi juadah sekeluarga waktu emergency selain telur goreng.Untuk yang baru-baru nak belajar masuk dapur, saya sarankan untuk memasak resepi ini. Selamat mencuba!#goldenapron#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje Nuraliyah Mn -
Ayam masak kicap ninil Ayam masak kicap ninil
#SatuResepiSatuPohon #goldenapron #minggu22Hari ini masak ayam masak kicap untuk anak. Saya campurkan sedikit bedal ayam..hehe..Anak saya memang tidak suka kalau dalam masakan letak kayu manis, pelaga atau bunga lawang. Oleh itu, dalam resepi ini. Saya tidak letak semua bahan-bahan tu.Selamat mencuba Nooraisah Setoh -
Ayam Kicap 3 Budak Gemuk Ayam Kicap 3 Budak Gemuk
Malam semalam takde idea nak masak apa bila mood ke laut. Serba-serbi tak kena, nak buat itu tak jadi, nak buat ini tak jadi. Last-last simpan kesemua bahan-bahan ke dalam peti sejuk semula. Baru nak duduk menyandar, suami tiba-tiba cakap “yang, lama dah tak makan ayam kicap. Masak yang.” Saya pun 😏🤨 “ye-ye! Kejap lagi saya masakkan”. Nak tak nak kena masak juga. Bukan apa, suami saya ni memang hantu Maggi. Kalau masak, dia akan makan nasi waktu siang je, malam memang dia tak ambik nasi. Maggiiii juga. Dapur Yusfarisyia -
Ayam Masak Kicap Ayam Masak Kicap
#bazaarramadan#goldenapron2020Saya percaya masing2 ada resepi ayam masak kicap tersendiri. Disini saya nak kongsikan resepi yang biasa kami makan selain dibulan ramadan. Resepi ni kegemaran anak2 dan juga yang dewasa dalam keluarga saya. Selamat mencuba. Joanneezah Neezm -
Rendang Daging MELETOP (Juadah Raya) Rendang Daging MELETOP (Juadah Raya)
Rendang...Ya Rendang, entah itu Rendang Daging, Ayam, ataupun Seafood, semua Rendang sama sedapnye. Rendang adalah menu Wajib yang identik dengan Hari Raya... Semua orang mungkin akan memasak mahupun menempah Berbagai Rendang untuk di hidangkan di hari raya. Begitu pun dengan Kami...Saya akan memasak rendang untuk di hidangkan di hari Raya. Rendang Daging Style Padang ini,Kalau tak Rendang Dendeng, saya biasa memasaknya. Tapi kali ini saya akan Share Resepi Rendang Daging MELETOP Style Padang cara saya. Ok guys... Let's get Cooking.... Jeehan Kitchen
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)