🍁Sambal Telur Rebus

Master Jamal
Master Jamal @MasterJamal
Ulu Klang, Selangor

1/2024

Masakan ringkas untuk makan 2 beranak hari ini. Resepi yang mudah tapi memenuhi selera anak. Bila dia kata sedap, terasa berbaloi memasaknya.

🍁Sambal Telur Rebus

1/2024

Masakan ringkas untuk makan 2 beranak hari ini. Resepi yang mudah tapi memenuhi selera anak. Bila dia kata sedap, terasa berbaloi memasaknya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 orang
  1. 4 bijitelur ayam (direbus)
  2. 1 bijibawang besar
  3. 5 ulasbawang putih
  4. 1 incihalia
  5. 1 bijicili hijau
  6. 1 bijicili merah
  7. 7 bijicili api
  8. 1 sudu besargula perang
  9. Secukup rasagaram
  10. Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Rebus telur. Kemudian digoreng.

  2. 2

    Goreng sekejap bawang besar, bawang putih, halia, cili merah, cili hijau dan cili api. Angkat dan toskan. Apabila agak sejuk, kisar bahan-bahan ini bersama gula perang.

  3. 3

    Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Tambahkan garam.

  4. 4

    Apabila cukup masak, masukkan telur yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

  5. 5

    Angkat dan sedia dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Master Jamal
Master Jamal @MasterJamal
pada
Ulu Klang, Selangor
Suka menonton rancangan masakan di televisyen dan berkongsi cerita masakan bersama teman-teman.😊Jika ada kelapangan, akan ke pasar membeli bahan-bahan mentah dan mencuba resepi-resepi tersebut di dapur. Jika masakan itu sedap, akan berkongsi dengan yang lain. Jika tidak menjadi dan tidak sedap, akan makan sendiri saja.😆Cookpad telah menyediakan platform untuk berkongsi resepi ini kepada yang lain. Tentulah akan kongsikan resepi yang menjadi sahaja. 🤗
Baca lagi

Komen (6)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Welkam bek MJ. Pasni tak yah susah-susah lagi masak dah, dah ada orang masakkan. Tapi make sure dia join kukpek gak & upload sini gak eh 😆 (sempat kheeennnnzzz kui kui kui!)

Resipi Sepertinya