Chocolate Kunafa Pistachio Cake

Assalamualaikum semua... Hari ni baru sempat nk update resepi kek yg mabelesssss ni.. Kek ni upgrade dari kek coklat kunafa pistachio. Kek coklat kunafa tu aku guna cream cheese tp rasa dia macam tak berapa sesuai. Aku ganti dengan mascarpone cheese. Teruihh jd sedap. Untuk kek ni ada 7 lapisan tau. Kalau nak buat siapkan bahagian kek dulu. Pastu sambung bahagian cream pulak... Selamat mencuba....
Chocolate Kunafa Pistachio Cake
Assalamualaikum semua... Hari ni baru sempat nk update resepi kek yg mabelesssss ni.. Kek ni upgrade dari kek coklat kunafa pistachio. Kek coklat kunafa tu aku guna cream cheese tp rasa dia macam tak berapa sesuai. Aku ganti dengan mascarpone cheese. Teruihh jd sedap. Untuk kek ni ada 7 lapisan tau. Kalau nak buat siapkan bahagian kek dulu. Pastu sambung bahagian cream pulak... Selamat mencuba....
Cara Memasak
- 1
Masak bahan A dengan api kecil sehingga sebati atau gula hancur. Sejukkan.
- 2
Pukul telur bersama esen vanila hingga berbuih. Kemudian satukan dengan bahan A yang telah sejuk tadi. Kacau sebati.
- 3
Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit sambil digaul dengan spatula.
- 4
Tuang kedalam loyang bulat 8'' yang telah dialas dengan kertas serap minyak. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak.
- 5
Bila dah masak, sejukkan diatas redai. Bila kek dah sejuk, potong kek mengikut saiz cake ring 7 inci yang dililit dengan plastik cake mousse.
- 6
Kita buat chocolate ganache pula. Satukan dark Coklat dengan whipping cream dalam satu bekas. Cairkan secara double boiler.
- 7
Setelah coklat cair, sejukkan dahulu. Kemudian tuang atas kek coklat.
- 8
Kita buat kunafa pistachio pula. Satukan kunafa dengan pistachio spread dan sebatikan.
- 9
Ratakan atas chocolate ganache. Tekan sedikit supaya padat. Ketepikan.
- 10
Kita buat mascarpone chocolate mousse pula. Mula-mula cairkan gelatin secara double boiler. Kemudian cairkan coklat secara kaedah double boiler juga.
- 11
Kemudian, masukkan telur dalam bekas dan dengan kaedah double boiler juga panaskan telur sambil dikacau hingga ia pekat dan berkrim jangan sampai telur masak.. kena selalu kacau supaya telur creamy. Tuangkan gelatin cair ke dalam telur dan kacau rata
- 12
Tuangkan adunan telur dan gelatin dalam coklat dan kacau rata Masukkan esen vanilla dan kacau sempurna. Ketepikan
- 13
Putarkan krimputar hingga kental. Masukkan 1/3 krim putar dalam adunan coklat dan kaup balik rata. Tuangkan baki krim putar dan kaup balik sempurna, ketepikan
- 14
Putar mascarpone dan gula ising hingga lembut
- 15
Satukan adunan krim putar ke dalam mascarpone dan kaup balik sempurna.
- 16
Tuang atas kunafa pistachio.
- 17
Kita buat Kek Pistachio pula. Sediakan loyang 8 inc, lapik dasar loyang dan sapukan mentega. Panaskan oven pada suhu 170C. Satukan tepung dan serbuk penaik kemudian di ayak. Panggang sebentar pistachio pada suhu 160C selama 10 ~ 15 minit kemudian dikisar. Cairkan mentega.
- 18
Satukan telur, gula,esen vanilla, ovallete, serbuk pistachio, pistachio paste dan campuran tepung dan putar hingga kembang, putih dan ringan.
- 19
Masukkan mentega cair dan kaup balik adunan rata.
- 20
Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 170 C selama 25 minit.
- 21
Terbalikkan loyang atas redai setelah kek masak. Tekstur kek sangat gebu. Ia akan memantul semula bila kita tekan.
- 22
Bila kek dah sejuk, potong bahagian atas supaya sama tinggi dengan kek coklat. Potong bahagian tepi kek supaya muat cake ring saiz 7 inci.
- 23
Letak kek pistachio atas mascarpone chocolate mousse.
- 24
Kita buat mascarpone pistachio mousse pula. Mula-mula cairkan gelatin secara double boiler. Kemudian cairkan pistachio spread secara kaedah double boiler juga.
- 25
Kemudian, masukkan telur dalam bekas dan dengan kaedah double boiler juga panaskan telur sambil dikacau hingga ia pekat dan berkrim jangan sampai telur masak.. kena selalu kacau supaya telur creamy. Tuangkan gelatin cair ke dalam telur dan kacau rata
- 26
Tuangkan adunan telur dan gelatin dalam pistachio spread dan kacau rata. Masukkan esen vanilla dan kacau sempurna. Ketepikan
- 27
Putarkan krimputar hingga kental. Masukkan 1/3 krim putar dalam adunan pistachio dan kaup balik rata. Tuangkan baki krim putar dan kaup balik sempurna, ketepikan
- 28
Putar mascarpone dan gula ising hingga lembut
- 29
Satukan adunan krim putar ke dalam mascarpone dan kaup balik sempurna.
- 30
Tuang atas kek pistachio dan ratakan.
- 31
Bila mascarpone pistachio mouses dah set, boleh cairkan 100gm pistachio spread & tuang atas kek. Boleh hias keliling kek dengan rose kering & kacang pistachio jika suka.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kek Coklat Kunafa Pistachio Kek Coklat Kunafa Pistachio
Assalamualaikum semua.... Hari ni kita kembali dengan kek birthday untuk tahun ni.... Selamat hari tua lah kann...... Hahaaa.... Kalau ikutkan aku nak buat yg versi ketuk² bahagian coklat tu. Tp yg tu kena buat dlm bekas kecik² br cantik. Yang ni versi coklat ganache lembut. Lps ni buleh la try versi ketuk² tu. Kalau rajin lahhh.... Hahaaa..... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Chocolate Hazelnut Mascarpone Cake Chocolate Hazelnut Mascarpone Cake
Dah lama tak makan kek berkrim ni. Tiba² teringin jadi la kek ni. Dulu pernah dah buat tapi yang ni versi separuh adunan. Sebab lani barang kek dah mahal elok la kita buat kek separuh adunan. Jimat sikit duit tu... Lepastu untuk bahagian coklat ganache tu aku tambah kacang hazelnut. Resepi asal aku amek kat blog azlita aziz.. Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Kek Batik Pistachio Kek Batik Pistachio
Selalu jumpa versi coklat kann.. Ni try versi pistachio pulak. Kalau versi pistachio ni dia makan modal gak la. Dia punya paste pun mahal. Emulco tu murah ja. Nak jimat aku buat separuh adunan... 😅😅😅😅 Resepi ni dari fb azlina ina. Dalam kek batik tu aku tambah kacang pistachio. Sedap baq hiangg... Lagi satu kek batik tu dia mcm ada rasa keras sikit. Bukan keras mana pn. Sikit ja. Kalu nk buat lps ni aku akan tmbah sikit susu full cream tu... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Resepi Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven Resepi Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven
Kek Batik Indulgence, yang mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan kek batik, lapisan cheese dan coklat ganache. Dessert yang mudah, kerana kita tak perlu bakar guna oven. Untuk kek batik, kali ni disediakan tanpa telur. Resepi dari Che NomJumlah Hidangan:9x9 inci kek batik Nora Hj Talib -
Chocolate Snow Cheese Cake Chocolate Snow Cheese Cake
Peminat kek coklat boleh cuba. Walaupun renyah tp berbaloi... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Kunafa Kunafa
#cppassportKunafa/Kunafe/Knafeh is a tradisional Middle Eastern Dessert made with spun pastry called kataifi,soaked in sweet,sugar based syrup,and typically layered with cheese or with other ingredients such as clotted cream,pistacio or nut,depending on the region. WIKIPEDIA.Serving Temperature:Hot.:Kunafa ni bila beli selalunya tak cukup,harga pun boleh tahan.Buat sendiri boleh makan sepuas hati.Resepi pun simple dan mudah sahaja.Air ros pula terlupa nak beli jadi tak letak.Guna sahajalah mana yang ada.K.ha gandakan sukatan bahan,jadi kalau nak buat sedikit korang boleh kurangkan sukatan bahannya.:Sumber Pinterest.Resepi asal: Knefeh Tastemade UK.:Boleh kurangkan jumlah keju dan tambahkan cream cheese.Untuk lelehan keju yang lebih tahan lama disyorkan guna keju mozarella tongkol (belum diparut). ha.lim39 -
Black Forest Cake Black Forest Cake
Kek black forest ni antara kek krim yang paling mudah nak buat. Krim pun guna fresh cream. Dalam dia guna ceri dalam tin. Untuk hiasan buleh guna buah ceri fresh atau guna ceri merah yang orang selalu buat hiasan atas kek tu. Kalau guna yang tu jimat sikit kos dari guna ceri yang fresh. Kalau ikutkan kat atas kek tu patut letak parutan coklat. Sebab tak ada coklat bar aku tabur coklat flakes je laa... Janji ada coklat laa... Hihiii... Resepi ni aku amek Dari blog Dari Dapur Maisya. Resepi kat bawah tu resepi separuh adunan. Boleh la buat rasa² utk 4-6 orang kalau org tu jenis tak makan kek byak... Selamat mencuba.... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
🍁Kunafa Cheese 🇹🇷 🍁Kunafa Cheese 🇹🇷
Wow! Kunafa Cheese ini ada rasa kunafa sebenar di Turki. Mudah saja untuk membuatnya.Cumanya, shira atau sirap gula itu, biasanya mereka campurkan dengan air mawar. Memandangkan tiada air mawar, maka perahan lemon menjadi gantinya. Boleh juga ditambahkan dengan sedikit esen vanilla.Selamat mencuba. Tentu tidak mengecewakan. 🤗 Master Jamal -
Kunafa Krim (كنافة بقشطة) Cream Kunafa Kunafa Krim (كنافة بقشطة) Cream Kunafa
Manisan arab selalunya manis. Selalunya banyak terdapat dalam cheese version. Kami bukan peminat kunafa cheese Kebetulan suami minta saya buatkan Cream Kunafa, saya adjust sedikit tahap kemanisan kunafa ni. Ayudi's Kitchen -
🇫🇷 Chocolate Mille Crepe Cake - France 🇫🇷 Chocolate Mille Crepe Cake - France
Mille Crêpes bermaksud “a thousand crêpes” dalam bahasa Perancis, ia adalah sejenis dessert yang dikatakan mula di kenali di Kota Perancis.Kini ianya juga telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang sentiasa ingin rasakan kelainan dan mereka yang cintakan kek.Ia dibuat menggunakan pancake nipis yang disusun selapis demi selapis dan di antara lapisan-lapisan itu dilepa dengan krim putar dan diletakkan filling tertentu, seperti vanilla, coklat, strawberry, custard dan lain-lain lagi.Ada banyak jenis mille crepe tapi kali ni akak nak share Chocolate Mille Crepe. Norashikin Rahmat -
Chocolate Cake Chocolate Cake
Tiba² mulut ni terasa nak makan kek cekelat. Cari kat TikTok jumpa la resepi ni. Resepi dari TikTok AINNA. Kalau nk buat saiz 8 inci sila gandakan adunan. Aku buat versi jimat, versi separuh adunan... Hahaaa.... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Mini Chocolate Cake Mini Chocolate Cake
Hari ni Yani terajin sikit, maka dapatlah buat kek coklat. Kena dengan cabaran Masak Apa Cuti Sekolah, jadi buat kek yang comel untuk si anak dara yang sememangnya sukakan Kek Coklat. Dah makan 1, tak cukup nak lagi 🤣🤣.Jom lihat resipinya. Nur Azliani Amer
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)