Asam Pedas Ayam

Challenge 15: Hometown Fave #GlobalApron2024
Resipi yang nenek Yani suka nak masakkan dahulu ketika beliau sihat dan kuat. Kini, nenek tidak memasak lagi, tetapi kami pula cucu-cucu yang masak seperti yang pernah beliau ajarkan dahulu.
Minggu ini Yani memilih bahan : Ayam, asam gelugor, bunga kantan dan cili.
Jom lihat resipi mudah yang menjadi kesukaan keluarga Yani yang juga kami beri nama Asam Pedas Ayam Johor style🤭😘.
Asam Pedas Ayam
Challenge 15: Hometown Fave #GlobalApron2024
Resipi yang nenek Yani suka nak masakkan dahulu ketika beliau sihat dan kuat. Kini, nenek tidak memasak lagi, tetapi kami pula cucu-cucu yang masak seperti yang pernah beliau ajarkan dahulu.
Minggu ini Yani memilih bahan : Ayam, asam gelugor, bunga kantan dan cili.
Jom lihat resipi mudah yang menjadi kesukaan keluarga Yani yang juga kami beri nama Asam Pedas Ayam Johor style🤭😘.
Cara Memasak
- 1
Kisarkan bahan yang perlu dikisar. Ketulan ayam dicuci bersih.
- 2
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, bawang besar yang dihiris bersama cili kering yang telah dikisar. Masukkan juga serbuk kunyit. Tumis sehingga pecah minyak.
- 3
Bunga kantan dan daun kesum disediakan. Apabila bahan tumis sudah pecah minyak, boleh masukkan ketulan ayam, asam gelugor, bunga kantan dan daun kesum serta air secukupnya untuk kuahnya. Masak sehingga kuah mendidih. Kemudian masukkan tomato yang dibelah dan juga garam.
- 4
Biar kuah mendidih sekali lagi dan tutupkan api memasak. Siap. Boleh dimakan bersama nasi panas.
Resipi Sepertinya
-
Asam Pedas Ayam Asam Pedas Ayam
Pertama kali hakak makan gulai asam pedas ayam ne kat rumah kenalan di johor.. Masa tu baru tau ayam boleh dimasak asam pedas..#GlobalApron2024Challenge 15Hometown FaveBahan dari pantry1) Ayam2) Bunga Kantan3) Asam Jawa4) Serai Anur Musa -
Asam Pedas Ayam Asam Pedas Ayam
Global Apron 2024 Challenge 15: Hometown Fave-Ayam(1p)-Bunga Kantan(2p)-Asam Jawa(1p)-Terung(1p)-Serai(1p)-Belacan(1p)#GlobalApron2024 shazrina -
Cucur Udang Cucur Udang
Challenge 9 = FAM FAVE #GlobalApron2024Hidangan minum petang atau malam dalam keluarga Yani ialah cucur atau kita panggil jemput-jemput. Bahan-bahan yang pelbagai. Kadang-kala sekadar ikan bilis & bawang. Ada juga kalau ada kentang, lobak merah akan dicampurkan sekali. Makan selepas digoreng bersama teh O atau kopi O memang asyikkk...Ok, untuk kali ini Yani kongsikan resipi Cucur udang. Bahan yang Yani pilih untuk cabaran kali ini ialah = kunyit, tepung gandum dan udang. Nur Azliani Amer -
Ayam Masak Merah (Menu Sesuai Untuk Kanak-Kanak) Ayam Masak Merah (Menu Sesuai Untuk Kanak-Kanak)
Challenge 8 = Potluck #GlobalApron2024Hai, hari ni Yani nak kongsikan menu ayam masak merah yang sesuai untuk disajikan jika buat potluck. Potluck bukan je di peringkat pejabat, sekolah menengah, sekolah rendah dan ada juga dianjurkan di tadika. Jadi menu ini sesuai untuk dibawa oleh anak-anak kita. Nak lagi sedap, kena la gandingkan dengan nasi yang sedap seperti nasi minyak atau nasi pandan tumis.Untuk cabaran kali ini bahan yang Yani pilih ialah ayam dan tomato.Ok, jom lihat cara Yani masak Ayam Masak Merah ini. Nur Azliani Amer -
👩🍳Asam Pedas Daging Tetel 👩🍳Asam Pedas Daging Tetel
Global Apron 2024 Challenge 15: Hometown FaveAsam pedas selalu dikaitkan dengan negeri Melaka, tetapi kami hometown Terengganu pun suka masak dan makan Asam Pedas🤗.Asam pedas ikan atau daging memang sedap. Makan dengan nasi putih kuah banjir..Kiranya hidangan ini hometown fave lah…Daging tetel (R)Tulang lembu (R)Bunga kantan (2 p)Asam jawa (1 p)Belacan (R)Total = 3 p✅#GlobalApron2024#Challenge15#HometownFave#DagingtetelBungakantanAsamjawaBelacan2128/3K272/2024 Mahadiah -
Sambal Tempe & Kacang Tanah Pedas Manis Sambal Tempe & Kacang Tanah Pedas Manis
Challenge 10: Kudapan #GlobalApron2024Imbas kenangan zaman sekolah agama Yani dulu di Johor. Pagar belakang sekolah agama bersebelahan dengan rumah orang di kawasan tersebut. Makcik tu mengambil kesempatan dengan menjual pelbagai jenis kudapan ringan atau kami panggil jajan-jajan "homemade". Antara yang beliau jual ialah aiskrim malaysia, sagun, kerepek2 dan ada juga jajan-jajan lain sebagai tambahan. Target pelanggan ialah kami (budak-budak sekolah ni la). Yang bestnya, Ustazah2 @ Ustaz tak marah pun kami membeli🤭🤣.Ok, kali ini Yani kongsikan kudapan yang pernah Yani beli suatu ketika dahulu. Tapi ada alter sikit la...🤭.Pilihan bahan Yani ialah tempe dan kacang tanah.Jom lihat resipi ini, kalau suka boleh cuba🤗. Nur Azliani Amer -
Mee Goreng Basah Mee Goreng Basah
Challenge 2 : Iftar #GlobalApron2024Hai, inilah resipi kedua Iftar Yani dan keluarga pada hari pertama Ramadan semalam.Mudah je. Sebab tu boleh masak walaupun Yani memasak bermula jam 6 petang😂🤭.Ok kali ini bahan yang Yani pilih ialah Mee Kuning, Sawi, Ayam dan Sos Tiram. Nur Azliani Amer -
Paru & Limpa Berlada Paru & Limpa Berlada
Global Apron 2024 Challenge 15: Hometown Fave-Paru Lembu(3p)-Limpa Lembu(3p)-Cuka(1p)-Asam gelugor(1p)#GlobalApron2024 shazrina -
One Pot Chicken Teriyaki with Rice One Pot Chicken Teriyaki with Rice
Challenge 18: Rainy Day #GlobalApron2024 #PlayOffBahan yang Yani pilih = Ayam & HaliaHujan, perut berbunyi kriukk2...lapar...apa nak masak dalam 1 periuk je tetapi semua ada? Boleh cuba resipi ini. Nur Azliani Amer -
Bubur Nasi 5 Bahan Bubur Nasi 5 Bahan
#buburnasi #goldenapron2020Kring..Kring..Kring...Bunyi telefon Yani di petang hari. Rupanya Si Kakak Jiran yang menelefon. Beliau bertanya tentang bekas makanan yang beliau berikan pada Yani tempoh hari. Nak guna katanya.Alamak...Nak balas apa ni?😱Ok, Yani beri jawapan tunggu sebentar ye. Beri Yani masa anggaran 30 minit, nanti Yani datang pulangkan bekas. Tak sedap pula kan nak pulang bekas kosong😂😂(ni Yani fikirlah)...Encik Suami beri idea masaklah bubur nasi dan balas bekas Kakak Jiran tu. Terus je Yani cepat-cepat masakkan bubur. Mujur juga hari ni ada bonus di Cookpad bertema bubur nasi. Boleh terus muat turun resipi nanti...fikir Yani.Maka terhasillah Bubur Nasi 5 Bahan. Nur Azliani Amer -
Mee Rebus Johor Mee Rebus Johor
#goldenapron2020 #minggu21Tak Johor lah Yani kalau tak pandai masak Mee Rebus😂. 🤣🤣 Padahal teringin nak makan mee rebus. Susah nak cari mee rebus yang kena dengan selera Johor ni, maklumlah tinggal di Melaka. Jadi Yani pun masak bagi merealisasikan keinginan diri sendiri yang suka nak makan macam-macam ni😂.Oklah, jom kita tengok resipi ni. Nur Azliani Amer -
Asam Pedas Daging Asam Pedas Daging
#semangatmerdeka#fusionantaranegeriAsam Pedas merupakan salah satu makanan terkenal di johor. Biasanya di johor mereka menggunakan ikan dan ayam sebagai bahan utama.memandangkan daging kurban banyak di peti ais, jadi saya olahkannya dengan menggunakan daging sebagai bahan utama.Mari cuba resipi ini. DapurComel Yanti
Lebih Banyak Resipi
Komen