Sambal Hijau Terung Pipit

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

233/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1628 #pejuang2kresipi
Terung pipit ni petik depan rumah je. Jika sebelum ni hakak sambal merah. Ni buat versi hijau pulak. Dan kali ni hakak goreng terung pipit ni terlebih dahulu. Berbanding sebelum ni, hakak tumbuk dulu terung pipit tersebut bagi pecah dan masak. Ternyata kaedah goreng ni lebih sedap. Tapi tetap juga rasa pahit di hujungnya. But it’s ok. Yang penting sedap 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30minit
3-4orang
  1. 1 mangkukterung pipit
  2. 1 mangkukikan bilis
  3. 1/2 bijibawang holland (dihiris kasar)
  4. Secukupnyagaram
  5. Secukupnyagula
  6. Sedikitserbuk perasa
  7. Bahan Kisar :
  8. 3 ulasbawang merah
  9. 3 ulasbawang putih
  10. 10 bijicili padi hijau
  11. 2 bijicili besar hijau
  12. 1/2 cawanair (untuk mengisar)

Cara Memasak

30minit
  1. 1

    Terung pipit direlaikan dari tangkai dan dicuci bersihkan Goreng terung pipit sehingga buah hijau tu jadi putih. Angkat dan toskan minyak. Semasa menggoreng hakak tutup permukaan kuali sebab merecik🤭

  2. 2

    Goreng ikan bilis juga sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.

  3. 3

    Menggunakan minyak lebihan goreng terung pipit dan ikan bilis tadi. Tumis Bahan Kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

  4. 4

    Masukkan terung pipit dan ikan bilis goreng. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sebati dan didihkan.

  5. 5

    Masukkan bawang holland. Kacau bagi bawang tu sedikit layu dan sambal pun kelihatan pecah minyak elok. Tutup api.

  6. 6

    Sedia untuk dihidangkan bersama-sama nasi putih panas.

  7. 7

    Selamat mencuba 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya